Saturday, January 29, 2011

Belut Dan Khasiatnya

Semalam macam biasa g pasar ngan tokwan
untuk cari bahan-bahan masakan
macam sayur,lauk-pauk basah
dan sebagainya
pastu ternampaklah sorang abang ni jual belut
so aku belilah belut untuk adik lakiku
siap suruh abang tu siang sekali belut tu
kalau nak harapkan aku memang tak akan buatlah
walaupun aku tau belut ni teramatlah sangat
banyak khasiatnya
tapi aku tetap tak makan
antara khasiat belut yang aku tau
ialah dapat mencantikkan kulit,dapat mengubat penyakit lelah,
dan menyembuhkan luka pembedahan
Biasanya, mama atau tokwan akan buat
padprik belut or sup belut
tapi ada makcik semalam cakap kalau buat tomyam belut pun sedap
Errrrrr......terkedu aku seketika
Macam mana agaknya rasa dia kan
Errm..arini my mom masakkan sup belut untuk adik aku



Inilah sup belut tu(LIVE dari dalam periuk my mum ni.Hehehe)

Sedikit info tentang Si Licin ini
Belut atau nama saintifiknya monopterus albus
adalah merupakan sejenis ikan yang berbentuk panjang
Dua tips yang aku nak share dengan korang tentang belut ni
Untuk mengelakkan ia lari apabila nak menyiangnya
pegang badan belut tu dengan kertas surat khabar atau
kertas-kertas lain
confirm ia takkan lari dah
sebab kertas tu kesat
Tips ni abang tu yang bagi semalam
Kedua untuk mengekalkan khasiat dan kelazatan belut ni
belut ni hendaklah disiang apabila kita hendak memasaknya
maksudnya macam ni
tak boleh siang belut arini untuk masak esok
Tips ni ada sorang aunty tu yang bagi
Dia chinese
Bagi pesakit buah pinggang belut biasanya dimakan hidup-hidup
ataupun dipanggang terlebih dahulu
erkss...aku memang tak dapat bayangkan macam mana
kalau makan anak ikan haruan
hidup-hidup tu taulah
sebab my aunt pernah makan masa dia bersalin dulu
untuk mengetahui khasiat belut dengan lebih lagi
sila klik
1)salam pantai timur.com
2)Khasiat belut

or korang boleh je search kat Mr Google :-)

Tuesday, January 25, 2011

Perempuan Oh Perempuan

Adakah semua perempuan kat dunia ni suka shopping???
Or aku je yang macam tu
pantang tengok benda yang berkenan di hati
semua nak beli
tadi g pasar malam
ternampak la inner cotton warna purple
beli lagi!!!!!!
padahal petang tadi dah beli dah inner warna hijau
kat kampus
jalan punya jalan nampak beg warna purple
beli jugak!!aduhai......
then jalan-jalan lak kat kedai yang jual akssesori perempuan
mula-mula ingat nak tengok-tengok je klip
untuk dipakai ngan shawl
tp terbekenanlah pulak kat klip riben ni
tanpa pikir panjang terus beli
bukan satu tapi DUA
satu purple satu lagi pink
pendek kata
pantang tengok barang warna purple
kalau mampu mesti aku beli
agaknya mesti terseksa kan lelaki kat luar tu
kalau awek@wife dia kaki shopping macam aku
nasib..nasib
tapi satu je nasihat aku
nak shopping or berbelanja tak salah
tapi pastikan tidak melebihi had yang sepatutnya

Happy Besday Mama!!!

Selamat hari lahir yang ke-53 mama



This poem is for u

Ma...
dirimu adalah kurniaan Illahi yang paling berharga
kepadaku
tiada hadiah yang lebih berharga melainkan memilikimu dalam hidupku
hadirmu memberikan sejuta kegembiraan dan kebahagiaan
pengorbananmu terlalu besar bagiku
tangismu merobek hatiku
senyummu penawar dukaku
hatimu seperti emas yang berkilauan
yang sentiasa ada di saat ku memerlukanmu
ma...
ketahuilah
angah sayang mama,rindu mama
lebih dari yang mama tau
Allah kurniakan seorang ibu yang tersangat hebat
dan dia adalah Kamu
Selamat hari lahir ke-53 ma
Semoga mama sentiasa berada dalam lindunganNya selalu

Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011!!

Good morning semua!!!!!!
Tetiba pagi ni rasa nak join segmen anjuran 2DAYBLOGGER

Tajuk Segmen: Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Bloger 2011



Kriteria Blog Tercantik Yang Dicari

  1. Pastikan blog korang layak untuk menyertai aktiviti ini
  2. Pastikan blog korang mempunyai design yang menarik,tertarik dan kau memang deboom
  3. Pastikan susunan widget adalah menarik dan teratur
  4. Pastikan mempunyai header yang tidak menyakitkan mata(Jika mempunyai header)
  5. Pastikan blog korang tidak mempunyai ciri-ciri yang tercatat di entri ini:APa Perkara Yang PALING Dibenci ketika Blogwalking

Perkara yang perlu korang buat:-

  1. Buatkan satu entry mengenai aktiviti Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011
  2. Letakkan link entry berkenaan di bahagian komen
  3. Jadi follower 2DayBlogger.com(Korang takkan menyesal follow blog ni.I swear)
  4. Tag 3 kawan blogger anda
Keterangan lanjut untuk join aktiviti ni sila klik SINI
Good Luck Semua!!!!

