Monday, December 19, 2011

Nasi Goreng Kerabu


Assalamualaikum


Arini tetiba rasa nak makan nasi goreng kerabu untuk dinner.dah lama tak makan.so pe lagi p dapur buat.cara nak wat nc goreng ni senang je.macam wat nasi goreng biasa but just add on ulam-ulaman je.




nasi goreng kerabu for my dinner

for those yang tak pernah wat nasi ni lets me sharing with u the recipe.caranya ialah mula2 korang tumis bawang merah+bawang putih(mayang/tumbuk) dan cili padi(dihiris).Kemudian bila dah garing dan berbau wangi masukkan ayam dan garam.gaul rata.biarkan ayam sehingga masak dan masukkan nasi.kemudian masukkan pula ulam-ulaman yang telah dipotong(daun kesom,serai,daun kunyit dan bunga kantan).Gaul hingga rata dan padamkan api.Dah siap :)


p/s:jangan masukkan garam selepas masukkan nasi sebab nanti garam tu tak rata.Kemasinan lak makanan korang nanti.

Thursday, December 15, 2011

Grilled Butter Chicken

Assalamualaikum


Hallu sume.pe khabar?aku alhamdulillah sihat.masih diberi peluang untuk bernafas di dunia yang fana ini.arini aku nk share ngan korang resepi grilled butter chicken.hahaha...actually aku terliur tengok iklan grilled butter chicken kat chicken rice shop masa g giant kelmarin.tu yang arini wat.before ni aku just pernah wat butter prawn je.so arini aku tryla lak wat ayam.jom tengok cam ne cara nak wat.


Bahan A (Bahan Perapan)

-ayam dipotong kiub
-bawang merah,bawang putih,halia(tumbuk)
-sedikit kicap
-sedikit garam
-sedikit olive oil(tak letak pun x pe)
-sebiji putih telur(depends pada kuantiti ayam yang digunakan)

Cara membuatnya

1)Perap ayam dengan semua bahan perapan di atas selama 20minit or lebih supaya ayam dapat meresap bahan perapan tadi.Lagi lama korang perap lagi lembut ayam korang tu.
2)Salut ayam yang diperap tadi dengan tepung jagung dan goreng sehingga garing.


Bahan B

-sedikit butter
-daun kari
-daun kunyit(tak letak pun tak pe.tapi aku suka.sebab bau dia wangi.hehehe)
-beberapa biji cili padi dihiris
-bawang putih,bawang merah(dimayang)
-susu cair(lebih kurang 1/4 cwn)

Cara-cara membuatnya.

1)Panaskan kuali,masukkan butter.Kemudian masukkan bawang2,cili dan daun kari.Tumis hingga kekuningan dan naik berbau wangi.
2)Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam bahan tumisan ini.
3)Masukkan susu cair,daun kunyit dan sedikit garam(klu tak letak garam pun x pe sbb dlm ayam tadi dah letak).Gaul hingga rata dan cepat2 angkat.Siap :)




tadaa...inilah grilled butter chicken yang aku wat tadi.Takde kuah sebab aku terlambat angkat pas letak susu tu.hehehe....k la nak sambung tengok family outing.bubyeeeeeee....




Tuesday, December 13, 2011

Masterchef ke?


Assalamualaikum...


Sori sume..dah lame tak update blog.Ntahlah lately ni mood berblogging sudah menurun.Ditambah pula dengan debaran untuk present kat conference aritu.Anyway, sekarang alhamdulillah semua dah settle. Just waiting for the viva presentation.Thanks a lot to visitors yang sudi jenguk2 blog yang sudah berhabuk ni.Arini aku just nak sharing masakan yang aku buat this week.Al-maklumlah nak masuk masterchef tak layak.so masak sorang-sorang jela.hehe..layanzz....



Blackpepper chicken cube grilled



Ayam masak sambal halia



this one is so fresh.my dinner just now.Seafood salad..actually aku terliur tengok chef dalam rancangan masakan Resepi 1001 Rasa Babas kat tv1 wat kelmarin(ahad).tu yang try ni.akhirnya tercapai gak nak makan.hehe..

oklah nak g tengok family outing.see u later.bubyeeeeeeeeeee

p/s:psst..psst...ada chance tak nak masuk masterchef next season?kikikiki

Tuesday, November 1, 2011

Pulang Di Hari Raya





Oh gembira...rasanya hati pengembara
dapat pulang
bersua dengan yang tersayang

Hahaha...itulah antara bait-bait lagu Pulang Di Hari Raya nyanyian Noorkumalasari. Tak sabar woo mau pulang ke kampung esok. Seronoknya.Tak sabar nak menghabiskan cuti-cuti mesia ku kat kampung.Rindu gilerrrrrrrrrrrrrrrrrr.Dah lama tak balik.Dalam kepala dah macam-macam benda plan nak buat bila balik nanti.Kepada semua muslimin dan muslimat sama ada di Malaysia atau di mana sahaja,Selamat Hari Raya Aidiladha.Wish awal-awal sebab bila dah balik kampung confirm malas nak buka lappy.Marilah sama-sama kita menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah s.w.t.Betapa tinggi sifat ketaqwaan dan kesabaran baginda terhadap ujian Allah.Sedangkan kita?Diuji dengan pelbagai penyakit sudahpun berputus asa apatah lagi jika diberikan ujian seberat itu.Namun begitu marilah sama-sama kita muhasabah diri serta mempertingkatkan keimanan kepada Allah s.wt.Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.

