Wednesday, March 23, 2011

Tips Mejimatkan Wang Dalam Perbelanjaan Seharian

Assalmualaikum dan Selamat Petang


Pe khabar semua?Rindu pulak nak menulis blog.Minggu ni memang busy giler nak siapkan kerja sebelum mula bercuti minggu depan.Kalau dulu biasanya aku akan update blog waktu siang hari atau malam.Tapi sekarang memang tak sempat.Balik hostel je rasa penat sangat.Kadang-kadang terus tidur.Memang tak boleh nak pikir apa dah.So,arini sementara nak tunggu experiment aku ni siap,sempatlah mencuri masa mengupdate blog.Entry kali ni berkenaan dengan tips untuk menjimatkan wang dalam perebelanjaan seharian.Maklumlah kos hidup sekarang dah tinggi.Kalau dulu orang yang bergaji RM1500 tu dah boleh dikira selesa bagi yang single tapi sekarang aiii semput juga rasanya.Manakan minyak kereta,sewa rumah,bil-bil lagi.Tu belom termasuk dengan lain-lain lagi.So aku harap dengan tips dari aku ni bolehlah membantu korang construct balik korang punya belanjawan bulanan.

1-Berkongsi kenderaan

If korang mempunyai tempat tujuan yang sama dengan rakan korang,why not kalau korang just sharing kereta.Korang tumpang je dia.Next time dia lak naik kereta korang.So duit minyak tu leh dibahagi dua.Kan jimat tu.Atau kalau nak lebih jimat lagi naik je public transport.

2-Elakkan dari berkereta ke tempat yang dekat

Contoh paling senang,korang nak g pasar malam yang terletak selang 2 lorong dari rumah korang.Korang tak payahlah naik kereta.Jalan kaki sudah.Jimat!!Tak pun kalau ada basikal naik je basikal tu.Boleh gak bantu korang melangsingkan paha korang yang cantik tu.Hehehe...

3-Kurangkan penggunaan air-cond

Aku tau susah sikit nak kurangkan penggunaan air cond masa naik kereta especially kalau lalu jalan-jalan yang penuh dengan lori.Sebab asap2 tu sedikit sebanyak mengganggu permanduan korang.Jadi,apa kata kalau korang tutup air cond tu pada waktu pagi or malam.Dapatlah juga korang jalan-jalan makan angin sambil menghirup udara yang segar dan nyaman :-)

4-Mencuci kereta sendiri

Bagi sesiapa yang suka lihat keretanya bersih dan berkilat setiap hari apa kata kalau korang basuh sendiri je kereta korang tu.Sebab kalau korang g anta kedai sekali cuci luarnya dah RM6 kalau 4x dah berapa??Duit tu korang leh guna untuk beli makanan.

5-Masak sendiri

Bab ni aku suka.Masak time!!!Hehehe..nasihat aku kepada korang yang tinggal di rumah@mempunyai kelengkapan memasak,memasaklah kamu.Selain menjimatkan,malahan korang juga memilih diet yang sihat untuk diri korang.Sebabnya kalau kita beli makanan kat luar ni,kita tak tahu berapa banyak jumlah minyak,garam dan gula yang diletakkan dalam masakan tu.Tapi kalau kita masak sendiri,semua tu kita boleh control.Kebersihan pun confirm terjamin.

Okehlah tu je yang aku nak share.Experiment aku pun dah siap dan aku pun nak berkemas untuk balik rumah.Kul 7 nak tengok cerita Begitukah Cinta.Sape layan cerita ni angkat hidung?Jumpa lagi di entry akan datang.Selamat beristirehat :-)

No comments: