Thursday, March 10, 2011

Lelaki Vs Perempuan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Selamat pagi.Pe khabar semua?Dah breakfast??kalau dah breakfast mesti lebih bersemangat untuk bekerja kan?Hmm..entry aku arini adalah mengenai Lelaki vs.Perempun.This is based on my personal opinion.Entry kali ni agak open and sensitif sikitla betapa perbezaan jantina menjadi kelebihan dan kekurangan kepada semua insan di dunia ni.Agaknya sebab tulah kan sampai ada yang sanggup menukar jantina demi mencapai matlamat yang diigini.Nauzubillah.Walau apapun,semua tu terpulang kepada pendirian dan pemikiran diri sendiri.Ada beberapa faktor yang aku nak debate sikit arini.

1)Faktor Pekerjaan


Nowadays,kalau korang perasan dah ada company yang mula bias dalam pengambilan pekerja.Diaorang nak pekerja lelaki je,perempuan tak nak.Alasannya,perempuan dah terlampau ramai dan lelaki sebaliknya.Pendapat korang,perlukah isu jantina menjadi tajuk persoalan dalam pemilihan pekerja?My opinion,tak perlulah kot.As long as dia boleh buat kerja dengan baik tu dah dikira baik.Lagipun nak buat macam mana,memang zaman sekarang ni perempuan ramai,Kalau semua company nak lelaki je,habis perempuan yang ramai lagi tu nak buat apa?Takkan nak duk rumah je jaga anak-anak dan harapkan duit daripada suami je,Kalau yang dah berkahwin mungkinlah boleh buat macam tu,tapi macam mana dengan yang masih bujang??Takkan nak duk melangut je kat rumah dan mengharapkan belas ihsan dari parents diaorang lagi??Aku kalau boleh tak naklah macam tu.Aku nak kerja sendiri.Cukup-cukuplah my parents duk tanggung aku dari kecik sampai sekarang.Teringin juga nak cari wang sendiri dan bagi wang kat parents.Mereka mungkin tak nak tapi apa salahnya kita sebagai anak hulur-hulurkan sedikit.Lagipun orang pernah cakap,if kita bagi duit kat parents,kita akan mendapat berkat.Insya-allah duit kita akan cukup untuk kegunaan kita nanti.

2)Isu kesucian

Yang ni aku paling tersentap.Sensitif sangat2.Rasa berasap je telinga sepanas air panas Sg.Kelah kalau orang duk bercerita pasal kesucian atau kedaraan seorang gadis.Nape agaknya eh orang duk bercerita tentang "kervirginan" seorang perempuan?Nape orang tak bercerita pun pasal keterunaan seorang lelaki.Aku pernah dengar orang cakap perempuan yang menentukan keturunan sebab perempuan yang melahirkan.Mungkin benar,tapi bukankah lelaki yang memberikan benihnya??So,kalau ayah dah tak baik,tak mustahil anak yang bakal dilahirkan juga mengikut jejak langkah ayahnya.Macam orang cakap like father like son.Bapa borek anak rintik.Betul tak??So aku ni sebagai seorang gadis,rasa unfairlah betapa kami sebagai seorang gadis dihukum begitu.Walapun kadang-kadang tu bukan salah kaum kami.Kalau perempuan dah tak dara orang duk canang satu kampung,tapi kalau lelaki dah tak teruna orang tak kisah pun.Kejamnya dunia!!Tak adil betul.Tak de ke eh orang nak cipta alat yang boleh mengesan keterunaan seorang lelaki??Ke alat tu dah lama wujud tapi aku je yang tak tahu??Oh,oudatednya aku!!Kalau alat tu ada kan senang,Before nak kawin,other than ujian HIV lelaki juga kena menjalani ujian saringan ni.If lulus,baru leh kahwin dengan anak dara.If dah tak de teruna,FAILED!!diaorang kena kahwin dengan orang-orang yang seangkatan dengannya je.Aku rasa kalau alat tu ada,isu kegadisan dah tak timbul lagi.Dan kes penceraian akibat isteri dah tak virgin pada malam pertama dapat dikurangkan.


Kalau nak bahaskan pasal ni memang banyaklah kan.Anyway,nasihat aku untuk remaja di luar sana.Jagalah mahkota diri anda dengan sebaik-baiknya kerana ia melambangkan maruah dan harga diri seorang perempuan.banyak-banyakkanlah berdoa semoga kita sentiasa berada di dalam lindungan-Nya dan peliharaan-Nya.Ingatlah bahawa Allah itu sentiasa ada bersama kita dalam terang mahupun gelap.Insya-allah kita akan selamat :-)

No comments: