Wednesday, March 30, 2011

Hujan Oh Hujan

Assalamualaikum dan Selamat Malam Semua


Sejuk sangat malam ni.Mana taknya hujan tak berhenti dari petang tadi.Semalam pun hujan tapi tak lebat sangat.Tokwan cakap dah lama dah hujan kat sini.Dah berminggu-minggu.Mandi pagi pun aku macam nak tak nak je.Sejuk bangat weh air.Kalaulah aku boleh mandi cam dalam cerita arwah P.Ramlee kan best.Hehehe...Jangankan mandi masuk toilet pun aku cam malu-malu gitu ngan air paip.Sojuk!!!!!!Cam air batu je.Kalau sembahyang waktu berdiri tu sabor jelah.Sebab berdiri pun rasa cam tak balance .je.Sebab kaki sejuk sangat.Oklah jom kita layan lagu Hujan dari arwah Sudirman.Layaaaaaaanzzzzzzzz..




Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Tuesday, March 29, 2011

Hoorey..Balik Kampung

Selamat Pagi Semua


Arini tibalah saat-saat yang sangat dinantikan
Balik kampung time!!!
Yeah...i loike..i loike..
Dah lama tak balik kampung
Padahal baru sebulan tak balik
Tapi kira lama lah tu kan.Hehehe..
Kampung i jauh tau.Nun di kelate nuh!!
Tak sabarnya.Rindu sangaaaaaaaaaaaatttttttttttttt.
Especially kat my sweetheart tu.Tadi video call adik
Tengok si kecik tu jalan.Terkedek-kedek.
Dah jauh lak tu dia jalan.Nanti leh main kejar2-kejar ngan dia.
Lagi 10 jam nak balik.Hooreyyyy......Mood balik kampung sudah datang.
Mari layan lagu balik kampung!!!


video

Perjalanan jauh tak kurasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya

Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung
oh..oh..oh..
Hati girang

Ho ho..balik kampung hati girang
Terbayang-bayang wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti :-)

Monday, March 28, 2011

Rumah Sewa

Assalamualaikum dan Selamat Pagi


Pe khabar semua??Dah breakfast??Hehehe..arini aku update blog awal skit seawal tuan empunya blog bangun pagi.Memang awal la aku bangun arini kul 5.40 pagi.Kalau ari biasa jangan haraplah nak bangun awal macam ni.Nak tahu kenapa aku bangun awal??Sebabnya adalah kerana aku kena pulun tulis paper yang tak siap-siap tu.Dahlah arini nak jumpa prof.Uwaaaaa....Mana taknya semalam empat jam lebih kitaorang g mencari rumah sewa.Balik pun dah nak maghrib.Baru ku tahu susah juga nak cari umah sewa ni.Tak semudah mudah.my.Actually,aku dah cari dah rumah dalam mudah tu.But mostly sewanya around RM800+++.Ayoo..mana mampu maa..kami nak duk 2 orang je.That's why la pas lunch semalam,kitaorang g round-round cari rumah area Taman Semarak 1,2,Nilai Perdana.Tapi tak de pun rumah kosong.Bukan tak de sebenarnya adalah juga beberapa rumah yang kosong tapi frust sebab tak de phone number kat umah tu.So macam mana nak call kan.Sedih tulla..Betapa seksanya mau cari rumah kosong.Kononnya semalam pas balik cari rumah nak sambunglah buat paper.Tapi hampeh.U tau i buat ape??I tidur u.Kroohh...krooh...kroohh..penat giler.sakit kepala,sakit mata.Mata taknya terteleng-teleng kiri dan kanan tengok rumah.That's whylah bangun awal.Tu pun kunci jam kul 3.30 pagi.Tapi aku tutup jam dan kunci balik kul 5.30 pagi.Kesudahannya 5.40 gak bangun.Hahaha...seyes tak larat nak buka mata.Ngantuk sangat3...okehlah nak g sambung buat paper.If sape-sape tau ada rumah kosong untuk disewa area nilai yang murah2 roger2 lah aku end.Kalau boleh rm500&below per month.Sesuailah dengan tahap kewangan yang amat goyah ini.Kikikiki...ok roger and out!!

Sunday, March 27, 2011

Contest Blog Tercute

Selamat Malam Semua


Malam ni aku nak join contest blog tecute.Organizer dia adalah Cik Anis Maisarah.Aku tau contest ni pun dari MishApple yang singgah berehat kat blog aku.Macih apple sudi singgah :).Ok syarat-syarat penyertaan contest ni adalah seperti berikut:-

  • mesti follow anis punye blog! kalo x ..! x leh masuk! :P hihi!
  • mesti ade blog.! kalo x de camne nk masuk!
  • buat satu entry psl contest ni!
  • nak masuk bgi link kat koment!!
  1. pendaftaran bermula 27.3.2011 hingga 1.4.2011
  2. keputusan diumumkan pada 2.4.2011
  3. anis perlu 50 bloggers!
  4. tag 5 org! pastikan mereka tahu! yg ade tag die!

Kalau sape-sape nak join klik SINI

Untuk memenuhi syarat2 penyertaan maka aku dengan ini ingin mengetag:-


Saturday, March 26, 2011

Final Akademi Quran 5

Assalamualaikum dan Salam Hari Sabtu


Yeah...arini nak g PICC tengok final AQ5.Actually aku pun tak tahu yang AQ5 dah sampai ke kemuncaknya sebab kat hostel tak tengok pun.Aku tahu pun bila my friend tanya aku nak pergi tak tengok final tu kat PICC sebab dia ada 4 keping tiket free.Tapi dalam hati pelik gak.Apsal tetiba je mamat ni tanya aku.Tapi dah orang offer tu pergi jelah.Lagipun tak pernah lagi tengok live ni.Hehehe...Jenuh gak lah nak cari geng-geng yang nak pergi.Sebab weeekend biasalah sume ada hal.Yang pastinya aku and housemate memang nak pergi.Sorang lagi kawan masa undergrade dulu and one more tiket tak tahu nak bagi sape.Aku suruh member aku tu ajak je sape-sape.hehehe...Kitaorang nak gerak dari Nilai dalam pas asar macam tu.Pergi awal sikit sebab nak ziarah husband member kat hospital Putrajaya kejap.Dia accident last week.Tak nak g lewat-lewat sangat takut rushing lak.Kalau g awal lehlah bawak kete slow-slow menikmati permandangan di waktu petang yang indah dan permai.Kahkahkahkah...macam tak caye je aku wat gitu.Kikikiki..



Ha..inilah dia barisan qari dan qariah yang bakal bertanding pada malam nanti

Semua tu muda-muda lagi.Paling tua Syahrian tu pun 25 tahun je.Yang lain 19,21,22.Muda kan?Hebat betul diaorang.Sejuk perut ibu diaorang mengandungkan diaorang.Jeles tul aku.Zaman sekolah dulu teringin nak masuk kelas taranum tapi ustaz tu garang.Terus tak jadi.Hehehe..oklah sampai sini dulu entry kali ni.Kalau ada sape-sape yang g tu tegur-tegur lah aku ye kalau jumpa.Hehehe..Ila liqa' :-)

Friday, March 25, 2011

Kelebihan Hari Jumaat

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Jumaat Semua


Sempena hari jumaat yang mulia dan diberkati ini,aku ingin berkongsi beberapa peristiwa dan keistimewaan hari jumaat dengan korang semua.Semoga ilmu ini boleh kita manfaatkan bersama.


1-Berlakunya kiamat

Seperti yang kita semua tau or mungkin juga ada yang tak tahu.Rasulullah s.a.w bersabda:-

"Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat,hari yang disaksikan ialah Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat.Matahari tidak terbit dan tidak terbenam padan mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal dari hari jumaat.Pada hati itu terdapat suatu masa di mana seorang hambah Allah mukmin apabila meminta(berdoa)kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan"

(Hadis riwayat Tirmizi)

2-Nabi Adam dicipta dan disingkirkan dari syurga

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3-Doa termakbul di antara dua khutbah

Hari jumaatlah satu-satunya hari yang sangat istimewa kerana adanya solat Jumaat yang diiringi dengan khutbah.Ulamak berpendapat makbulnya doa di antara dua khutbah yakni ketika imam sedang duduk di antara khutbah pertama dan khutbah kedua.Ini dibuktikan dengan hadis dari Abu Hurairah:-

“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.


4-Kelebihan solat Jumaat.

Rasulullah bersabda:

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

5-Meninggal pada hari jumaat

Sesiapa yang mati pada hari jumaat akan diselamatkan Allah dari fitnah kubur.Sabda Rasulullah SAW :-

Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

6-Perbanyakkan selawat kepada Rasul junjungan

Rasulullah SAW bersabda:-

"Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat. Mandi dan Pakaian Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan
berwarna putih"

Oklah rasanya sampai sini dulu entry kali ini.Moga-moga dengan info-info ini dapat membantu kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dan kekasihnya Rasulullah s.a.w.

Thursday, March 24, 2011

Bunuh Diri Di KB Mall

Assalamualaikum dan Selamat Malam

Tadi aku buka facebook then tengok dekat wall my teacher yang dia baru je tengok cubaan membunuh diri kat KBMall petang tadi.Terkejut gak.Pastu terus
cari kat youtube dan tengok.Astagfirualahalazim...apalah nak jadi dengan remaja zaman sekarang ni.Nape cetek sangat pemikiran dioarang.Diaorang lupa ke akan kewujudan Allah s.w.t??Kalau ada masalah sekalipun bawak-bawaklah berbincang.Mengadulah pada Allah.Sesungguhnya DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.

video

Source:You tube




Source:My friend bagi link gambar ni


Aku pun tak tahu pe sebab sebenar budak ni bunuh diri.Ada yang cakap sebab dia terlanjur dengan bf dia.Ada yang cakap sebab fail spm.Pape pun sebab sebenar waallahualam.Hanya tuan empunya diri je yang tau.Tapi yang pastinya adalah membunuh diri ini termasuk dalam dosa besar.Sebagaimana sabda Rasullah s.a.w.Maksudnya:-

"Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam,maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam.Hal itu berlangsung selama-lamanya.Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri,maka ia akan menjatuhkan dirinya ke neraka Jahanam selama-lamanya"

(Riwayat Abu Hurairah)

Allah berfirman:-

"Dan janganlah kamu membunuh dirimu,sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu"

(Surah An-Nisaa:Ayat 29)

Oleh itu,nasihat aku ialah berpeganglah pada ajaran Islam yang sebenar.Jadikan Al-Quran dan Hadis sebagai pegangan hidup dan jadikan Allah sebagai tempat berlindung dan tempat mengadu.Insya-allah hidup kita akan selamat dunia akhirat.Sesungguhnya tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.Waalahualam...

Wednesday, March 23, 2011

Tips Mejimatkan Wang Dalam Perbelanjaan Seharian

Assalmualaikum dan Selamat Petang


Pe khabar semua?Rindu pulak nak menulis blog.Minggu ni memang busy giler nak siapkan kerja sebelum mula bercuti minggu depan.Kalau dulu biasanya aku akan update blog waktu siang hari atau malam.Tapi sekarang memang tak sempat.Balik hostel je rasa penat sangat.Kadang-kadang terus tidur.Memang tak boleh nak pikir apa dah.So,arini sementara nak tunggu experiment aku ni siap,sempatlah mencuri masa mengupdate blog.Entry kali ni berkenaan dengan tips untuk menjimatkan wang dalam perebelanjaan seharian.Maklumlah kos hidup sekarang dah tinggi.Kalau dulu orang yang bergaji RM1500 tu dah boleh dikira selesa bagi yang single tapi sekarang aiii semput juga rasanya.Manakan minyak kereta,sewa rumah,bil-bil lagi.Tu belom termasuk dengan lain-lain lagi.So aku harap dengan tips dari aku ni bolehlah membantu korang construct balik korang punya belanjawan bulanan.

1-Berkongsi kenderaan

If korang mempunyai tempat tujuan yang sama dengan rakan korang,why not kalau korang just sharing kereta.Korang tumpang je dia.Next time dia lak naik kereta korang.So duit minyak tu leh dibahagi dua.Kan jimat tu.Atau kalau nak lebih jimat lagi naik je public transport.

2-Elakkan dari berkereta ke tempat yang dekat

Contoh paling senang,korang nak g pasar malam yang terletak selang 2 lorong dari rumah korang.Korang tak payahlah naik kereta.Jalan kaki sudah.Jimat!!Tak pun kalau ada basikal naik je basikal tu.Boleh gak bantu korang melangsingkan paha korang yang cantik tu.Hehehe...

3-Kurangkan penggunaan air-cond

Aku tau susah sikit nak kurangkan penggunaan air cond masa naik kereta especially kalau lalu jalan-jalan yang penuh dengan lori.Sebab asap2 tu sedikit sebanyak mengganggu permanduan korang.Jadi,apa kata kalau korang tutup air cond tu pada waktu pagi or malam.Dapatlah juga korang jalan-jalan makan angin sambil menghirup udara yang segar dan nyaman :-)

4-Mencuci kereta sendiri

Bagi sesiapa yang suka lihat keretanya bersih dan berkilat setiap hari apa kata kalau korang basuh sendiri je kereta korang tu.Sebab kalau korang g anta kedai sekali cuci luarnya dah RM6 kalau 4x dah berapa??Duit tu korang leh guna untuk beli makanan.

5-Masak sendiri

Bab ni aku suka.Masak time!!!Hehehe..nasihat aku kepada korang yang tinggal di rumah@mempunyai kelengkapan memasak,memasaklah kamu.Selain menjimatkan,malahan korang juga memilih diet yang sihat untuk diri korang.Sebabnya kalau kita beli makanan kat luar ni,kita tak tahu berapa banyak jumlah minyak,garam dan gula yang diletakkan dalam masakan tu.Tapi kalau kita masak sendiri,semua tu kita boleh control.Kebersihan pun confirm terjamin.

Okehlah tu je yang aku nak share.Experiment aku pun dah siap dan aku pun nak berkemas untuk balik rumah.Kul 7 nak tengok cerita Begitukah Cinta.Sape layan cerita ni angkat hidung?Jumpa lagi di entry akan datang.Selamat beristirehat :-)

Sunday, March 20, 2011

Giveaway - Saya Nak Rasa Coklat Sweet Cottage

Assalamualaikum dan Selamat Malam

Sebelum aku tidur ni,aku nak post lagi satu entry tentang giveaway coklat.Kalau bertuah dapatlah coklat ni.Buat sesiapa penggemar coklat bolehlah ye join giveaway ni.Tarikh tutupnya adalah 31Mac 2011 pukul 11.59 malam.Klik banner di bawah untuk tengok syarat-syaratnya.




salah satu dari syaratnya ada kena tag 2 orang rakan.so aku nak tag

Zoey
Mr Gorila

ok itu sahaja.Selamat menidurkan diri semua@_@

Contest Gambar Paling Comel

Assalamualaikum dan Selamat Petang


Entry kali ni aku nak join contest yang telah ditag oleh si adik cantik manis Zoey zau yah ska-ska hati.Sorry dear,arini baru akak sempat nak jawab tag awak.


Nilah penganjur contest ni creamlovebunny

Syarat-syarat penyertaannya senang je.Kalau nak tahu klik SINI.Tarikh tutup penyertaan 30 April 2011.So korang ada masa lebih kurang sebulan lebih lagi ambik gambar dengan pose yang paling comel.Ni gambar yang aku pertaruhkan



Aku nak tag


dan semua bloggers lain untuk join contest ni.Selamat mencuba!!!

Tsunami Di Jepun

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari


Hari ni genap 10 hari gempa bumi dan tsunami berlaku di Jepun.Melihat kemusnahan yang berlaku dan rakyatnya yang mati sangat menyedihkan dan menusuk sanubariku.Tiap kali aku membaca entry-entry yang berkaitan dengan Jepun ini air mata pasti mengalir tanpa dipinta.Apatah lagi jika membaca entry dari blogger yang berada dari sana.Cerita dan gambarannya amat real sekali hinggakan aku tak dapat bayangkan bagaimana kalau aku berada di sana pada saat dan ketika itu.Sangat kesian melihat anak-nak kecil dan orang tua di sana.Kejadian yang menimpa ibarat permainan di dalam video game.Namun sayangnya,apa yang berlaku adalah realiti.Janganlah mempermainkan isu ini dan menjadikannya sebagai bahan jenaka.Kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Berkuasa.Tak mustahil apa yang berlaku kepada mereka akan berlaku kepada kita atau negara-negara yang terdekat dengan kita.Apa yang kita mampu lakukan hanyalah mampu membuat solat hajat dan berdoa kepada Allah s.w.t semoga semuanya akan berakhir dengan baik.Tahziah Jepun!!

Tadi masa blogwalking aku ada terjumpa blog ni.Blogger dari Jepun.Air mata bergenangan tanpa disedari saat membaca entrynya especially masa kejadian gempa tu berlaku kerana pada saat dan ketika tu dia bersama anaknya.Sangat-sangat sedih sampaikan tak tahu macam mana nak express.Nauzubillah..jauhilah daripada terjadi kepada kita.Klik SINI untuk baca.

Lagi cerita tentang Tsunami Dan Gempa:-





Semoga kita semua mengambil iktibar dari apa yang terjadi.Selamat berhujung minggu.

Petua Kecantikan

Assalamualaikum dan Selamat Pagi


Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.Tapi mata aku ni tak nak lelap juga walaupun mengantuk yang teramat.Dah try tidur dari kul 12 lebih lagi tapi tak nak juga pejam-pejam.That's why aku bangun on laptop dan update blog.Topik pagi ni adalah berkaitan dengan kecantikan iaitu macam mana nak buat scrub dan masker buatan sendiri yang cepat,murah dan mudah.


1-Scrub Pisang

Ambik sebijik pisang dan sedikit oat.Kemudian blender kedua-dua bahan ini sehingga hancur lumat.Apabila siap,gosok ke muka korang dengan lembut.Kemudian basuh dan bilas dengan sebersih-bersihnya.


2-Scrub Kopi

Korang suka minum kopi kan??Hampas kopi tu korang jangan buang.Korang recycle guna untuk wat scrup muka korang.So takde lah membazirkan.Caranya senang je,korang ambik hampas kopi tu,campurkan dengan sedikit air then letak kat muka korang.Biarkan seketika.Pastu as usual la basuh dengan bersih.Amalkan 3x seminggu.Insya-allah kulit korang akan kelihatan lebih cerah berbanding biasa.Lagi satu kalau korang nak tau,kopi juga boleh menghilangkan selulit.Caranya begini,letakkan serbuk kopi tu di atas span lembap.Kemudian,urut paha dan or bahagian-bahagian yang berselulit untuk menghilangkan selulit.Amalkan selalu.Insya-allah menjadi.

3-Scrub Yogurt

Sepertimana yang kita tau yougurt ni memang banyak khasiatnya untuk kesihatan rambut dan muka.Walaupun aku tak suka yogurt,tapi aku guna syampoo yogurt dari Tracia sebab nak suruh rambut cantik.Hehehehe...Ok berbalik kepada scrub.Caranya senang je.Korang campurkan yogurt dan sedikit minyak zaitun.Kemudian korang urut muka dan leher korang dengan lembut.Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan bersih.

4-Scrub beras

Beras bukan sahaja untuk dimakan tapi juga untuk tujuan kecantikkan.Kalau korang nak kulit yang bersih dan mulus tanpa mengeluarkan wang yang banyak cuba petua ini.Tumbuk beras hingga lumat or if nak senang korang blender je.Kemudia korang campurkan dengan sedikit air dan letakkan kat muka korang.Urutlah muka korang tu lembut-lembut.Biarkan kejap.Pastu basuh.

5-Masker Tomato

Sape kata tomato ni just leh digunakan untuk memasak je.Multipurpose tau.Tomato boleh digunakan untuk melembapkan kulit.Caranya korang lenyekkan tomato tu,then tempek atas muka korang tu.Biarkan selama 15-20 minit.Kemudian bilas dengan sebersih-bersihnya.Amalkan selalu.

6-Masker Susu Tepung

Susu bukan sahaja untuk tujuan pembesaran atau menguatkan tulang tapi ia juga boleh digunakan untuk menegangkan kulit muka.Caranya campurkan susu tepung dengan sedikit air dan lumurkan pada muka korang.Biarkan sehingga kering dan basuh dengan bersih.

7-Masker strawberi

Strawberi sangat enak untuk dimakan.Bukan itu sahaja,malahan ia juga elok untuk kecantikan kulit muka.Strawberi boleh digunakan untuk membuat masker muka dengan cara meletakkannya di muka.Buah ini hendaklah dimesin/dilenyekkan supaya hancur dan sapukan ke bahagian muka korang.Biarkan sehingga 15-20 minit dan kemudian bilas dengan bersih.


Okehlah rasanya cukuplah setakat ni dulu tips yang aku nak kongsi dengan korang.Insya-allah kalau ada masa aku share lagi.Moga-moga dengan adanya petua kecantikkan ini,maka dapatlah kita mencantikkan lagi diri dan wajah kita tanpa alat-alat kosmetik.No cosmetic no plastic :-)

Friday, March 18, 2011

Review Novel



Assalamualaikum dan Selamat Malam Semua


Entry kali ni berkaitan dengan novel.Dulu pun aku pernah post pasal novel juga.Klik sini untuk baca.Korang minat baca novel??Aku memang giler baca novel.Aku start kumpul novel dari sekolah menengah lagi.Dulu boleh katakan every month aku beli novel yang Double Novel@TrioNovel dari Alaf 21.Korang jangan cakap my mom tak bising.Dia marah juga sebab kat sekolah aku jarang makan sebab nk kumpul duit untuk beli novel.Tapi nak wat macam mana dah minat.Larangan my mom masuk telinga kiri keluar telinga kanan.Tapi ayah aku sporting.Kalau aku tak de duit aku minta je duit ngan ayah beli novel.Ayah bagi je.Hehehe..Dulu aku kalau tak dapat beli novel mesti monyok.Agaknya sebab tulah kot walaupun my mom marah tapi dia bagi gak duit untuk aku beli novel.Contohnya dia akan bagi RM30 sehari untuk beli novel dan duit sekolah.I like!!!!!Tapi bukanlah ari-ari.Cam sebulan sekali ke.Ok jom koleksi novel dari penulis yang aku suka:-)

1- Damya Hanna
2-Aisya Sofea

3-Bikash Nur Idris

4-Sharifah Abu Salem

5-Anis Ayuni

6-Norhayati Berahim


Tu antara penulis yang aku paling suka.Sebab tu novel diaorang banyak.yang lain-lain campur2 la.Tahun ni aku lom sempat membeli novel lagi.So mungkin ada novel diaorang yang best yang tak sempat aku beli lagi.Kalau ada masa aku nak g beli novel bertajuk Masih Setia dari Aisya Sofea.Okla tu je untuk entry kali ni.Jumpa lagi.Selamat malam :-)

Thursday, March 17, 2011

Bertemu Bekas Kekasih

Assalamualaikum dan Selamat Malam


Bertemu bekas kekasih kembali.Apakah reaksi korang??Apa perasaan korang??Persoalan mengapa,apa dan kenapa pasti akan menguasai fikiran korang.Yelah,bakal berjumpa dengan bekas kekasih yang pernah mencintai dan menyayangi diri korang.Tapi terpaksa berpisah disebabkan sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.So apabila berpeluang untuk berjumpa kembali,mesti korang inginkan yang terbaik apabila berjumpa dengan diaorang.Bagi yang berpisah kerana sebab yang menyedihkan,berjumpa kembali dengan bekas kekasih hati mungkin akan menjadi satu mimpi ngeri yang cuba dielakkan dengan sebaiknya.Tapi bagi yang berpisah disebabkan oleh masa dan keadaan,peluang keemasan ini pasti amat dinanti-nantikan.Korang macam mana?Apa yang akan korang buat kalau korang berada dalam situasi ini?Ok arini aku nak share dengan korang tip-tips bagaimana nak menghadapi saat getir seperti ini.Make sure korang beritahu dulu pasangan korang sekarang tentang pertemuan yang bakal terjadi ni.Bukan pe takut nanti perang dunia ketiga akan meletus pulak.Time tu sape yang susah??Korang juga :-)


1)Maafkan dia

Firstly,of course korang kena betul-betulkan maafkan kesalahan ex korang tu.Sebab kalau korang tak maafkan,macam mana korang nak jumpa dia dengan perasaan marah dan benci tu??


2)Jangan Nervous

Just relax bila bertemu dengan bekas kekasih.Jangan terlalu menampakkan yang korang ni nervous nak jumpa dia walaupun memang tu hakikatnya.Kalau boleh cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan perasaan tersebut.


3)Berterus-terang

Berterus-teranglah status sebenar korang dengan ex korang tu.Tak yahlah nak tipu-tipu ni.Sebab kalau tipu takut kantoi lak nanti.Lagipun buat apa nak sorok status diri tu.Beritahu je.Mana tau kalau korang single and ex korang pun single,kan cerah tu peluang untuk kembali bersama :-)

4)Cara berpakaian

Bagi yang masih menaruh perasaan kepada pasangan,korang mesti nak berpenampilan menarik apabila berjumpa dengan ex korang kan??Tapi nasihat aku kan,korang takyahlah nak make up tebal2 macam opera cina,baju bling bling. Just be yourself.Kalau hati dia masih sayangkan korang,insya-allah pasti terpaut punya.Manakala bagi yang berpisah sebab si ex cakap korang tak cukup macho/cantik,why not korang cuba berpakaian yang lebih menarik.Bagi perempuan pula,korang cubalah pakai lain sikit dari masa korang couple dengan dia dulu.Contohnya,kalau dulu korang asyik berbaju kurung je,apa kata kalau sekarang korang cuba fesyen lain pulak.Tapi pastikan fesyen tu masih menutup aurat ye.Sebab pada aku tak salah kalau nak berfesyen.Asalkan aurat dan maruah diri masih terpelihara.Kalau dulu muka korang suram dan kelam tanpa sepalit bedak,kini cubalah korang touch-up sikit biar nampak cantik dan berseri.Biar diaorang tahu korang pun cantik juga!!


Oklah tu jelah kot tips yang aku nak kongsi dengan korang.Hingga jumpa lagi dalam entry seterusnya.Bubyeeeeeeee!!

Wednesday, March 16, 2011

Tips Kekalkan Hubungan Persahabatan

Assalamualaikum and Selamat Petang


Apa khabar semua?Harap semua sihatlah ye.Semalam busy sikit tak sempat nak update blog.Arini pun tak berapa sihat sakit kepala.Rasa macam berpusing-pusing je bilik ni tapi terpaksa tahan sebab banyak lagi kerja tak siap.Kalau kelmarin aku post entry pasal nak kuruskan badan arini lak aku nak share dengan korang macam mana nak kekalkan hubungan persahabatan supaya sentiasa kekal terjalin.Jom layan tip-tipsnya.

1)Terima kelebihan dan kekurangan sahabat anda

Maksudnya terima dirinya seadanya.In this world,nobody perfect.Diri kita sendiri pun ada kekurangan.So dalam persahabatan@apa jua hubungan sekalipun kelebihan seseorang itu akan menutupi kekurangan yang ada pada diri kita.


2)Ikhlas

Berkawanlah dengan ikhlas dan bukannya bertujuan untuk mendapatkan sesuatu.Contohnya A berkawan dengan B sebab B seorang yang kaya raya.Jadi A berharap tempias kekayaan B akan terkena pada dirinya juga.Korang paham kan maksud aku?


3)Hormati Satu Sama Lain

Dalam persahabatan,tidak semestinya korang akan sentiasa mempunyai minat yang sama,pendapat yang sama dan juga kegemaran yang sama.Kadang-kadang pendapat korang mungkin berbeza.Oleh,itu cuba hormati pendapat dan pendirian masing-masing.Kemudian,barulah berbincang dan cari kata putus.

4)Jangan Mudah Lupa Diri

Maksudnya adalah begini.Jika dulu kawan korang merupakan kawan yang paling rapat dengan korang di masa susah dan senang.Ke mana jua pasti bersama macam belangkas,macam ombak dan pantai.Tapi apabila korang telah mempunyai kekasih bf/gf korang mula abaikan kawan korang tu.Korang asyik berkepit dengan kekasih korang sampaikan korang lupa sahabat korang pun perlukan masa bersama korang.Korang jangan lupa,one day if korang ada masalah dengan kekasih korang,korang pasti akan cari kawan korang juga.So nasihat aku,walaupun korang telah berpacaran luangkanlah juga sedikit masa bersama teman-teman.Lagipun kekasih boleh datang dan pergi tapi sahabat sejati sukar dicari ganti.

5)Give and Take

Dalam apa-apa hubungan sekalipun sikap bertolak-ansur adalah sangat penting.Jangan asyik korang je yang menang dalam semua perkara.Sesekali korang kena juga ikut cara/pendapat orang lain juga.

6)Jauhi sikap hasad dengki/memburukkan sahabat

Jauhi sifat-sifat mazmumah ini kerana ia akan menjadi racun dalam persahabatan korang.Tak de guna korang memburukkan sahabat korang sebab dia takkan rugi apa-apa pun.Buat menambah dosa korang adalah.



Oklah itu je tips yang aku nak share arini.Insya-allah kalau kita amalkan,hubungan persahabatan kita akan berkekalan.Sebelum aku berundur,ingatlah pesanku ini.Siramilah sesuatu perhubungan itu sepertimana korang menyirami sebatang pokok yang baru ditanam.Makin banyak yang korang siram,makin cepatlah ia berkembang dan tumbuh menjadi sebatang pokok yang indah dan menarik.Itulah perumpaan bagi sebuah persahabatan.Andai dijaga dengan baik,maka lahirlah sebuah persahabatan yang mekar dan indah.


Monday, March 14, 2011

Tips Kuruskan Badan

Assalamualaikum dan Selamat Malam


How your day today??Is it ok?My day is quite busy today,busy menyiapkan kerja-kerja yang tergendala.Ok malam ni aku nak share dengan korang tip-tips untuk menguruskan badan.Tips ni sesuai untuk orang-orang yang mempunyai lemak degil macam aku ni.Susah sangat hah nak dinyahkan.Hehehehe..Jom tengok apakah tips-tips tersebut:-


1-Banyakkan minum air kosong

Hah,mesti korang pelik kan.Cakap nak suh kurus tapi suruh minum air banyak-banyak.Korang jangan tak tahu,air merupakan elemen yang sangat penting dalam penurunan berat badan. Jadi makin banyak berat yang korang nak turunkan,makin banyaklah air yang korang minum.Tapi air masak tau bukan air manis!!Mungkin korang akan ulang-alik ke toilet,but just take it part of your exercises.Just want to share my experience,dulu aku paling tak suka minum air masak,tapi sekarang aku dah boleh minum air from 3-4L per day.So aku percaya korang pun mesti boleh.


2- Elakkan Makan Bersulam Air

Hah,yang ni aku rasa ramai yang buat kan?Makan sikit minum air.Aku pun dulu wat juga macam ni.Tapi sekarang ni dah kurang sikit unless makanan tu pedas memang confirm aku wat gitu.Actually habit makan macam ni tak elok untuk kesihatan.

3-Kurangkan pengambilan nasi

Yang ni mesti susah nak buat kan?Hehehe..tapi aku rasa kalau kita ada azam yang kuat insya-allah boleh berjaya.Kurangkan kuantiti nasi dalam satu hidangan.Jika sebelum ni makan nasi 2 senduk,why not this time you try makan 1 senduk je.And kurangkan kuantiti tu sedikit-demi sedikit.Lama-lama nanti mesti berjaya punya.Chayok!!


4-Jangan timbang berat anda hari-hari

Yang ni penting sebab kalau korang timbang hari-hari confirm korang akan putus asa sebab berat tak turun-turun even korang tak makan nasi.So untuk mengelakkan perkara ni dari terjadi aku syorkan korang timbang berat anda 2 minggu sekali or paling tidak seminggu sekali.Kadangkala penurunan berat badan kita dan individu lain adalah tidak sama.So korang janganlah pulak stress if kawan korang turun o.5 kg per week tapi korang tak turun-turun.Contohnya aku kan.Berat aku jenis turun sikit-sikit but takes time.For me better macam tu.Biar turun sikit dan konsisten dari turun dengan mendadak and naik semula bagai tayar basikal yang dipam.

Okeh tulah je kot tips yang aku nak share dengan korang.If korang ada pengalaman,sudi-sudikanlah share dengan aku dan post di bahagian komen ye.Sehingga bertemu lagi dalam entry seterusnya,selamat malam :-)

Sunday, March 13, 2011

Mata Oh Mata

Jam dh mencecah .pukul 1pg.Tp mata tak nk lelap lagi.Dari kul 12 lagi duk landing2.Tapi tak gak pejam.Padahal tadi masa tengah wat kerja bukan main mengantuk lg.Bila dah off laptop,tak nak lak tidur.Ni pun update bog by phone sebab malas dah nak buka laptop.Kalau macam nilah gayanya,rasa macam mustahil je aku akan bangun awal pagi.Hancur musnahlah harapanku nak makan nasi lemak kerang sebab kalau lambat kerang mesti dah habis.Kan best kaAlau ada kat umah sekarang.Boleh makan apa je yang diidamkan.Tetiba rindu rumah.Tak sabar nak balik.Tapi kena dulu siapkan kerja yang berlambak-lambak tu :(

Saturday, March 12, 2011

Majlis Resepsi

Assalamualaikum and Selamat Petang


Apa khabar semua?Ingat lagi tak dalam entry semalam aku ada beritahu yang majlis resepsi perkahwinan my cousin akan berlangsung arini??Ok buat sesape yang belum baca lagi entry semalam klik KAHWIN.Adik aku cakap warna tema wedding dia oren coklat.Dan temanya adalah tema Arab.Disebabkan aku tak attend majlis tu so aku just harapkan my sis MMS gambar-gambar tu for me.Kesiankan aku...Jom tengok gambar yang my sis sent tu :-)


Pintu gerbang tanda bermulanya kehidupan yang baru



Kek kahwin tanda 2 hati menjadi satu :-)

Alright tu je gambar yang aku nak share dengan korang.Banyak sebenarnya yang adik aku sent tapi tu jela kot untuk upload kat sini.Gambar pengantin??maaflah ye tak boleh nak upload.Sebab tak mintak permission dari tuan empunya diri.Karang kalau aku upload tak pasal-pasal kene kejar ngan suami dia.Hehe..tunggu jelah gambar kahwin aku.Yang itu insya-allah boleh upload.Tapi kenalah tunggu dulu.Tak tahu bila lagi.hehe...Oklah nak g sambung wat kerja.Selamat berhujung minggu semua!!

Friday, March 11, 2011

Selamat Pengantin Baru Kak Chik!!

Assalamualaikum Semua

Arini seorang lagi cousinku bakal berkahwin.Umur dia sebaya dengan aku 25 tahun.Diaorang bertunang Oktober last year.Suami dia orang Terengganu.Majlis akad nikahnya akan berlangsung malam nanti dan majlis resepsinya esok hari.Sayangnya aku tak dapat nak attend wedding dia.Kalau ikutkan boleh je nak pergi sebab kat Ipoh je pun.Tapi disebabkan dengan kekangan masa dan kerja so tak dapatlah aku nak menghadirkan diri.Tapi aku rasa ok kot sebab my family dah pergi,So kira wakil la kan :-).This song is for her!!


video


Pssttt..pssstt...tapi kan aku rasa elok gak aku tak pergi.Dapatlah aku mengelak dari menjawab soalan cepu emas.Apakah soalan itu.Mahu tau??Ini dia:-

1-Kak chik dah kawin,kak ngah bila lagi
2-Bila nak makan nasi minyak kak ngah ni??
3-Tak lama lagi kak ngah pulak

Soalan dan kenyataan ni memang confirm dioarang akan tanya kalau aku pergi.Sebabnya soalan-soalan beginilah yang selalu ditanya oleh rakan-rakan aku masa aku attend majlis kahwin diaorang.Biasanya kalau diaorang@member2 cakap gitu aku senyum jelah.Wat iklan Colgate sikit.Kadang-kadang tu aku alih topik malas nak layan.Hehehe..bukan pe kalau makin dilayan makin menjadi.So better i shut my mouth je.Hik3..

Thursday, March 10, 2011

Risau :(

Nape eh dua tiga hari ni aku rasa cam tak bersemangat dan takde mood nak buat kerja?Adakah aku bermasalah?Jiwa kacau??Semangat yang hilang??Or what??
Serius aku amat risau dengan simptom-simptom ini.Arini pun pagi tadi je buat sampai petang.Pastu tidur.Malam ni,hajat di hati nak wat thesis.Tapi buat sikit taip,then delete.Otak rasa cam kosong,jiwa sepi.Adohaii..memang tak leh proceed kalau macam ni.Bukan pe takut nanti thesis yang dihasilkan akan menjadi macam rojak buah.Lintang pukang semua ayat tu.Perlukah aku pergi mencari ketenangan diri dan kembalikan semangat yang hilang itu?Tapi ke mana?Nak tengok movie rasa cam tak de feel je.Takkan nak tidur lagi.Aku pun buntu.Aku perlukan penawarnya.

Rindu Si Kecik Ni

Assalamualaikum dan Selamat petang Semua

Arini tetiba je rasa rindu sangat-sangat kat Haikal.Yela,mana taknya masa kat rumah aritu,leh katakan every day i'm being his baby sitter while his mother working.Biasanya kalau weekend aku akan video call ngan si kecik ni.Tapi arini disebabkan oleh rindu sangat-sangat kat dia,aku call along and suh bagi phone kat haikal.Time tu dia kat nursery.Bila dengar suara si kecik ni terubat sikit rindu di hati.Sempat gak suruh along mms gambar budak kecik ni :-)


Hii..cikngah.Adik tengah main dengan mama ni
:-)


Garang kan muka dia??Hehe..ni gambar along baru send lunch hour tadi.Gambar ni diambil masa along g kat nursery bagi haikal makan.

Along cakap haikal kena gigit ngan one baby girl ni.Umur budak tu dekat 2 tahun rasanya.Haikal ni walaupun dia aktif,tapi kalau ngan orang tak kenal dia memang duk diam je.Si kecik ni juga kalau dia nak tidur and orang angkat dia pindah tempat lain,memang mengamuk terus tak nak tidur dah.Hehehe... itulah Haikal.Adik,cikngah rindu kamu.Tak sabar nak balik hujung bulan ni. Oh,angin sampaikan rinduku padanya.

Lelaki Vs Perempuan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia


Selamat pagi.Pe khabar semua?Dah breakfast??kalau dah breakfast mesti lebih bersemangat untuk bekerja kan?Hmm..entry aku arini adalah mengenai Lelaki vs.Perempun.This is based on my personal opinion.Entry kali ni agak open and sensitif sikitla betapa perbezaan jantina menjadi kelebihan dan kekurangan kepada semua insan di dunia ni.Agaknya sebab tulah kan sampai ada yang sanggup menukar jantina demi mencapai matlamat yang diigini.Nauzubillah.Walau apapun,semua tu terpulang kepada pendirian dan pemikiran diri sendiri.Ada beberapa faktor yang aku nak debate sikit arini.

1)Faktor Pekerjaan


Nowadays,kalau korang perasan dah ada company yang mula bias dalam pengambilan pekerja.Diaorang nak pekerja lelaki je,perempuan tak nak.Alasannya,perempuan dah terlampau ramai dan lelaki sebaliknya.Pendapat korang,perlukah isu jantina menjadi tajuk persoalan dalam pemilihan pekerja?My opinion,tak perlulah kot.As long as dia boleh buat kerja dengan baik tu dah dikira baik.Lagipun nak buat macam mana,memang zaman sekarang ni perempuan ramai,Kalau semua company nak lelaki je,habis perempuan yang ramai lagi tu nak buat apa?Takkan nak duk rumah je jaga anak-anak dan harapkan duit daripada suami je,Kalau yang dah berkahwin mungkinlah boleh buat macam tu,tapi macam mana dengan yang masih bujang??Takkan nak duk melangut je kat rumah dan mengharapkan belas ihsan dari parents diaorang lagi??Aku kalau boleh tak naklah macam tu.Aku nak kerja sendiri.Cukup-cukuplah my parents duk tanggung aku dari kecik sampai sekarang.Teringin juga nak cari wang sendiri dan bagi wang kat parents.Mereka mungkin tak nak tapi apa salahnya kita sebagai anak hulur-hulurkan sedikit.Lagipun orang pernah cakap,if kita bagi duit kat parents,kita akan mendapat berkat.Insya-allah duit kita akan cukup untuk kegunaan kita nanti.

2)Isu kesucian

Yang ni aku paling tersentap.Sensitif sangat2.Rasa berasap je telinga sepanas air panas Sg.Kelah kalau orang duk bercerita pasal kesucian atau kedaraan seorang gadis.Nape agaknya eh orang duk bercerita tentang "kervirginan" seorang perempuan?Nape orang tak bercerita pun pasal keterunaan seorang lelaki.Aku pernah dengar orang cakap perempuan yang menentukan keturunan sebab perempuan yang melahirkan.Mungkin benar,tapi bukankah lelaki yang memberikan benihnya??So,kalau ayah dah tak baik,tak mustahil anak yang bakal dilahirkan juga mengikut jejak langkah ayahnya.Macam orang cakap like father like son.Bapa borek anak rintik.Betul tak??So aku ni sebagai seorang gadis,rasa unfairlah betapa kami sebagai seorang gadis dihukum begitu.Walapun kadang-kadang tu bukan salah kaum kami.Kalau perempuan dah tak dara orang duk canang satu kampung,tapi kalau lelaki dah tak teruna orang tak kisah pun.Kejamnya dunia!!Tak adil betul.Tak de ke eh orang nak cipta alat yang boleh mengesan keterunaan seorang lelaki??Ke alat tu dah lama wujud tapi aku je yang tak tahu??Oh,oudatednya aku!!Kalau alat tu ada kan senang,Before nak kawin,other than ujian HIV lelaki juga kena menjalani ujian saringan ni.If lulus,baru leh kahwin dengan anak dara.If dah tak de teruna,FAILED!!diaorang kena kahwin dengan orang-orang yang seangkatan dengannya je.Aku rasa kalau alat tu ada,isu kegadisan dah tak timbul lagi.Dan kes penceraian akibat isteri dah tak virgin pada malam pertama dapat dikurangkan.