Monday, January 24, 2011

Nasi Lemak Ayam Dara

Akhirnya...akhirnya tercapai gak impian aku
nak makan nasi lemak ayam dara
dari minggu lepas lagi nak makan
tapi kedai tutup
tadi pas maghrib g makan ngan yani
wah...memang meletop la
confirm lentok pasni
sebab minum milo ais sekali
nanti bila balik kampung tak delah
kempunan tak dapat makan
macam orang mengidam lak aku ni
hehehe...

Sunday, January 23, 2011

Aku dan Make-Up

Orang selalu cakap perempuan dan make up tak boleh dipisahkan
Benarkah??
Mungkin benar bagi orang lain tapi bukan bagi aku
sebab ntahlah aku ni kalau pakai make up
mesti tak cantik
nampak macam opera cina je
aku tengok orang lain pakai comel je
aku kalau g shopping or keluar ngan member-member
pakai lip ice@lip balm je
tu pun kadang-kadang je MALAS
dalam beg lak ada johson baby powder yang blossom tu
and lotion johson baby@kadang-kadang perfume
untuk digunakan after solat
tapi biasanya baby powder jelah yang WAJIB ada
aku tak kisah lah orang nak cakap apa
muka pucat ke,tak lawa ke
yang penting aku suka and rasa selesa
hehehe
tadi aku try pakai make up
saje ngada-ngada


Inilah hasilnyaaaaa.Tak lawaaaaaaa!!!!!!

ni pun aku suruh Yani tolong pakaikan eye liner
pastu ajar aku "tempek-tempek" kat muka
isk..isk..sungguh tak cantik
mungkin aku kena g menuntut ilmu lagi ni

Coding Part

Research aku ada satu part penting lagi yang belum siap
iaitu part coding
serius aku tak tahu macam mana nak buat
result dah dapat
tapi aku tak tahu macam mana nak transferkan dia dalam bentuk coding
dah try if else and import dari text file tapi tak jadi gak
semalam prof cakap suruh try guna DCG
aku pun tak tahu apa benda tu
sebab nk search pun internet ngah slow giler2
macam siput sedut pulang ke sawah je
lagi satu prof kata try guna stack,pop and push tu
yang data stucture tu
aduhai.....macam mana ni
nak nangis pun ada rasa
sapa tau??
tolongla ajar aku

Nape Weekend Sikit Sangat????

Kalaulah weekend tu banyak hari kan best
ni dua hari je sikit benar
orang buatlah 3 hari ke 4 hari ke
1 hari dah habis

dengan kemas rumah&bilik
pastu tengok movie kat my lappy
ni dah masuk hari ahad dah
pastu esok isnin
tak sempat nak honeymoon lama-lama
ngan bantal bucuk
date ngan cerita korea
Uwaaaaaaaa.....
sedihnyaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!

Thursday, January 20, 2011

Khurafat

Semalam g tengok cerita Khurafat ngan Fiza and Yani
On the spot punya decision

kitaorang g ngan kete je senang skit
kalau naik komuter ni leceh skit la
ramai orang
lainlah kalau nak g kL tu terpaksalah kan
lagipun dekat je
wayang kul 5.30 ptg
kitaorang sampai Seremban dah asar
so solat asar dulu pastu jalan-jalan kejap terus masuk panggung
mula-mula masuk agak bising gakla
tapi bila cerita dah start sume diam
bila part seram tiba
bertambah diam panggung tu
aku rasa kalau ada benda jatuh satu panggung leh dengar
agaknya semua orang takut kot
aku pun seram gak
especially masa part Johan( Syamsul Yusof)
angkat mayat Anna(Sabrina Ali)
giler takut time tu
seram sejuk je rasa badan time tu
aku siap tutup muka ngan tangan lagi
kalau aku jadi Johan tak de maknanya aku nak bawa mayat tu
yang lain-lain tu tak takut sangat la
cuma terkejut je la
bagi aku cita tu boleh lah not bad
Ada pengajarannya
Jangan sesekali mengamalkan ilmu hitam
dan jangan sesekali jadikan jin sebagai tempat meminta pertolongan
Ingatlah bahawa Allah sentiasa ada untuk kita
dan gunakanlah Al-Quran sebagai penawarnya
Sesungguhnya tiada apa yang paling diingini
oleh syaitan laknatuAllah melainkan menyesatkan manusia
sebagaimana janjinya pada Allah s.w.t


Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik(perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis dia antara mereka."
(Surah al-Hijr:Ayat 39)

Mohonlah pertolongan dari Allah

Allah berfirman:

"Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu.Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan Ku masukkan ke neraka Jahanam dalam keadaan hina"
(Surah Al-Mukmin:Ayat-60)


Dalam auat lain pula Allah menceritakan tentang kisah perjanjiaNya dengan Iblis laknatuAllah

Allah berfirman:

"Dan Kami telah menciptakan manusia(Adam) dari tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang telah diberi bentuk"
(surah al-Hijr:26)

"Dan kami telah menciptakan jin sebelumnya dari api yang sangat panas "
(surah al-Hijr:27)

Apabila Allah telah menyempurnakan semua ciptaanNya
maka Allah telah meniupkan roh ke dalamnya
Kemudian Allah s.w.t memerintahkan semua ciptaanNya itu
tunduk bersujud kepadanya
Maka bersujudlah para malaikat dan semuanya bersama-sama melainkan Iblis

Allah bertanya:"Hai Iblis apa sebabnya kamu tidak ikut sujud bersama-sama mereka yang sujud itu?"