Saturday, October 29, 2011

Terhenti Di Sini



Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini

Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Tuesday, October 25, 2011

Ombak Rindu



Rinduku umpama
ombak yang tak berhenti
Kasihmu bagai pantai
yang setia menanti

Itulah ungkapan yang tertulis di muka depan novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari,terbitan Alaf 21.Novel ini kini difilemkan dan dibintangi oleh pelakon-pelakon handalan iaitu Aaron Aziz(Hariz),Maya Karin(Izzah) dan juga Lisa Surihani (Mila Amylia). Jom layan soundtrack filem ni Ombak Rindu nyanyian Hafiz&Adira




Tuhan aku tahu banyak dosaku
namun hanya Kamu yang mampu membuka
pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
untuk dirinya yang jauh dariku
agar dia tak kesepian
selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawalah air mataku
yang mengalir membasuh lukaku
agar dia tahu ku terseksa
tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
kerna ku tak sanggup kerna ku tak mampu
hidup tanpa dia di sisiku


P/s:Kan best kalau novel Pergilah Sepi pun difilemkan :-)

Angry Bird


Assalamualaikum


Demam angry bird kini bermula.Aku ni memang ketinggalan zaman kan.Orang lain dah lama dah duk main game angry bird.Aku baru duk merangkak-rangkak nak main.Dahlah nak lepas satu-satu level tu pun asyik duk retry je.Maklumlah tak pandai nak melastik.Hehehe...Walau apa pun angry bird mampu mengisi kebosanan diriku ini.Memang terbaik la!!!

Friday, October 21, 2011

L.I.F.E


Rose is beautiful
but it is thorny
Love is sweet
but sometimes full of sorrow
Friendship is sacred
but sometimes decorate with treason
but whatever it is
life must go on
life is too short to be filled by sadness
do whatever you want
as long as you have life to breathe
but remember
put ALLAH around you
so as you will never astray

Sunday, October 16, 2011

Chocolate Cake




Dah lama aku dan housemate mengidam nak makan chocolate kek.Asyik bertangguh je nak buat akibat kesibukan masing-masing.Akhirnya semalam dapat juga kami meluangkan masa bersama-sama pergi membeli barang-barang untuk membuat kek ni.Tu pun mencuri masa kejap selepas habis program untuk hari semalam.Setelah bertungkus lumus dalam kepenatan.akhirnya berjaya juga kami membuat fruity home made chocolate cake.Dan inilah hasilnya.Tapi hiasan dia comot sikit sebab just guna whiping cream je.





Yummy...tercapai sudah impian kami nak makan chocolate cake :)

Saturday, October 8, 2011

Kim Jong Kook


Betapa kuatnya pengaruh Jong Kook dalam Running Man dan Family Outing Season 1 sampai aku terbawak-bawak dalam mimpi.Hahaha..kelakar giler bila ingatkan apa yang berlaku dalam mimpi pagi tadi.Nak tahu tak pe yang aku mimpi??Aku mimpi Jong Kook peluk aku bila aku tiru aksi dia.hahahaha..lawak-lawak.Ni lah akibatnya kalau dah minat.hehehe..meh layan lagu Jong Kook-One Man


Wednesday, October 5, 2011

Protect The Boss


Eventually, I finished watching korean drama Protect The Boss.So sweet..Love this drama damn much.Interesting,happy and a little bit sad especially when they need to break up when asked by Ji Heon's father(Ji Sung).Lets listen the songs that i love from this drama

I'll Protect You





This song touched my heart a lot @_@




Then, the second song i like the most is Let Us just Love






Happy Watching to who still do not watching it yet!!U will not regret if watching it.Believe me T_T

Wednesday, September 28, 2011

Gomo Kelate Gomo!!


Sapo kata kelate dop hebat?Walaupun kalah pada Felda United 0-2 , 14 September lalu namun terbukti kelate masih mampu untuk menawan pihak lawan apabila beraksi di tempat sendiri dengan jaringan 2-0.Alhamdulillah game arini mengubati kekecewaan yang lalu.Kini Kelate kembali merampas kedudukan tertinggi dalam carta kedudukan kumpulan C.Go kelate go!!Tahniah Kelate!!!Gano2 pun ambo tetap sayang kelate.Adakah PM kali ni pun kelate bakal bertemu Terengganu di final?Sama-sama kita nantikan.Terima kasih Encik F yang sudi menjadi informer setiaku. Beginilah nasib di perantauan.Thanks also to Encik Nakal dan juga portalSukan :-)

Sunday, September 18, 2011

Kisah Dongeng




Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya

Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Monday, August 29, 2011

Takziah



Dalam kegembiraan umat Islam yang bakal menyambut lebaran esok ada juga insan yang berduka.Takziah buat jiranku yang rumahnya terbakar tengah hari tadi.Sangat sedih mengenangkan apa yang terpaksa mereka hadapi di saat semua insan menantikan ketibaan hari mulia.Dua buah rumah hangus dijilat api.Api marak dengan begitu cepat sekali ditambah dengan tiupan angin memburukkan lagi keadaan hinggakan penghuni rumah ketiga mula memindahkan barang-barang keluar. Namun,alhamdulillah selepas azan dilaungkan dari surau yang berdekatan dengan rumah kitaorang api semakin berkurangan dan bomba mula mampu mengawal keadaan.Tiga buah jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan beberapa buah kereta polis tiba.Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku saat tu.Sungguh sangat-sangat sedih hinggakan air mata menitis tanpa disedari.Dapat aku rasakan bagaimana perasaan mereka tatkala itu.Namun,tiada apa yang mampu dibuat andai itu yang sudah tersurat.Mungkin ini dugaan dari Allah buat mereka.Moga mereka tabah menghadapinya.Pesananku buat semua,hati-hati ketika bermain dengan api.Sebelum meninggalkan rumah pastikan api yang digunakan untuk memasak sudah dipadamkan dan gas sudah ditutup dengan sebaiknya.Sesungguhnya malang itu tidak berbau dan tidak mengira pangkat atau usia.Salam lebaran buat semua.

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya


Kejap je kan masa berlalu.Insya-allah lusa kita semua akan menyambut hari lebaran yakni hari kemenangan buat kita semua.Terimalah satu pantun yang aku tujukan khas buat semua.


Pulau pandan jauh ke tengah
Pergi bersama dengan rakan-rakan
Kalau ada silap dan salah
Sama-samalah kita maafkan.

Selamat hari raya aidilfitri dari cikngah dan family.Moga lebaran kali ini memberikan kebahagiaan buat kita semua.



