Wednesday, March 16, 2011

Tips Kekalkan Hubungan Persahabatan

Assalamualaikum and Selamat Petang


Apa khabar semua?Harap semua sihatlah ye.Semalam busy sikit tak sempat nak update blog.Arini pun tak berapa sihat sakit kepala.Rasa macam berpusing-pusing je bilik ni tapi terpaksa tahan sebab banyak lagi kerja tak siap.Kalau kelmarin aku post entry pasal nak kuruskan badan arini lak aku nak share dengan korang macam mana nak kekalkan hubungan persahabatan supaya sentiasa kekal terjalin.Jom layan tip-tipsnya.

1)Terima kelebihan dan kekurangan sahabat anda

Maksudnya terima dirinya seadanya.In this world,nobody perfect.Diri kita sendiri pun ada kekurangan.So dalam persahabatan@apa jua hubungan sekalipun kelebihan seseorang itu akan menutupi kekurangan yang ada pada diri kita.


2)Ikhlas

Berkawanlah dengan ikhlas dan bukannya bertujuan untuk mendapatkan sesuatu.Contohnya A berkawan dengan B sebab B seorang yang kaya raya.Jadi A berharap tempias kekayaan B akan terkena pada dirinya juga.Korang paham kan maksud aku?


3)Hormati Satu Sama Lain

Dalam persahabatan,tidak semestinya korang akan sentiasa mempunyai minat yang sama,pendapat yang sama dan juga kegemaran yang sama.Kadang-kadang pendapat korang mungkin berbeza.Oleh,itu cuba hormati pendapat dan pendirian masing-masing.Kemudian,barulah berbincang dan cari kata putus.

4)Jangan Mudah Lupa Diri

Maksudnya adalah begini.Jika dulu kawan korang merupakan kawan yang paling rapat dengan korang di masa susah dan senang.Ke mana jua pasti bersama macam belangkas,macam ombak dan pantai.Tapi apabila korang telah mempunyai kekasih bf/gf korang mula abaikan kawan korang tu.Korang asyik berkepit dengan kekasih korang sampaikan korang lupa sahabat korang pun perlukan masa bersama korang.Korang jangan lupa,one day if korang ada masalah dengan kekasih korang,korang pasti akan cari kawan korang juga.So nasihat aku,walaupun korang telah berpacaran luangkanlah juga sedikit masa bersama teman-teman.Lagipun kekasih boleh datang dan pergi tapi sahabat sejati sukar dicari ganti.

5)Give and Take

Dalam apa-apa hubungan sekalipun sikap bertolak-ansur adalah sangat penting.Jangan asyik korang je yang menang dalam semua perkara.Sesekali korang kena juga ikut cara/pendapat orang lain juga.

6)Jauhi sikap hasad dengki/memburukkan sahabat

Jauhi sifat-sifat mazmumah ini kerana ia akan menjadi racun dalam persahabatan korang.Tak de guna korang memburukkan sahabat korang sebab dia takkan rugi apa-apa pun.Buat menambah dosa korang adalah.



Oklah itu je tips yang aku nak share arini.Insya-allah kalau kita amalkan,hubungan persahabatan kita akan berkekalan.Sebelum aku berundur,ingatlah pesanku ini.Siramilah sesuatu perhubungan itu sepertimana korang menyirami sebatang pokok yang baru ditanam.Makin banyak yang korang siram,makin cepatlah ia berkembang dan tumbuh menjadi sebatang pokok yang indah dan menarik.Itulah perumpaan bagi sebuah persahabatan.Andai dijaga dengan baik,maka lahirlah sebuah persahabatan yang mekar dan indah.


6 comments:

s.y.a.r.q said...

wah cik ngah sekarang dah leh pakar motivasi.ekekekeke

sahabat sejati tak pernah memilih rupa,kekayaan dalam berkawan. semua manusia.

♥♥Cikngah♥♥ said...

mn ada syak weh.tips biasa2 je tu.ada yg aku dpt hsl dr bw&ada yg pengalaman sendiri.so so aku sharela.i like ur comment.shbt sejati xkn pndg sume tu.yg penting hati budi&kejujuran dalam pershbtn

YuYu nmaSdEna said...

mak suka noks! thanks!

♥♥Cikngah♥♥ said...

dont mention it dear :)

Nik Ainaa said...

nak copy boleh ?

♥♥Cikngah♥♥ said...

bley yang