Iblis menjawab: "aku sesekali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk"

Lalu Allah menyuruh Iblis keluar dari syurga,kerana mereka terkutuk dan kutukan itu tetap menimpa mereka sehingga hari kiamat
(Surah al-Hijr:Ayat 26-35))

Kisah ini dapat korang hayati dalam Surah al-Hijr


Waallahualam

Nota Siku:Aku ambik terjemahan ni dalam tafsir Quran.Please correct me if i'm wrong :-)

Tuesday, January 18, 2011

Apa Di Dalam Backpack/Handbag Anda

Kalau korang perasan lately ni aku asyik post entry
yang berkaitan ngan contest or segmen-segmen menarik
yang bloggers lain organize
kali ni aku nak join segmen
The Garang lak
sejauh mana kegarangannya Waallahualam :-)
aku tertarik ngan segmen ni
sebab macam menarik je
tu yang aku nk join
lagipun syarat-syaratnya senang je


Segmen 1 The Garang : Apa Ada Dalam Backpack Anda??

Kalau aku g travel or balik kampung kesemua barang ni aku bawak
banyakkan??
jom kita tengok nape aku bawak sume ni




1- Laptop ~ Aku kalau balik kg tak mungkin sehari dua.Paling kurang pun seminggu.So laptop ni penting coz it's my love.Sume barang keje aku ada dalam tu

2- Kunci.Kalau tak bawa ni alamatnya tidur kat kaki lima jelah aku

3- Brooch&pin.Aku suka pakai shawl jadi 2 benda ni penting.Buatnya pin or brooch tercabut&jatuh kat mana-mana or hilang ke especially masa sembahyang.
Sometimes orang tak perasan kita letak benda-benda tu.So tak mustahil diaorang akan tersepak

4- Mineral water.Sangat2 penting.Aku jenis minum air kosong banyak jadi kalau bawak air sendiri jimat.Bese aku akan bawa air guna tuperware air sendiri.Kalau kat airport lagi la "murah" airnya

5- Purse.Confirmla kene bawa.Takkan nak minta duit ngan orang lak.Walaupun duit tak de ribu riban but u always be my concern :-)

6- External hard disk.Senang kalau nak transfer cerita ke nanti.Hehehe...

7- Pen!!!Aku selalu standby pen sebab mana tau tetibe hp habis bateri jadi senangla kalau nak tulis pape yang penting

8 - Pad.Ini orang pompuan punya barang.Aku mesti stand by at least satu.So nanti buatnya "kedatangannya" tak disangka tak delah kelam kabut sangat nak cari

OK kepada sesape yang nak join ni syarat-syaratnya

1)Buat entry pasal segmen ni dan letak header the garang.Pastu linkkan ke blog the garang

2)Follow blog the garang

3)
Join group Sahabat Blogger

4)Letak tajuk entry "Apa Ada Dalam Bagpack Anda?"


5)Ambik sekeping gambar barang korang yang korang slalu bawak g mana-mana cam travel ke,holiday ke


6) Letak at least 3 barang dalam gambar tersebut

7)Terangkan nape bawak semua barang tu

8)Tinggalkan link blog korang kat entri the garang tu

SELAMAT MENCUBA :-)

Cuba Ni Anda Pasti Berbangga :-)

Korang pernah tak masa lecture or training
lecturer or trainer korang tu wat something
yang kononnya magic la kan
aku pernah tau
masa g training aritu
adalah trainer ni dia tulis satu benda kat notepad
bila save ada certain2 huruf yang missing
aku pun cakap
"Wow...so great"
tp rupa-rupanya ada caranya
tak yah susah-susah nak g menuntut ilmu
kita pun boleh buat
Thanks to Newbie sbb sudi share info ngan aku
Ada 3 magik yang korang leh "act" kat adik2
or member2 korang

1- Try korang wat new folder kat mana-mana je dalam laptop korang tu pastu SAVE AS CON.Then you'll see what will happen :-)

2- Create satu notepad and type Bush hid the facts. Then klik SAVE pastu tutup file.After that korang buka balik file tu and tengok apa hasilnya


3-Korang buka Microsoft Word and type =rand (200,99).Pastu ENTER.Tadaaa...satu magic baru akan terhasil!!

Mudah aje kan
tak yah gi kelas pun boleh wat silap mata
hehehe...

Monday, January 17, 2011

Contest Blog Paling Cantik,Comel dan Kemas

Kali ni aku kena tag lagi ngan si Syak ni
rajin sungguh minah ni
mengetag aku
kali ni dia suh aku join contest blog paling cantik,comel dan kemas
aii...segan je aku nak join sebenarnya
sebab blog aku cam simple je
tapi tak pelah mana tau kalau ada rezeki dapat menang
bak kata pepatah tuah ayam nampak dikaki
tuah manusia siapa yang tau kan MySpace

jom kita cite pasal contest ni
contest ni diajurkan oleh FARZANA FARZANTO
comel je nama dia
cam nama Kiran Marcelo lak

sila klik SINI untuk tengok syarat-syarat penyertaan
hadiah dia pun menarik
nanti pemenang boleh memilih sendiri baju or hadiah
dari Pelangiwardrobe Hannah
jadi apa tunggu lagi
jom kita sertai contest ni
kalau tak menang pun tak pe
boleh tambah kenalan kan..kan..
aku nak tag five of my buddies to join this contest
Farhana
Amy
Aada
Cplud
Fiza

Aku Follower Ben Ashaari ke 7777

Yeah..yeah...aku follower Ben Ashaari ke 7777!!!!!
ala Ben Ashaari yang famous tu
sebelum ni aku asyik tengok bloggers-bloggers lain duk bercerita pasal dia

so aku pun masuklah blog dia and follow

Tak sangka lak aku bertuah

terharu giler aku bila Ben Ashaari sanggup "mencemar duli" mempromote blog aku yang baru setahun janggung ni dalam blog dia
follower aku pun ciput je nak bandingkan ngan follower dia yang ribu riban tu
terharu sangat-sangatlah MySpace

kalau korang nak tau aku pun sebenarnya tak tau pun aku follower bertuah
aku tau bila ada sorang follower baru ,
MAZHA 2010 komen kt entry aku
ucap tahniah
makinlah terkesima aku tak tahu hujung pangkal

so aku pun visitlah blog Ben Ashaari untuk pengesahan
and terbuktilah kebenarannya
tak caya ni buktinya





~Taken From Ben Ashaari Blogspot~

sila klik SINI untuk lihat
Apa-apa pun terima kasih ye Ben Ashaari atas penghargaan ni

Cara Nak Detect Wireless CCTV

Buat gadis-gadis di luar sana
yang sangat suka pergi toilet
bila keluar shopping or "bertenek"a.k.a berdating ngan bf korang
entry ni sangat-sangat penting buat kamu semua
aku pun baru je tau tips ni
bila g jenguk2 kat blog !CIK TOM! tadi
tips ni diberikan oleh Pegawai Forensik bahagian video and audio
so sangat-sangatlah boleh dipercayai



Menurutnya wireless CCTV ni biasanya dipasang
kat tempat-tempat privacy

biasanya kat tandas perempuan
maybe sebab perempuan dan tandas tak dapat dipisahkan
macam isi dengan kuku
bagai ombak dan pantai :)
jarang sangatlah pasang kat toilet laki
mungkin sebab diaorang tak menarik kot MySpace

hehehe..x delah aku gurau je
cara nak kesannya senang je
tp syaratnya kita mestilah mempunyai device yang ada bluetooth
tak kisahlah laptop ke,handphone ke
apa-apa jelah
tapi biasanya handphone la kan
takkan korang nak ON laptop dalam toilet
Before korang nak melepaskan hajat tu
make sure korang follow step kat bawah ni dulu
Kalau tak nanti jangan MENYESALMySpace
  1. Buka bluetooth kat handphone canggih korang masa mula-mula masuk toilet tu.Tapi hati-hati,karang jatuhlah handphone korang tu.
  2. Pastu search devices yang ada
  3. Kalau tak tau macam mana nak cari devices, korang buatlah konon-kononnya nak bluetooth lagu or gambar ngan kawan korang
  4. Pastu pilih via bluetooth,then korang akan nampaklah devices yang ada
  5. If korang jumpa devices yang pelik-pelik macam "WDX 2201, CAM 122" dan seangkatan dengannya better korang just lupakan jelah hajat korang tu.Tapi kalau setakat nak betulkan tudung yang senget,touch-up skit2 supaya bertambah cun tu no hal la kanMySpace
Ok tu je step-stepnya
senang je kan
sangat2 lah berbaloi untuk diikuti
rasanya korang leh gak apply tips ni
if korang g menginap kat mana2 hotel
saje je sebagai langkah keselamatan
bukannya kene bayar pun kan nk check
Pesanan buat semua perempuan
diri kita adalah hak milik kita
jangan biarkan ia diexploitasi oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab
Ingatlah bahawa maruah diri tidak dapat dibeli
walau dengan segunung intan permata

Sunday, January 16, 2011

Tetamu Tak Diundang

Tengah syok2 aku duk lunch dalam bilik
sambil melayan Jalan-jalan Cari Makan
tetbe aku nampak si hitam
menjenguk kat pintu bilik aku
sambil mengiau
Oh God!!macam ne si kucing ni leh masuk
baru aku teringat aku ada buka pintu dapur tadi
nak suh angin masuk
mesti kucing tu masuk ikut pintu gril tu
cerdik betulla kucing ni
macam tau-tau je aku duk dalam bilik tengah makan
menonong je menghala ke bilik aku
mesti kucing tu bau makanan ni
pe lagi
aku terus ambik penyapu halau
nasib baik lari
kalau x habislah akuMySpace

dah la aku ni takut kat kucing
fiza lak x de
bese dia yang tolong halau
kalau kucing masuk


Saturday, January 15, 2011

Bloglist Blogger 2011

Hello..hello... cikngah datang lagi
entry kali ni adalah pasal tag dari Cik Syak
actually dh lama dh dia tag aku
aku je yang tak jawab2
nak tau syarat2 penyertaan
sila klik header di bawah ini




Syarat pertama sesi perkenalan diri

Nama empunya blog luahan hati ni Fatin@Cikngah
@angah and etc

asal dr kota bharu,kelate tp stay kt nilai skang
sbb sambung master,already in fourth sem
umo dh suku abad tahun ni :(



ni header blog aku
x reti la nk wat cantik2 so aku wat yang simple2 je
blog ni mengisahkan tentang isi hati aku,
what i'm doing,what i feel and sume2 la
pendek kata blog ni berkisah tentang kisah hidup aku
orang yang aku nk tag

amy
ayu

**klu ikutkan dh expired smlm tp xpelah utk tidak menghampakan tuan yang mengetag :)**

Lepat Pisang

Ada tak sape2 yang x tau pe tu lepat pisang??
Tadaaaaa......gambar kt bwh ni adalah lepat pisang
sejenis kuih tradisional
kuih ni femes kat kelate
kg tercinta aku
Hehehe...


~~Taken from Mr.google~~

Lepat pisang is one of my feveret
klu balik kg x sah klu x suh mama or tokwan watkan
bila lagi nak manja2 kan...kan..kan..
semalam tetiba rasa nk makan lepat pisang
tp x de periuk kukus :(
tiba2 aku dapat satu idea
nak gunakan rice cooker sebagai periuk kukus
aku rs boleh sbb konsepnya sama je
letak air kat bawah
and letaklah loyang tu kat atas pastu tudung
tu yang aku g Giant beli loyang,tepung and santan segera
semangat giler nk makan lepat pisang ni
pisang no need to buy sbb dh ada
aku x pernah pun lagi wat kuih ni sendiri
x penah tau pun macam ne nak wat
tp arini terpaksalah
takkan nk suh my mum@my grandma poskan
tp setau aku kuih ni senang je
based on rasa dia
cara membuatnya lebih kurang ngan wat cokodok je
so aku tnyla tokwan betul x pe yg aku teka tu
and tokwan cakap betul
yes!!yes!!yes!!
ana berjayaaaaaaaaaaaaaaa


Resepi Lepat Pisang

***Kalau sape tau wat cokodok tau la buat kuih ni**

  • 5 biji pisang berangan
**kalau kt umah ktorg guna pisang kapas je

  • Tepung gandum

*xtau nk cakap banyak mana.Korang kene anggar sendiri.Kalau kuih tu lembik tambah lagi tepung***

  • 2 1/2 sudu besar gula
**kalau nk manis tambah lg**

  • Sedikit garam untuk hilangkan rasa tepung
  • 25 gram santan
Cara-cara membuatnya

  1. Panaskan periuk kukus@my lovely rice cooker bersama air.Biarkan sehingga mendidih
  2. Dalam bekas berasingan,pisang yang dibuang kulit dilenyekkan bersama dengan tepung gandum,gula dan garam,Pastikan pisang telah hancur sepenuhnya or at least 90%
  3. Masukkan santan dan gaul hingga rata
  4. Letakkan sedikit tepung gandum ke dalam loyang untuk mengelakkan dari melekat. Kemudian tuangkan kesemua campuran ini ke dalam loyang dan masukkan ke dalam periuk kukus tadi.Tudung dan biarkan selama 20-30 minit.
**If nk letak dalam daun pisang&bungkus pn boleh**

5. Apabila masak biarkan sejuk dan hidangkan





**Inilah dia rupa lepat pisang yang aku buat tadi.Melekat skit sbb aku terlupa letak tepung gandum dalam loyang**

Dh tinggal separuh sebab aku dh ngap dulu.Lapar giler.Hehehe...
Nnt next time lehla lak try wat puding gula hangus @_@


Nota siku:Kurangkan gula dalam masakan tp lebihkan gula dalam senyuman


Friday, January 14, 2011

3 Idiots

Zoobi Doobi
video

Gungunati hain yeh hawayein
Angin membisikkan melodi

Gunuunata hai gagan
Langit bersenandung bersama

Gaa raha hai yeh sara aalam
Seluruh dunia menyanyi

Zoobi do param Pum
Zoobi doobi zoobi doobi pum para
Zoobi param pum
Zoobi doobi zoobi doobi naache
Kyun pagal stupid maan
Hatiku menari seperti gila

Zoobi doobi zoobi doobi pum para
Zoobi param pum
Zoobi doobi zoobi doobi naache
Kyun pagal stupid maan
Hatiku menari seperti gila

Shaakhon pe pattey gaa rahe hain
Daun menyanyi atas pokok

Phoolon pe bhawre gaa rahe
Rama-rama menyanyi atas bunga

Deewani kirnein gaa rahi hain
Sinaran menyanyi

Yeh panchhi gaa rahe
burung mencicip

Bagiya mein do phoolon ki
Dua bunga berpelukan

Ho rahi hai guftgu
dalam kebun

Jaisa filmon mein Hota hai ho raha hai Hu bahoo
Seperti dalam filem ia juga berlaku kepada kita


Zoobi doobi zoobi doobi pum para
Zoobi doobi param pum
Zoobi doobi zoobi doobi naache
Kyun pagal stupid maan
Hatiku menari seperti gila