Thursday, August 18, 2011

Balik Kampung

Assalamualaikum dan Selamat Petang


Hooreeeeeyyyyyyy...esok dah nak balik kampung.So arini no more masak-masak.Arini kita beli lauk tunjuk je kat kedai.Feel nak masak dah hilang dibawa angin kus-kus.hehe...oh..oh..oh..balik kampung..oh..oh...oh balik kampung hati girang.Tak sabar dah ni nak balik kampung.Akhirnya penantian selama ni berakhir jua.Jom layan lagu Balik Kampung dari arwah Sudirman.Layanzzzzz.......





Wednesday, August 17, 2011

Kung Pao Chicken


Assalamualaikum Semua


Hari ni menu pilihan untuk berbuka adalah kung pao ayam dan juga bergedil ayam. Terliur tengok Chef Kamarul bersama Zizan masak ayam ni dalam rancangan Ala Carte ari ahad aritu.Pe lagi aku pun cubalah masak arini.Kebetulan ayam dan bahan-bahan lain ada.So try jelah.Cara nak memasaknya senang je.Jom tengok cara-cara membuatnya.

------------------------------------
Bahan-bahan yang diperlukan
------------------------------------

A: Bahan Perapan

- Ayam, sos tiram,sos tomato,kicap pekat manis ,sedikit garam,tepung jagung

B: Bahan Sos

- Seulas bawang merah, tiga ulas bawang putih, 2 inci halia, sos tiram,sos cili, 5 biji cili padi, 7 helai daun kari, sedikit air.

Cara-cara membuatnya:-

1) Perap ayam dengan bahan perapan tadi selama 15 minit.(Lagi lama anda perap lagi lembut ayam itu)

2) Kemudian panaskan kuali dan goreng ayam yang telah diperap tadi.Ketepikan.

3) Dengan menggunakan sedikit minyak, tumis bawang merah,bawang putih dan juga halia yang telah dimayang. Kemudian masukkan cili padi yang telah dipotong bulat-bulat.seterusnya masukkan daun kari.Biarkan sehingga campuran itu naik bau.

3) Selepas itu, masukkan sos tiram,sos cili dan juga sedikit air. Last sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau hingga sekata.Siap :)




Kung Pao Ayam ala Cikngah

Cara nak buat bergedil pulak senang je.Rebuskan 4 biji kentang sehingga empuk(biasanya orang goreng tapi aku prefer rebus).Rebuskan juga ayam.Kemudian lenyekkan kentang bersama ayam tadi.Gaul hingga rata dan kepalkannya menjadi bentuk bulat.Last sekali celupkan bulatan tadi dengan sedikit telur untuk mengelakkannya daripada pecah.Kemudian goreng dalam minyak yang panas.Sudah siap @_@



Kung Pao Ala Cikngah



Inilah bergedil tanpa sayur cikngah.Malas nak g beli daun sup.Jadi guna je apa yang ada,Hehehe..oklah jumpa lagi di next entry.Nak g melayan family outing season 2.Selamat malam semua :)

Tuesday, August 16, 2011

Tauhu Sumbat

Assalamualaikum


Apa khabar semua?Dah siap memasak untuk berbuka?Arini aku masak lauk simple je untuk berbuka iaitu seafood masak sambal dan tauhu sumbat menjadi pilihan sebagai pembuka selera hari ini.Nak tahu macam mana cara nak wat tauhu sumbat ala Cikngah??Jom tengok kat bawah:-

Bahan A:-

-3 keping tauhu(dipotong dua menjadi bentuk 3 segi)

Bahagian B(Inti)

-sedikit isi ayam bahagian dada
-Carror dipotong panjang-panjang


Bahan C (Kuah Kacang)

-Seulas bawang merah(dimesin)
-Dua ulas bawang putih(dimesin)
-Sedikit cili kering(dimesin)
-Kacang tanah yang dah siap ditumbuk
-Sedikit air
-Gula melaka


Cara-cara membuatnya:-

1)Goreng bahan A dan ketepikan
2)Dengan menggunakan sedikit minyak goreng carrot dan ayam.Kemudian masukkan sedikit garam dan biarkan sehingga masak.
3)Untuk membuat kuah kacang,mula2 tumis bahan yang telah dikisar sehingga garing.Kemudian,masukkan sedikit air,kacang,gula merah dan sedikit garam.Biarkan sehingga sedikit pekat dan padamkan api.
4)Sumbat inti tadi kedalam tauhu yang telah siap digoreng.Kemudian hidangkan bersama kuah kacang.Siap!!!



Haa...inilah tauhu sumbat ala Cikngah.Tak sabarnya nak makan waktu berbuka nanti.Oklah semua jumpa lagi di entry akan datang.Selamat berbuka :)

Saturday, August 13, 2011

Kuih Ketayap


Assalamulaikum dan Salam Ramadhan buat semua


Apa khabar semua?Macam mana ngan puasa?Sedar tak sedar arini dah masuk ari ke-13 kita berpuasa.Kejap je kan.Pejam celik pejam celik dah nak masuk dua minggu.Apa agaknya menu berbuka korang untuk arini?Dah siap masak semua ke?Erm...arini aku masak awal sikit sebab ada hal petang ni.So masak siap-siap.Balik nanti takdelah kelam kabut.Menu pilihan kitaorang ialah sotong masak cili padi,gulai tempoyak ikan kembung taufu dan juga kuih ketayap.



Tadaaaaa....inilah kuih ketayap yang aku dan Yani buat tadi.Dah lama gaklah mengidam nak makan kuih ketayap dari air tangan sendiri.Tapi arini baru kesempatan nak buat.Oklah nak g sambung wat kerja.Salam hujung minggu dan selamat berbuka puasa buat semua.

