Sunday, March 20, 2011

Tsunami Di Jepun

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari


Hari ni genap 10 hari gempa bumi dan tsunami berlaku di Jepun.Melihat kemusnahan yang berlaku dan rakyatnya yang mati sangat menyedihkan dan menusuk sanubariku.Tiap kali aku membaca entry-entry yang berkaitan dengan Jepun ini air mata pasti mengalir tanpa dipinta.Apatah lagi jika membaca entry dari blogger yang berada dari sana.Cerita dan gambarannya amat real sekali hinggakan aku tak dapat bayangkan bagaimana kalau aku berada di sana pada saat dan ketika itu.Sangat kesian melihat anak-nak kecil dan orang tua di sana.Kejadian yang menimpa ibarat permainan di dalam video game.Namun sayangnya,apa yang berlaku adalah realiti.Janganlah mempermainkan isu ini dan menjadikannya sebagai bahan jenaka.Kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Berkuasa.Tak mustahil apa yang berlaku kepada mereka akan berlaku kepada kita atau negara-negara yang terdekat dengan kita.Apa yang kita mampu lakukan hanyalah mampu membuat solat hajat dan berdoa kepada Allah s.w.t semoga semuanya akan berakhir dengan baik.Tahziah Jepun!!

Tadi masa blogwalking aku ada terjumpa blog ni.Blogger dari Jepun.Air mata bergenangan tanpa disedari saat membaca entrynya especially masa kejadian gempa tu berlaku kerana pada saat dan ketika tu dia bersama anaknya.Sangat-sangat sedih sampaikan tak tahu macam mana nak express.Nauzubillah..jauhilah daripada terjadi kepada kita.Klik SINI untuk baca.

Lagi cerita tentang Tsunami Dan Gempa:-





Semoga kita semua mengambil iktibar dari apa yang terjadi.Selamat berhujung minggu.

4 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

tq cikngah sudi baca kat blog yg x seberapa itew @____@

♥♥Cikngah♥♥ said...

blog ai ok pe.blh gk dpt cerita dr jepun.skrg cam ne?ada gempa lg ke?

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

lupa nak ckp...ai tue i jer actually...ramai confuse sebab ai guna bhsa forum...so rasa kena tukar la hikhikhik...still ada x byk mcm selalu tapi sekali kena m5 juga la :(

♥♥Cikngah♥♥ said...

hehehe...tula.mula2 pk gk sbb signature lady ayu tp ai..ermm..mst duk dlm keadaan berjaga2 selalu.mmg slalu g2 or since m10 br ni je?