Zoobi doobi zoobi doobi pum para
Zoobi doobi param pum
Zoobi doobi zoobi doobi naache
Kyun pagal stupid maan
Hatiku menari seperti gila

Rimjhim rimjhim rimjhim
hujan renyai2

San san san san Hwaaa
angin membisik

Tip tip tip tip Boondein
titik hujan menitis

Gurrati bijliyaan
petir pula gemuruh

Bheegi Bheegi Saare mein
memakai sari basah

Yun thumke lagati tu
kau goyang pinggulmu

Jaisa filmon mein hota hai ho raha hai hu bahoo
Seperti dalam filem ia juga berlaku kepada kita

Zoobi doobi zoobi doobi pum para
Zoobi doobi param pum
Zoobi doobi zoobi doobi naache
Kyun pagal stupid maan
Hatiku menari seperti gila

Zoobi doobi zoobi doobi pum para
Zoobi doobi param pum
Zoobi doobi zoobi doobi naache
Kyun pagal stupid maan
Hatiku menari seperti gila

Amber ka chand zameen par Itra ke gaa raha
Bulan dari langit turun ke bumi dan bersenandung

Ek tim tim toota tara Ithla ke gaa raha
Tahi bintang menyanyi melodi cinta

Hai raat akelin tanha mujhe choo le aake Tu
Malam ni kesunyian marilah sentuh saya

Jaisa filmo mein hota hai ho raha hai hu bahoo
Seperti dalam filem,ia juga berlaku kepada kita

Zoobi doobi zoobi doobi pum para
Zoobi doobi param pum
Zoobi doobi zoobi doobi naache
Kyun pagal stupid maan

Zoobi doobi zoobi doobi pum para

Zoobi doobi param pum
Zoobi doobi zoobi doobi naache
Kyun pagal stupid maan
Hatiku menari seperti gila


Nota Siku:I'm crazy with this song rite now.Sanggup aku translate lagu ni dari movie 3 Idiots ni.Loike!!loike!!loike damn much!!!

TIramisu Megi

Terpengaruh ngan cite Tiramisu tu
terus terasa nak try makan kek tiramisu
selama ni pernah tgk je tp x penah makan
td masa g Giant aku pun belilah kek tiramisu ni
kat King
tp beli satu slice jela
rupa2 nya kek tiramisu ni berasaskan kopi
baru ku tau
so aku makan separuh je
sebab takut sakit kepala melampau
ni pun dh rasa dh pening skit2
lagipun kek tiramisu ni banyak sangat krim dia
i dont like la
pas makan kek g wat murtabak megi pulak
tunggu murtabak kema
x datang2 pun
aku buat sendiri jela
perut oh perut
makan je keje
dua tiga hari ni nafsu makan
bertambah skit
almaklumlah "bendera jepun" dh nak naik
bahaya sungguh ni
mujur penimbang tak bg warning lg td
kalau tak
maunya stress
satu badan

Thursday, January 13, 2011

Petua Tradisional

Aku sangat suka surf pasal petua2 tradisional ni
sbb byk maklumat yg kita boleh ambik
dan aplikasi dalam hidup kita
yelah orang dulu2 mana ada alat2 canggih macam skrg
kalau nak cantik sume guna
bahan-bahan semulajadi je
no laser-laser,botox-botox ni
tinggal ngan nenek n makcik sejak kecil watkan
aku byk belajar
salah satunya
if nk suh daging cepat empuk,
letakkan sudu@daun nangka masa rebus daging tu
and...
memang terbukti menjadi
x percaya cuba
lain2 petua cam
kalau nk cantikkan rambut supaya lebat dan
hitam berkilat
campurkan santan ngan sedikit garam
pastu letak atas kepala
dan biarkan seketika
kemudian basuh dengan bersih
petua lain dari tokwan
nk hilangkan parut kat muka
guna kulit kayu manis,lendir lidah buaya or kulit pisang
memang terbaik la!!!
sbb aku ms zaman skolah dulu muka berparut
mana taknya asal ada jerawat je
gatal je tangan ni nk memicit
td ms "date" ngan Encik Google
aku dpt satu tip baru
Ais boleh mengecikkan pori2 muka
dan mencantikkan make-up
selama ni yang aku tau putih telur je leh kecikkan pori2 muka
caranya letak ais dulu kat muka pastu
baru make-up
patutlah jurumekap selalu letak ais kat muka
aku ingatkan napelah
rupa2nya nk suh nampak cantik
nk tryla nnt letak ais masa nk "menconteng muka"
tp bilakah agaknya
waktu aku nk menconteng itu akan tiba??????
Tinggal tanda tanya

3 killers

3 movies yang bakal menggugat kefokusan aku arini
1)cite hindustan 3 Idiots
dah tengok banyak kali
tp x pernah jemu untuk terus
tengok and tengok and tengok
sebab cite dia kelakar sangat
2)Ngangkung
member2 sume dh g tengok kat panggung
aku je ketinggalan
jd aku download jelah
3)Cuti2 cinta
Nampak macam best tp x taulah
Cerita2 lain next month lak download
tunggu bil bb baru
bukan pe karang sume aku guna utk dowload
nnt bb jd macam siput sedut pulang ke sawah
satu ape keje pun xleh wat
time2 gini
alangkah indahnya kalau kt hostel ni leh guna streamyx
x yah pikir pasal habis limit