Wednesday, August 10, 2011

Flat 3A

Assalamualaikum


Dah lama tak update blog.Biasalah kalau dah balik kampung tu memang malas giler nak buka laptop.Apatah lagi nak online.Alhamdulillah kelmarin dah selamat sampai ke Nilai.Walaupun kejap je balik kampung tapi puas hati dapat berpuasa dengan family tercinta.Lagipun next week aku dah mula bercuti hari raya.Malam ni akhirnya tercapai juga keinginan nak tengok cerita Flat 3A.Almaklumlah aku ni bukannya berani sangat nak tengok cerita2 hantu macam tu.Kalau nak tengok sorang tu memang impossible la.Tengok ramai2 ni pun asyik tutup muka je.Kalau tengok sorang agaknya the whole time tak tengok.Dengar suara je.For me, cerita ni oklah.Seramlah juga bagi si penakut cam aku ni.Hehe...Oklah cerita dia not bad.Tapi watak Anas dalam cerita tu memang jahat giler la.Bapa sendiri pun dia sanggup bunuh apatah lagi orang lain.Kalau korang nak tau cerita selanjutnya silalah menonton filem ni.Tapi kalau rasa diri tu tak berapa berani silalah berteman ye.Hehehe..oklah nak g sambung wat kerja.Selamat bersahur :)

Monday, August 1, 2011

Cencaru Masak Cili Padi

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua



Alhamdulillah 1 ramadhan telah berlalu.Syukur kehadrat Illahi kerana kita berkesempatan lagi untuk menjalani ibadah puasa dan berterawih pada tahun ni.Macam mana dengan menu berbuka arini?Harap-harap takdelah pembaziran yang berlaku arini ye.Menu kitaorang arini simple je.Maklumlah orang bujang.Menunya ialah cencaru masak cili padi,lala masak halia,sup sayur dan juga ikan kering goreng.Tak lupa kuih kegemaran orang kelate macam diriku onde-onde a.k.a buah melaka.




Ha..inilah ikan cencaru yang dimasak cili padi.Cara membuatnya senang je.Mula-mula tumis bawang putih,halia dan cili padi yang telah ditumbuk.Kemudian,masukkan serai yang telah diketuk,2 helai daun limau purut dan sedikit air.Biarkan sehingga air mendidih.Kemudian masukkan bawang besar(dihiris nipis-nipis),buah tomato dan sedikit garam.Akhir sekali masukkan ikan cencaru yang telah digoreng.Biarkan seketika dan padamkan api.Siap :-)



Dan ini pula onde-onde tu. Biasa warna hijau kan,tapi kali ni aku buat warna merah+sedikit perasa vanila.Saje je nak wat kelainan sikit.Oklah jumpa lagi di next entry. Selamat bersahur semua (@_@).

Saturday, July 30, 2011

Nasi Goreng USA

Assalamualaikum


Dekat-dekat nak puasa ni macam-macamlah pulak makanan yang teringin nak makan.Semalam teringin nak makan nasi goreng USA. So aku pun masaklah untuk breakfast.Cara-cara membuatnya senang je.Sape-sape nak tau caranya tengok kat bawah ye.


Bahan A: Telur Mata

Bahan B:Nasi Goreng

Mula-mula panaskan kuali.Kemudian masukkan sedikit minyak.Pecahkan telur dan goreng hancur-hancur.Kemudian masukkan nasi,sedikit garam.Kacau hingga rata dan biarkan sehingga masak.


Bahan B: Ayam masak merah (Boleh juga digantikan dengan daging)


Panaskan minyak.Kemudian masukkan bawang merah yang telah dimayang.Apabila bawang telah kuning,masukkan sedikit cili blender,sos tomato,sos cili dan sos tiram. Apabila telah naik bau,masukkan air, ayam yang telah dipotong dan juga tauhu.Kemudian masukkan garam secukup rasa.Biarkan sehingga ayam masak dan padamkan api.





Tadaaaa....inilah nasi goreng USA aku.Senang je kan?Oklah hingga jumpa lagi di next entry.Selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat semua.Semoga ramadhan kali ini akan memberikan seribu rahmat dan keberkatan buat kita semua.

Tuesday, July 26, 2011

Dumpling Ayam


Seperti yang dijanjikan kali ni aku nak berkongsi dengan korang semua cara nak membuat dumpling ayam.Caranya senang je.Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.


Bahan A: Bawang,carrot,kacang buncis



Bahan B: Ayam dipotong kecik-kecik



Bahan C: Kulit wantan



Bahan D: Gam (Tepung gandum+sedikit air)

Cara membuatnya:

Mula-mula korang panaskan minyak.Kemudian korang tumis bawang merah sampai garing.Kemudian masukkan carrot dan kacang buncis.Selepas itu masukkan bahan B.Then,masukkan sedikit sos ikan dan garam secukup rasa.Biarkan sehingga masak.



Inilah hasilnya inti kita tadi

Now,kita nak belajar cara-cara membungkusnya pula. Sila tengok gambar di bawah mengikut urutan dari kiri ke kanan.



Siap!!Now korang bolehlah kukus dumpling korang lebih kurang dalam 15 minit.



Inilah hasilnya dumpling ayam kita tadi.Simple je kan??Selamat mencuba :-)


Puding Gula Hangus

Arini tetiba rasa nak makan puding gula hangus.Balik dari lunch kat kedai Ayam Penyek terus buat puding gula hangus ni.Within 30 minutes dah boleh makan.Sebab masa nk memasaknya kejap je dalam 15 minit je.




Inilah rupa puding gula hangus yang dibuat tadi.Aku letak sikit chocolate rice .Yummy...sangat enak menikmati kelazatan puding ni di waktu petang begini especially bila puding ni kita letak dalam peti dulu then baru makan.Ya Allah serius memang sedap sangat..Selain puding ice cream,puding gula hangus juga merupakan favourite aku.Oklah sampai sini dulu.Next entry aku akan menceritakan macam mana nak buat dumpling ayam.Bubyeeee...

Monday, July 11, 2011

Bukan Tak Sudi

Assalamualaikum


Baru-baru ni tetiba rasa nak baca novel.Kalau dulu novel dan aku macam ombak dan pantai.Pantang ada trinovel dari Alaf 21 mesti aku rembat.Tapi sekarang dah jarang dah.Kekangan masa membantutkan aku merealisasikan hobiku yang satu tu.Dah banyak novel-novel yang aku ketinggalan.Aritu aku g bookstore nak cari novel Bukan Tak Sudi:Kau Bukanlah Yang Pertama Namun Kaulah Yang Terakhir.Tapi sayang novel ni dah habis.Dah puas aku cari kat Popular,MPH,bookstore biasa semua takde.Aku dah try order kt MPH online tapi end of next week baru diaorang akan deliver.Terus cancel beli sebab kalau boleh nak dapat cepat.Macam goreng pisang panas betul jualan novel ni walaupun novel ni dah dikeluarkan since last year lagi.



