Monday, March 14, 2011

Tips Kuruskan Badan

Assalamualaikum dan Selamat Malam


How your day today??Is it ok?My day is quite busy today,busy menyiapkan kerja-kerja yang tergendala.Ok malam ni aku nak share dengan korang tip-tips untuk menguruskan badan.Tips ni sesuai untuk orang-orang yang mempunyai lemak degil macam aku ni.Susah sangat hah nak dinyahkan.Hehehehe..Jom tengok apakah tips-tips tersebut:-


1-Banyakkan minum air kosong

Hah,mesti korang pelik kan.Cakap nak suh kurus tapi suruh minum air banyak-banyak.Korang jangan tak tahu,air merupakan elemen yang sangat penting dalam penurunan berat badan. Jadi makin banyak berat yang korang nak turunkan,makin banyaklah air yang korang minum.Tapi air masak tau bukan air manis!!Mungkin korang akan ulang-alik ke toilet,but just take it part of your exercises.Just want to share my experience,dulu aku paling tak suka minum air masak,tapi sekarang aku dah boleh minum air from 3-4L per day.So aku percaya korang pun mesti boleh.


2- Elakkan Makan Bersulam Air

Hah,yang ni aku rasa ramai yang buat kan?Makan sikit minum air.Aku pun dulu wat juga macam ni.Tapi sekarang ni dah kurang sikit unless makanan tu pedas memang confirm aku wat gitu.Actually habit makan macam ni tak elok untuk kesihatan.

3-Kurangkan pengambilan nasi

Yang ni mesti susah nak buat kan?Hehehe..tapi aku rasa kalau kita ada azam yang kuat insya-allah boleh berjaya.Kurangkan kuantiti nasi dalam satu hidangan.Jika sebelum ni makan nasi 2 senduk,why not this time you try makan 1 senduk je.And kurangkan kuantiti tu sedikit-demi sedikit.Lama-lama nanti mesti berjaya punya.Chayok!!


4-Jangan timbang berat anda hari-hari

Yang ni penting sebab kalau korang timbang hari-hari confirm korang akan putus asa sebab berat tak turun-turun even korang tak makan nasi.So untuk mengelakkan perkara ni dari terjadi aku syorkan korang timbang berat anda 2 minggu sekali or paling tidak seminggu sekali.Kadangkala penurunan berat badan kita dan individu lain adalah tidak sama.So korang janganlah pulak stress if kawan korang turun o.5 kg per week tapi korang tak turun-turun.Contohnya aku kan.Berat aku jenis turun sikit-sikit but takes time.For me better macam tu.Biar turun sikit dan konsisten dari turun dengan mendadak and naik semula bagai tayar basikal yang dipam.

Okeh tulah je kot tips yang aku nak share dengan korang.If korang ada pengalaman,sudi-sudikanlah share dengan aku dan post di bahagian komen ye.Sehingga bertemu lagi dalam entry seterusnya,selamat malam :-)

5 comments:

aniz said...

(T______T) nak gemuk senang..nak kurus payah.....

♥♥Cikngah♥♥ said...

haha..tau xpe.nk gemuk dalam 1 ari pun blh.tp lau nak kurus,lame gler.sabo jela

zOeY zAu YaH said...

bagus2..tp saya nk tip naikkan berat huhu..anda ditag hihi

Cik Su Life Cycle said...

ha.. betul2. tips berguna tue..

♥♥Cikngah♥♥ said...

zoey:kt tkr dua nak dik?akak derma skt lemak2 akak kt awk

ciksu:hehe..macih