Wednesday, January 12, 2011

Malang Tak Berbau

Jika hujung tahun lepas
malang menimpa
gadis ayu Cik Masdenaidayu
bersama gadis manis dari Bagan Datok
Dayah Jawawi
apabila cermin kete si manis ni telah dipecahkan
oleh manusia yang tak berguna
Arini lak malang menimpa
kawan baikku dari matrik sampai skrg
Amy
Rasanya Amy lagi malang dari diaorg
sbb umahnya kene pecah masuk petang tadi
hbs lappy dia,handphone,kunci kete
and macam2 barang lagi hilang
barang2 kawan2 dia pun sama hilang
time tu sume orang g keje
amy lak g keje naik motor arini x bawak kete
nasib baik si jahanam tu x curi kete skali
klu tak lagi parah
aku pun baru tau
masa amy call kejap tadi
kisahnya bermula begini
aku ada send msg kat amy masa tu
dalam kul 7.17 mlm
tny dia cuti x bulan Mac nnt
sbb aku igt nk g melawat dia kt JB
tp xde respon
sepi je
pastu
masa aku tengah tengok cite Tiramisu
ngan fiza
ada sms masuk dari nombor celcom amy
sms tu berbunyi bergini

Fake Amy:"Saje je td.Aku bosan" - 7.52 malam

aku pelik
sbb mesej ni aku anta kt amy smlm
mana mungkin amy reply msg yang sama kt aku
sbb dia x penah never&never wat g2
so aku reply tanya

"Ko silap send msg ke ape?"

pastu Fake Amy reply:

"Ko silap send msg ke ape?" - 7.53 malam

bertambah2 kepelikan aku
tapi aku biarkan dulu
sbb nk g mandi n solat
pas solat aku call clcm amy
tp dh masuk voice mail
then call mxs amy
but she did'nt pick up da phone
a few minutes later
she called me
and said that she had just came back
from police station
making police report
suara dia pun sedih
aku x tau nk tenangkan hati dia macam ne
i'm speechless
dia ckp mayb her parents will come from Ipoh to JB tonite
yelah time2 macam tu
kehadiran ibubapa di sisi
amat2 lah diperlukan
kurang ajar betul percuri tu
tau nk keje senang je
aku harap diaorg dapat balasan yang setimpal
kene langgar traler ke
jatuh gaung ke
baru diaorg tau langit tinggi ke rendah
geram!!geram!!geram!!
skang ni Allah bagi cash je
tak de hutang2 nk tunggu akhirat nnt
ni lah masalah utama kita sekarang
dunia makin maju
rakyat makin mundur
akal yg dikurniakan Illahi
dipandang sepi
tidak digunakan dengan sewajarnya
agaknya diaorg akan mengerti &menghargai
bila Allah menariknya kembali
Dunia..dunia..

Monday, January 10, 2011

Barang Hantaran

Tengok orang gubah barang hantaran
comel2 je
masa akak kawin aritu pun cantik je
jeles lak
Teringin nk gubah barang hantaran sendiri
barulah lebih bermakna
konon2nya la kan
tapi aku x kreatif
ada gak terpikir nk belajar
tapi masih sempatkah??
aku ni dhlah tangan kayu
x berseni langsung!!
mesti ambik masa yang lama
aii..berangan jela aku ni

Sunday, January 9, 2011

I'll Never Forget This!!

Aritu aku pernah jumpa cacing masa potong kubis
sampai arini seboleh2nya aku cuba elak
dari memotong kubis
sayur kubis pun aku dh x bape makan sekarang
td lak masa potong bunga kubis untuk dibuat bihun sup
terjumpa binatang
sekali tgk macam anak ulat gonggok yang kecik tu
~mode:ei..masih2 terbyg2 kejadian td!~
sape2 yang x kenal bunga kubis
sila tengok gambar ni




Ya Allah seyes aku geli tgk
rasa nk baling je sayur tu
tp aku basuh gak sayur tu
pas buang benda tu
before masuk dalam kuali
aku double check siap belek2 lagi
kot2 aku terlepas pandang
mana tau kot2 ada yang sesat lagi
sbb aku tau aku jenis yg x kan berpuas hati
selagi x check betul2 before masak
tp
seyess.....
mmg x de
aku amat pasti!!!
pastu kan masa bihun sup aku dh masak
aku pun letaklah dalam pinggan
and
aku ternampak ada binatang tu dalam pinggan aku
Oh no!!!!!!!!!!
i saw it!!!!!!
i saw it!!
habis bihun sup aku
dhlah dalam tu aku letak macam2
terus aku campak sume skali dalam tong sampah
yerkss
geli geleman aku
aku amat pasti
binatang tu tersorok dalam kuntuman bunga tu
aku tanya nenek aku
then tokwan cakap
maybe benda tu kua masa tgh masak
yelah kan panas
tibe2 aku terpikir
bayangkan kalau kita makan kat kedai
Adakah tukang masak tu akan buang sume
masakan yang dia buat ble benda yang sama berlaku kat dia??
OR
dia just akan buangkan benda tu
and
hidangkan makanan
cam biasa kat kita???
mungkinkah jawapannya yang pertama?
tp aku x dapat menipu hati aku
bahawa jawapannya adalah yang kedua
ye pasti!!
tp mungkin bukan semua begitu
Sy fobia!!
Rasa cam dh serik pun ye nk potong bunga kubis lagi
tp bunga kubis
adalah antara sayur kegemaranku
patutkah aku terus melupakannya??