Kalau sape2 tau kat mana ada novel ni roger2 aku ye.Aku nak sangat2 beli dan baca.Dah search online tapi mostly nak jual yang second hand punya.Taknaklah aku nak yang baru punya.Nak simpan wat koleksi.

Tuesday, June 28, 2011

Back to School

Assalamualaikum


Cepat je masa berlalu kan.Lusa dah nak balik Nilai.
Kejap je rasa 2 minggu tu.Nape eh kalau duk umah tu mesti rasa kejap tapi cuba kalau duk kat rantau orang.Sehari pun rasa lambat je berlalu.Kalau ikutkan hati memang malas dah nak balik sana.Tapi ada banyak kerja yang sedang menanti di sana.Nilai...wait for me!!


Sunday, June 19, 2011

Piala FA 2011

Assalamualaikum dan Selamat Malam

Wah dah berhabuk giler blog aku ni.Dah dua minggu lebih tak update.Kepada yang sudi menjenguk ke teratak Cikngah, I'm sorry guys.Busy sangat2.Arini aku nak share citer tentang Piala FA 2011 yang berlangsung kat Stadium Bukit Jalil 11 Jun aritu.Walaupun citer ni dah basi sebab dah seminggu berlalu tapi nak share gak.Last week rasa memang super duper triple penat giler.What a pack saturday.Ari Jumaat malam dah gerak dari Nilai dengan Yani.Then pick up Cik Kema di Saujana Impian.Pastu check in umah Cik Ayu di Bukit Jalil.Betapa fanatiknya nak g tengok bola sampai sanggup p umah diaorang.Padahal sebelum ni dah banyak kali dioarang ajak tapi tak pernah-pernah sampai pun.Hehehe...Red Warrior I Lap U!!!Pagi Sabtu g wedding member kat Sungai Buloh,then g UTM lak sebab Cik Ayu ada kelas.Than you to Ayu sebab sanggup ponteng kelas tengok bola sama2.Dari situ gerak g Bukit Jalil.Bermacam-macam dugaan la masa on the way nak g stadium tu.Gembira sebab dapat berhon-hon dengan peminat2 red Warrior yang naik motor sambil menjeling-jeling abang-abang drebar dari kereta sebelah.Walaupun rasa muka cam udang kena bakar sebab malu tapi rasa bangga tengok semangat kesukanan orang kelate. Tension ngan abang polis yang tutup jalan sana sini.Sampaikan kitaorang tersalah masuk jalan.Time ni rasa cam mahu nangis pun ada.Dahlah kena jalan kaki jauh giler sebab parking takde.Macam tak caya lak aku wat macam tu.Anyway,walau apapun dugaan dan cabaran akhirnya pas solat maghrib,kami selamat sampai di Stadium Bukit Jalil.First time jejak kaki kat stadium tengok bola.Memang speechless.Bukan setakat sardin tapi dah macam compact powder tempat duduk tu.Mujurla kitaorang masuk dah lewat so takdelah berhimpit2 masa nak masuk gate tu.



Penyokong-penyokong Penyu dan Kijang








Mujur kitaorang bawak air siap2 kalau tak mesti terpaksa beli air mineral yang tersangatlah " murah" itu


Here we are!!



~Demi bola~



Walaupun kelate kaloh tapi i tetap sayang u @_@

Gomo kelate gomo!!!

Friday, June 3, 2011

Gulai Lemak Cili Padi Ketam



Alhamudillah baru siap berbuka puasa.Pembetulan baru pas makan sebenarnya.Berbuka dah tadi dengan air kosong.Then mandi and solat maghrib dulu.Tu yang lewat makan.Berjaya juga puasa sunat 1 Rejab arini.Maybe sebab dah lama tak puasa so bila start puasa rasa penat je.Hari ni tetiba rasa nak makan nasi.So menu pilihan untuk berbuka adalah gulai lemak cili padi ketam dan sayur goreng.Memang hancusla diet arini.Tengoklah menu pilihan pun makanan yang berlemak.Ntahlah teringin sangat nak makan gulai lemak tu yang break the rules.Nak masak gulai lemak ni simple je.Kalau sape-sape yang tak tahu boleh tengok resepi kat bawah.

Bahan-bahannya:-

- 3 ekor ketam
- Kelapa parut setengah biji diambil santannya
- 3 labu bawang merah India sederhana besar (ditumbuk/diblender)
-10 biji cili padi hijau
(ditumbuk/diblender)
- 3 batang serai (diketuk)
- Sedikit serbuk kunyit (if ada kunyit hidup lagi better sebab lagi kuning)

Cara memasaknya:-

1) Masukkan santan,bawang,cili padi,kunyit dan serai ke dalam periuk

2) Letakkan di atas dapur dan biarkan sehingga mendidih

3) Masukkan ketam dan garam secukup rasa.Biarkan seketika sehingga ketam
masak dan padamkan api





Inilah rupa gulai lemak cili padi ketam Cikngah.Memang betul-betul pedaslah.Perut den pun terasa panas ni ha.Opss..lupa nak inform.Kalau korang nak pilih ketam yang banyak isi korang pilih ketam yang berat. I mean korang angkat ketam tu letak atas tangan korang.Kalau rasa berat ambik.Sebab kalau ketam tu ringan memang sah-sah isinya sikit.Kulit je lebih.Tak caye boleh cuba sendiri.Ok guys jumpa lagi di next entry.Nak sambung wat tesis.Selamat malam.