Kalau nak bahaskan pasal ni memang banyaklah kan.Anyway,nasihat aku untuk remaja di luar sana.Jagalah mahkota diri anda dengan sebaik-baiknya kerana ia melambangkan maruah dan harga diri seorang perempuan.banyak-banyakkanlah berdoa semoga kita sentiasa berada di dalam lindungan-Nya dan peliharaan-Nya.Ingatlah bahawa Allah itu sentiasa ada bersama kita dalam terang mahupun gelap.Insya-allah kita akan selamat :-)

Wednesday, March 9, 2011

Girls Buddies Outing Session

Assalamualaikum and Selamat Petang


Seperti yang dijanjikan arini aku akan ceritakan tentang my girls buddies outing.Ari ahad aritu aku dikunjungi oleh the busiest girl in the world cik Yuyu Masdena(ayu) a.k.a my ex-classmate during undergraduate.Busy ke ayu??hehehehe..ok sambung cerita.Actually minah ni datang nilai nk jumpa dengan adik dia.Tp alang-alang datang sini dia check-in la kat umah aku ni ha.Bukan senang nak jumpa dengan minah ni busy memanjang.So waktu dia datang aku ajaklah dia g nilai 3.Kebetulan aku ada nak cari shawl.Tapi before tu kitaorang g isi minyak dulu kat Taman Semarak.On the way nak balik ternampaklah pulak orang jual rojak.Terus berhenti kereta.Terliur sangat nak makan sebab pagi tu aku tengok dalam Jalan-jalan Cari Makan diaorang makan rojak utara.Tu yang tetiba mengidam tu.Kitaorang makan terus kat gerai akak tu sambil menikmati permandangan di tepi jalan.hehe..



Rojak-Mine :-)


Rojak Mee-Ayu punya

Sangat sedap rojak akak ni.Kuah dia rasa cam lemak-lemak sikit.Tambah-tambah lagi dimakan pada waktu petang bersama air sirap.Slurppp!!meletop!!

Malamnya pulak kitaorang g dinner kat Restoran Village View,Jalan Reko,Kajang.Restoran ni sangat cantik ada kolam ikan dan jambatan yang ala-ala jambatan gantung gitu.Hiasan dia pun sangat cantik.Masa kitaorang pergi tu ramai orang sebab time tu ada perlawanan bola sepak Liverpool vs.MU.Makanan dia lak Ya Tuhan sangat3 sedap.Nasiblah aku duk Nilai,kalau aku duk kajang rasanya hari-hari nak g makan kat situ.Paling sedap adalah siakap masak stim limau.I loike3 so much.nak lagi!!!Jom layan gambar-gambar yang sempat di ambil.Sila jangan boring menatap wajah kami.Layanzz....



Test shawl baru beli :-)




While waiting the food arrive



Ayu&kak ni the gojest!!



Tadaa...makanan kami telah sampai.Tak sabar nak makan



Siakap masak stim limau yang diterjah dahulu



Insan-insan kelaparan.Memang tak leh control.Aku lapar giler time tu



Alhamdulillah..kenyang sudah :-)


Last picture before going home

Okeh,itu sahaja untuk entry kali ni.Lain kali kita jumpa lagi.Bubyeeeeee!!

Tuesday, March 8, 2011

We're There!!

Assalamualaikum dan selamat malam



Apa khabar semua?Dah lama rasa tak update blog.Bz sikit lately dengan program-program kat kampus and sesi outing bersama my girls buddies.Pagi tadi kitaorang ada attend satu majlis rasmi iaitu majlis perlancaran FIMOS(The 1st Malaysian Operating System) organized by INSTR@K kat hotel The Royale Bintang,Seremban.Perghh,,makanan kat sini memang best.Meletop!!Sedap sangat.Ni kali kedua aku pergi hotel ni.The first time is on Mac last year.Time tu aku dijemput oleh students untuk attend dinner kolej kediaman.FOC!!:-).Ok sambung cerita pasal FIMOS.FIMOS ni adalah sejenis operating system macam Windows,Linux and etc.Yang menariknya FIMOS ni open source.Nak tau lebih lanjut tentang FIMOS klik SINI.Uniknya majlis ni,kami para tetamu dihiburkan oleh dua orang penyanyi iaitu Rem dan Enzyln.Jom tengok gambar yang sempat di"snap" ketika berada di sana.



Testing 1,2,3


With Rem.Masa zaman sekolah dulu aku minat sangat ngan Rem ni.Waktu tu dia popular dengan lagu Semua Orang Tahu dan Selingkar Kasih.Pernah gak berangan nak bergambar dengan dia.Dan alhamdulillah, tak sangka akhirnya pada umur 25tahun dapat gak aku bergambar dengan dia.Hehehe..i loike :-)




Bersama dengan model magazine Tepak Sireh untuk keluaran akan datang kalau tak silap aku.I'll confirm u later.Sebab aku tak berapa pasti.Model ni beritahu aku nama majalah tu masa aku tanya tadi tapi aku dengar Sireh je depan tu tak dengar.Hehehe...Tapi aku search google tadi memang ada kewujudan magazine ni.Dia cakap photoshoot arini untuk keluaran 2 minggu lagi.Comel giler model-model ni.kalau nak bandingkan dengan aku memang cam langit and bumilah.Masa photoshoot tu gak jumpa pelakon yang bawak watak Zahid dalam Si Capik.Tapi sayangnya tak sempat nak ambik gambar sebab dia bz :-(



with CEO INSTR@K-Encik Kahar Kamarudin.Kita patut mencontohi sifat usahawan muda ni kerana beliau seorang yang sukakan cabaran dan berinovasi tinggi.Respect sangat kat dia.Pada usia 34 tahun telah berjaya merangkul Anugerah Usahawan Belia Negara 2010.Tahniah En.Kahar!!




Before pulang kami bergambar kenangan.Entah bilalah pulak nak datang walaupun dekat je and selalu pergi Seremban :-)

Okeh tu je untuk entry kali ni.Insya-allah entry akan datang,aku akan cerita pasal my girls buddies outing pulak.Selamat malam ,bubyeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!