Friday, January 7, 2011

Thank you
but..
Never Say Goodbye
Never!!!

Wednesday, January 5, 2011

My Day Part II

Pg td g pejabat hasil untuk matikan setem
then setelkan sume urusan borang tu
walaupun ari hujan
Alhamdulillah borang ujrah dh selamat dipos
lega rasa
klu x,nk wat keje pun x tenang
thanks to my lovely tokwan
for her willingness to accompany me
arini result muet kuar
i'm really frustrated
why my result still same as before????
sedihhhhhh!!!!!!!
tp xpelah
aku redha
mungkin bkn rezeki aku
i'll try again n again n again
although i know
it's really hard to get band 5
but
i believed
i believed that nothing is impossible in this life
hope Allah bless me always

Tuesday, January 4, 2011

My Day :-)

Arini awal2 pagi lagi dh kua
G anta nenek dan makcik ke klinik
sbb makcik ada ceramah kesihatan pagi ni
pastu singgah pantai jap ngan nenek
sbb dh lama x g pantai tu
nama je dekat umah
tp ada kot 2 tahun aku x g situ
pas g pantai g pasar cari belut
sbb adik nk makan belut
mujur ada
siap suh makcik kt pasar tu tlg siang lagi
klu nk harapkan aku sampai kapan pun
x dapatnya adik aku nk mkn
sbb seyes aku sgt geli utk pegang belut
tgk dia gerak pun dh meremang bulu roma
apatah lagi nk suh aku pegang
hello...kirim salam ok!!
i x nak!!
hopefully my future hubby x makanlah benda2 ni
kalau x habislah aku nk kne menyiang
dan memasaknya
tolongla
i dont want
tp klu dh TERDAPAT
nk wat macam ne kan
haa.....aku dh tau pe aku nk wat
aku akan g beli belut yg dh siap dimasak
x pun aku beli belut mentah pastu
mtk tolong sape2 masak
hehehe...
arini aku masak simple2 je
padprik ayam,kailan ikan masin,udang rebus,ikan termenung kukus
pastu sup belut utk adik
yg ni guna khidmat chef yg dijemput khas dari umah sebelah
sape lagi klu bukan my granny
tokwanku cayam
love u tokwan!!!
muaahhhhh!!!muahhh!!muahh!!

Monday, January 3, 2011

Oat

Tetbe je rasa lapar
padahal buka puasa tadi dh makan nasi
ada worms kah dalam perutku ini?
macam ne nk kurus macam ni
so pe lagi
misi pemburuan makanan sudah bermula
turun dapur ambik oat mama
erk......rupanya sungguh x sedap oat ini
baruku tau
utk menambahkan kesedapan oat ini
aku tambah milo
yeah...yeah...
now oatku sudah sedap
mari kita menikmatinya
~sekian~


The Day

Arini adik dah start sekolah
Duklah aku sorang2 kat umah
bese aku duk ngan adik bila sume orang g keje
so suasananya rasa lain
as usual bangun pagi aku kemas2 umah
then cuci pakaian sume
arini puasa so x yah masak
pas siap sume keje
buka my lovely lappy then mulakan keje
alhamdulillah 1 paper dh disubmit
editor pun dh reply suh isi borang copyright
tp nnt 3 anonymous reviewers akan review dulu paper tu
risaulah especially tentang english :(

tp pa pe pun
i really hope
that my paper will be accepted
petang tu lak aku punggah almari buku
cari buku rujukan chemistry untuk adik
at the same time terjumpalah sepucuk surat
dari pen pal
zaman dulu2 kala
aku pun dh x igt aku pernah ada penpal dr HK
kalau dr Turkey tu igtlah
tp skang memang dh lost contact ngan sume




~Surat From Yik~


Ni pulak buku belajar bahasa Thai
Dh lama buku ni wujud
since dr zaman skolah lg
tp aku x pernah pun khatam walau sekali
baca gitu2 je
Hehehe...
buku bahasa Jepun pun sama
x pernah habis aku belajar
Ngeee....
kesimpulannya
aku seorang
yang amatlah
"RAJIN" ;p




Nota Siku:Kalau sape2 dapat emel kedua Ujrah dr PTPTN pm la aku.Nnt aku leh compare kan form yang aku isi

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat tahun baru sume!!
Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya
byk kenangan dan pahit manis
telah dilalui
paling manis dengan kehadiran orang baru
yang menceriakan&menggamit hati kami semua
dan...
arini
01011 adalah satu permulaan
bulan baru tahun baru azam baru
tiap2 tahun aku berazam
tp hasilnya x seberapa
suam2 kuku aje
mula2 je semangat pastu dh malas
hangat2 tahi ayam tul la aku ni
neway,tahun ni aku harap
aku dapat perbaiki diri aku
supaya lebih baik dari
tahun2 sebelumnya
paling penting
kene berusaha lebih untuk kurus&sihat
aii..kalaulah pendermaan lemak itu wujud
nak je aku transferkan kat sape2 yang berminat
tp sayangnya itu sume hanya mimpi :)