Wednesday, June 1, 2011

Selamat Datang



Selamat datang Jun!!!selamat datang juga kepada adik-adik tamhidi yang akan mendaftar arini.Belajar rajin-rajin ye adik-adik.Jangan malas macam senior korang ni.Kalau malas nanti akak piat telinga.Ermm...kejap je kan masa berlalu.Pejam celik pejam celik dah masuk setengah tahun.Tapi azam tahun 2011 tak tertunai juga.Aisyh...bila lah nak berubah ni.Umur dah makin banyak tapi perangai still cam kanak-kanak ribena lagi.Isk..isk...By the way,arini besday pakcik aku,pak uda.Hepi besday pak uda!!!Semoga pak uda sentiasa sihat dan hepi selalu.Lupakan kisah lalu.Let by gones be by gones.Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.Allah takkan menguji umatnya jika DIA tahu kita tak mampu menghadapinya.To my dearest sister Along,my besfriends Amy,Syak and all my friends Yani,Nisa,Efy,Fahimi,Aidinal dan kak balkis hepi advance besday untuk kalian.And special dedication to my super duper marvelous bestfriend Nazihah Sidi Ahmad,hepi besday and Selamat pengantin baru to you.Tahun ni mung celebrate dengan hubby mung dahlah..hehe.Nantikan kemunculanku di hari persandinganmu next week.Tungguuuuu......K lah nak g sambung tulis tesis.Tapi tak tahu berapa kerat ayat yang mampu ditulis sebab mata dah ngantuk giler ni pas makan nasi lemak kerang tadi.Adiossssss!!!



Nota siku: Congratulations ayah sebab dapat anugerah perkhidmatan cemerlang.Tq juga sebab angah pun dapat tempiasya.Hehe...

Tuesday, May 31, 2011

Menghitung Hari


Lagi 13 ari nak balik umah.Tak sabarnya nak balik umah.Tapi before balik umah nak kene submit tesis first draf dulu.Sebut pasal tesis ni.Aduhai...nape ye aku asyik ketandusan idea untuk menulis.Bila dah tak de idea mulalah aku jadi malas.Pastu merewang sana merewang sini.Buka blog,fb,tengok family outing,dengar lagu,tengok cite korea dan macam-macam lagi la.Tu yang lately ni asyik stay up je.Kul 3,4 pagi baru tidur.Nak buat macam mana idea datang time tu.Kena la tulis.Karang lari pulak idea tu tak larat den nk kojar.Memangla tak dinafikan kalau ikutkan hati memang malas giler nak tulis tesis tapi kalau aku tak berusaha sapa yang nak tolong aku nanti kan.Lagipun aku tak sabar-sabar ni nak mengenjoykan diri.11 Jun nak attend wedding member baik,pastu malam tu g tengok bola final FA kat stadium.Then 13 jun balik kampung.Hoooooooreyyyyyyyyyyyy!!!!!!i loike...okeylah nak g sambung wat keje.Selamat bekerja semua 0_0

Monday, May 30, 2011

Kahwin

Cuti sekolah dah bermula.Kenduri kahwin pun bermula juga.Sana sini orang kahwin.Untuk early Jun je dah berbelas-belas kad kahwin aku dapat.But unfortunately semua tak leh attend sebab tak balik KB time tu.Lepas sorang-sorang member kahwin.11 jun ni member baik aku kahwin.Sedihnya..raya tahun ni tak dapat dahlah nak g beraya dengan dia macam tahun-tahun lepas.Sebab dia mesti beraya ngan hubby dia.Oh..i'm alone.Sebut pasal kahwin ni kan seramlah pulak.Yelah tengok keadaan sekarang ni.Lelaki baik makin pupus di pandangan.Macam-macam perkara berlaku sekarang ni.Husband tak bagi duit la,pukul bini la.Before kahwin,masa bercinta tu bukan main lagi loving,caring kat girlfriend.Tapi pas kahwin tangan asyik naik je.Apa diaorang ingat pompuan ni barbie doll ke boleh disepak ke sana ke sini.Pompuan untuk disayangi bukan untuk disakiti.So kepada kaum Adam semua,jika anda rasa perkahwinan merupakan satu perkara yang main-main just forget it.Sebab perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang teramatlah besar.Dan buat kaum Hawa pula,jangan jadikan diri anda sebagai mangsa permainan lelaki.Fikir betul-betul sebelum kahwin.Jangan kahwin lari sebab restu ibubapa teramatlah penting.Tanpa restu mereka kemungkinan untuk rumahtangga kita tak bahagia adalah tinggi.Oklah nak g sambung wat kerja.Kepada semua yang bakal melangsungkan perkahwinan Selamat Pengantin Baru buat kalian.Semoga perkahwinan korang bahagia kekal ke akhir hayat :-)

Sunday, May 29, 2011

Cek Mek Molek


Kuih cek mek molek ni merupakan kuih tradisional Kelantan.Kuih yang paling simple dan senang untuk dibuat.Dari last week lagi teringin nak makan kuih ni.Tapi tak suka beli yang orang jual.Sebab kuih diaorang mesti keras macam batu.Banyak tepung dari ubi.So untuk memuaskan hati sendiri aku beli ubi keledek,then buat sendiri.Aku memang suka sangat3 kuih ni.Kalau kat kampung mesti suh tokwan buat.Sape tak tahu cara-cara nak buat kuih ni boleh tengok steps kat bawah.Senang je :).



1- Potong ubi keledek bulat-bulat

2- Rebus ubi keledek tu sehingga empuk


3 - Apabila telah masak,biarkan ia sejuk seketika. Kemudian masukkan gandum dan uli sehingga sebati.
***Jangan masukkan tepung terlalu banyak nanti kuih jadi keras***

4 - Adunan selepas diuli




5- Then buat bulat-bulat begini supaya nanti kuih senang untuk dibentuk.

6 - Pastu penyek kat tengah kuih tu dan letakkan sedikit gula



7 - Bentukkan kuih mengikut bentuk yang disukai


8 - Bila kuih dah siap bolehlah goreng





Tadaaaa..ni lah rupa cek mek molek aku lepas siap digoreng

Simple je kan.So jangan malas-malas ye belajar buat kuih tradisional.Jangan asyik belajar buat makanan western je.Tradisi kita sanjungan kita.Selamat berhujung minggu :-)


Nota siku: Masa bertapa dengan Secret Garden tamat sudah.Sarang heyo Oscar!!

