Assalamualaikum dan Selamat Pagi Jumaat Semua
Sempena hari jumaat yang mulia dan diberkati ini,aku ingin berkongsi beberapa peristiwa dan keistimewaan hari jumaat dengan korang semua.Semoga ilmu ini boleh kita manfaatkan bersama.
1-Berlakunya kiamat
Seperti yang kita semua tau or mungkin juga ada yang tak tahu.Rasulullah s.a.w bersabda:-
"Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat,hari yang disaksikan ialah Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat.Matahari tidak terbit dan tidak terbenam padan mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal dari hari jumaat.Pada hati itu terdapat suatu masa di mana seorang hambah Allah mukmin apabila meminta(berdoa)kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan"
(Hadis riwayat Tirmizi)
2-Nabi Adam dicipta dan disingkirkan dari syurgaDaripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3-Doa termakbul di antara dua khutbahHari jumaatlah satu-satunya hari yang sangat istimewa kerana adanya solat Jumaat yang diiringi dengan khutbah.Ulamak berpendapat makbulnya doa di antara dua khutbah yakni ketika imam sedang duduk di antara khutbah pertama dan khutbah kedua.Ini dibuktikan dengan hadis dari Abu Hurairah:-
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
4-Kelebihan solat Jumaat.Rasulullah bersabda:
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
5-Meninggal pada hari jumaat
Sesiapa yang mati pada hari jumaat akan diselamatkan Allah dari fitnah kubur.Sabda Rasulullah SAW :-
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
6-Perbanyakkan selawat kepada Rasul junjunganRasulullah SAW bersabda:-
"Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat. Mandi dan Pakaian Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan
berwarna putih"
Oklah rasanya sampai sini dulu entry kali ini.Moga-moga dengan info-info ini dapat membantu kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dan kekasihnya Rasulullah s.a.w.
2 comments:
sy mintak izin share info kelebihan hari jumaat nih di belog sy ye..
boleh dila.sila2 :)
Post a Comment