Sunday, May 22, 2011

Hari Kami

Semalam cik puan-to-be a.k.a wife-to-be Nisa&Ayu,datang bagi kad kawin untuk geng2 Nilai~~me,fiza,yani,mira.Sorang lagi geng umah aku masa degree dulu bakal menamatkan zaman bujang Jun nanti.Aisyh..makin lama makin kurang ni bilangannya.Tapi biasalah tu kan.Lumrah kehidupan :-). Ayu sms suh tunggu g kat kedai makan sebab diaorang dah tunggu sana.Pas solat zohor aku g la sana sorang2.Tapi aku tak makan pun order milo ais je.Ntahlah perut tak rasa nak makan pun.Pas makan tu kitaorang anta mira balik dulu sebab dia nak study.Then baru kitaorang gerak g Nilai 3.Aku mahu beli jersi Red Warrior di sana!!!Bersemangat neh nak g tengok final piala FA 11jun nanti kat stadium.Tapi sayangnya jersi tu takde.Adeh,frust sungguh!!Nak merawat hati yang frust tu kitaorang decide nak g tengok wayang kat Alamanda.Namun sayang seribu kali sayang,sume tiket dah sold out.Yang tinggal hanya untuk show kul 10 p.m ke atas.Adoi..it's like kill me twice.Bagai jatuh ditimpa tangga.Kecewa bangaattttttttttt!!!Sedih tul la.Masa tengah jalan tu terjumpa dua member lama.Sorang kawan masa degree dulu sorang lagi kawan masa matrik.Satu floor masa kat hostel dulu.Kebetulan lak diaorang ni kawan satu sekolah.What a small world.


NonaNisa Salleh

Lawa giler nona ni.Baru balik photoshoot katanya.Tak sempat nak borak lama pun sebab diaorang pun ada hal. Kitaorang pun nak g makan.Mula2 plan nak makan kfc.Tapi cancel sebab ramai giler orang tengah queue.Malas nak tunggu perut dah berdondang sayang ni.So kitaorang naik atas cari Nando's.Bila dah lalu depan kedai tu tiba2 lak pikiran berubah.Konon-kononnya nak g tengok kedai makan kat luar tu.Sekali tersangkut kat kedai The Manhattan Fish Market.


Ciluk dari hencik google

Kitaorang berempat order yang set untuk 4pax.jimatlah dekat rm50 bila ambik set ni.Memang sampai tersadai makan.Ada orang tu siap wat balik lagi sebab tak habis.Hehehe...



with the super duper delicous soup



while waiting the food arrive,kita gambar dulu :-)

Sedihnya makanan aku last sekali dapat.Tu pun bila kitaorang tanya.Rupa2nya dia belum buat lagi.Terlupa!!Tension tul.Last sekali take away je sebab dah lewat untuk solat Maghrib.



Ni la orang key-eL tu.Thanks datang Nilai.Nanti datang melawat kami lagi ye 0_0

Thursday, May 19, 2011

Cuti-cuti Malaysia


Aku teringin nak berscuba diving,teringin nak tengok ikan-ikan di lautan.Nak jumpa nemo,nak pegang sea cucumber,nak tangkap abalon!!!!Oh sungguh!!nak buat semua benda sambil menikmati lautan yang membiru.Seyess, teringin sangat-sangat nak g bercuti lepas siapkan tesis ni.Nak g enjoy puas2 before kerja.Currently rancangan percutian adalah ke Sabah,Pulau Tioman,Pulau Perhentian and Pulau Redang.Tengah survey2 pakej yang menarik dan harga berpatutan.Kalau tak dapat g tempat2 tu g satu tempat yang dapat tenangkan fikiran pun ok.Janji enjoy.Nape lah aku mesti ada perasaan nak g holiday ni time tengah nak habiskan experiment dan siapkan tesis.Adoi........

Tuesday, May 17, 2011

Nasi Lemak Kerang

Mengidam nasi lemak kerang dari minggu lepas lagi.Tapi asyik postpone and postpone and postpone sebab teringatkan diet.Tapi arini memang tak leh nak control dah.Memang nak makan sangat-sangat.Akhirnya lepas maghrib tadi g pasar malam ngan fiza cari nasi lemak kerang.Biasa kitaorang g pasar malam petang je sebab malam cam serabut sikit.Tapi arini nasi lemak punya pasal bolos aje semua lampu-lampu itu.Nama pun g pasar malam,rasa semua benda nak beli.Hasilnya habis juga duit aku RM10.70 kat pasar malam tu

Nasi lemak kerang+sayur kacang =Rm4
+ Air kelapa = Rm1.20 (langsung tak rasa kelapa.Cam air 0 je)
+ Air tebu = RM1 (Sedappppppp sangat!!!!!!!!)
+ Keropok lekor = Rm1 ( Nyesal beli sebab sejuk gler.Ingatkan panas)
+ Rangka Ayam = Rm2.50
+ Fish ball with black pepper sauce = Rm1
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
= Diet terjun sungai +Mengantuk Teramat Sangat + sakit kepala kena hujan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian laporan untuk hari ini
:-)

Saturday, May 14, 2011

Seafood Noodle


Terpengaruh dengan Running Man tengok diaorang makan seafood noodles or dipanggil Jjambong,aku pun rasa nak makan.So awal-awal pagi lagi aku dah g pasar cari siput.Tapi siput takde!!Mungkin bukan musimnya kot.Seyes,aku memang addicted ngan RM ni.Asyik duk ulang and ulang and ulang.Aku rasa dalam banyak-banyak citer korea yang aku tengok RM la yang paling melekat di hati.Especially bila tengok Monday couple dalam tu Gary dan Ji Hyo.Sukaaaaaaaaa sangat tengok diaorang.Ok sambung citer pasal JjamBbong.Actually JjamBbong ni lebih kurang macam mee kuah je.Cuma kalau kat Korea ada juga yang letak WINE dalam JjamBbong tu.




Ni rupa JjamBbong yang aku ambik dari Hencik Google.


Yummy,nampak sedap sangat mee tu.Aisyh..dah dua hari dah langgar diet ni.Semalam dan hari ni.Walaupun aku tau dan teramatlah tahu kalori mee tersangatlah tinggi tapi nak buat macam mana.Tak dapat dah nak kawal nafsu makan ni.So pe lagi kita bolos aje diet tu.Hehehe...Jom tengok pe bahan-bahan yang diperlukan untuk buat seafoof noodles ni.Aku main masuk je semua bahan.Sebab kalau resepi JjamBbong yang sebenar cam banyak je kerja aku malas.So aku buatlah resepi sendiri.Hehe..


Bahan-bahan yang diperlukan:-

@ 3 gulung mee soya

- Kalau tak tau macam mana rupa mee soya tengok pic kat bawah ni.Mee biasa pun boleh tapi aku tak berapa suka sebab mee tu terlalu cepat kembang.Jadi cepat muak bila makan.


source: Hencik Google

@ 3 ekor ketam dipotong dua
@ 200 gram isi kerang
@ 10 ekor udang sederhana besar (dibuang kulit)
@ 5 ekor sotong dipotong bulat-bulat
@ 1 labu bawang putih ditumbuk (aku letak banyak sebab suka bawang putih)
@ 1 1/2 paket serbuk lada (cili boh@cili kering yang dah di blend pun boleh)
@ 2 biji lada hijau dipotong serong
@ 2 biji lada merah dipotong serong
@ 2 biji carrot dipotong panjang-panjang
@ Sawi
@ 3 sudu besar sos ikan
@ 3 sudu besar kicap pekat
@ 1 sudu black pepper


Cara-cara membuatnya:-

1) Rebus kulit udang tadi dan letak ke tepi

2) Didihkan air dan masukkan mee soya.Masak selama beberapa minit.Apabila
sudah masak,angkat dan rendamkan ke dalam air sejuk selama 1 minit


3) Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak.Kemudian tumis bawang putih
sehingga kekuningan.


4) Masukkan air rebusan udang tadi,serbuk lada,kicap pekat,black pepper
sos ikan dan garam secukup rasa.Biarkan sehingga mendidih.

5) Then,masukkan carrot,sotong dan ketam.Apabila seafood tu 80%
masak,masukkan
pula udang dan sawi.Apabila semua bahan telah
masak,padamkan api.



***Apabila hendak makan,baru campurkan mee tu ke dalam kuah.If not mee tu akan kembang so jadi tak sedap***



Ha..nilah rupa JjamBbong aku.Amacam ada rupa tak yang ori punya?

Kalau korang nak tau resepi jjambbong yang sebenar klik SINI

Oklah nak sambung tengok RM.Bubye...........

Tuesday, May 10, 2011

Thank You

Time passed in a flash
We already enter for the second quarter 2011
and mid of the year soon
Kesibukan mula memhimpit diri
Everything must be finished on time
Arggh..seyes betapa pressurenya ku rasakan di saat ini
But I must be strong
Must finish it eventhough i should sacrify a lot
Thanks to Allah
He gave me the way the time i feel so lost
Always being at my side when I need Him
No words that can describe how merciful and affectionate He is
Thank You Allah!!

Friday, May 6, 2011

Berbakti Kepada Kedua Ibubapa

Ibubapa merupakan insan yang terpenting dalam kehidupan kita.Tanpa mereka maka tidak lahirlah kita kedua yang fana ini.Jasa mereka tidak mungkin dapat kita balas walaupun hidup seribu tahun lagi.Yang mampu kita buat adalah berbakti kepada mereka selagi hayat dikandung badan.Sebagaimana firman Allah s.w.t:-


Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibubapanya

(Surah Al-Ankabut:Ayat 8)

Di dalam ayat yang lain Allah berfirman: -

"Dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada ibubapanya.Ibunya telah mengandungkannya dan melahirkannya dengan bersusah payah"

(Surah Al-Ahqaaf:Ayat 15)


Hukum berbuat baik kepada ibubapa adalah wajib.Sesungguhnya keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.Oleh itu,janganlah kita sesekali menyakiti ataupun membiarkan setitis air mata mereka pun jatuh.Bahkan berkata"Ah" pun tak boleh.Allah berfirman:-

"Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka jangan sekali kamu mengatakan "Ah" kepada mereka"

(Surah Al-Isra':Ayat 23)

Baginda Rasulullah s.a.w juga bersabda:-

"Dua perbuatan dosa yang Allah percepatkan azabnya di dunia ialah berbuat zalim dan derhaka kepada orang tua"


Berbuat baik kepada ibubapa meliputi pelbagai aspek sama ada melalui perbuatan,percakapan,amalan dan juga pandangan.Tak semestinya dengan wang ringgit je.Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan berharap Allah sentiasa mengampunkan dan mengasihani mereka pun dikira berbuat baik juga.Aku ingat lagi masa zaman kecik dulu masa nasyid tu kitaorang nyanyi lagu Anak Soleh.Antara yang aku ingat:-

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasihi ibu dan ayahku
Wahai Tuhanku Rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin Ya Rabbal Alamin

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyayangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya


Boleh view kat sini kalau nak dengar lagu tu.So marilah sama-sama kita berbuat baik kepada ibubapa selagi mereka masih ada.

Saturday, April 30, 2011

Strawberi


Yeah...arini dapat makan strawberi.Fresh dari Cameron gitu.Kebetulan my aunt balik dari Cameron arini so aku and adik aku pesan suh wat balik strawberi yang fresh,taknak yang kering punya tak best.Mengidam betul kitaorang.Sebabnya makcik baru je bagi tadi.Tak sampai setengah jam pun.Dah nak habis dah.Dapat2 tu terus terkam makan.Then my aunt cakap"Mengidam betul ni".Hehehe..memang pun :)



Agaknya sebab strawberi ni manis.Tu yang kejap je kitaorang makan.Biasa beli buah strawberi masam je.Kalau macam ni,lain kali boleh beli lagi :)