Thursday, March 17, 2011

Bertemu Bekas Kekasih

Assalamualaikum dan Selamat Malam


Bertemu bekas kekasih kembali.Apakah reaksi korang??Apa perasaan korang??Persoalan mengapa,apa dan kenapa pasti akan menguasai fikiran korang.Yelah,bakal berjumpa dengan bekas kekasih yang pernah mencintai dan menyayangi diri korang.Tapi terpaksa berpisah disebabkan sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.So apabila berpeluang untuk berjumpa kembali,mesti korang inginkan yang terbaik apabila berjumpa dengan diaorang.Bagi yang berpisah kerana sebab yang menyedihkan,berjumpa kembali dengan bekas kekasih hati mungkin akan menjadi satu mimpi ngeri yang cuba dielakkan dengan sebaiknya.Tapi bagi yang berpisah disebabkan oleh masa dan keadaan,peluang keemasan ini pasti amat dinanti-nantikan.Korang macam mana?Apa yang akan korang buat kalau korang berada dalam situasi ini?Ok arini aku nak share dengan korang tip-tips bagaimana nak menghadapi saat getir seperti ini.Make sure korang beritahu dulu pasangan korang sekarang tentang pertemuan yang bakal terjadi ni.Bukan pe takut nanti perang dunia ketiga akan meletus pulak.Time tu sape yang susah??Korang juga :-)


1)Maafkan dia

Firstly,of course korang kena betul-betulkan maafkan kesalahan ex korang tu.Sebab kalau korang tak maafkan,macam mana korang nak jumpa dia dengan perasaan marah dan benci tu??


2)Jangan Nervous

Just relax bila bertemu dengan bekas kekasih.Jangan terlalu menampakkan yang korang ni nervous nak jumpa dia walaupun memang tu hakikatnya.Kalau boleh cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan perasaan tersebut.


3)Berterus-terang

Berterus-teranglah status sebenar korang dengan ex korang tu.Tak yahlah nak tipu-tipu ni.Sebab kalau tipu takut kantoi lak nanti.Lagipun buat apa nak sorok status diri tu.Beritahu je.Mana tau kalau korang single and ex korang pun single,kan cerah tu peluang untuk kembali bersama :-)

4)Cara berpakaian

Bagi yang masih menaruh perasaan kepada pasangan,korang mesti nak berpenampilan menarik apabila berjumpa dengan ex korang kan??Tapi nasihat aku kan,korang takyahlah nak make up tebal2 macam opera cina,baju bling bling. Just be yourself.Kalau hati dia masih sayangkan korang,insya-allah pasti terpaut punya.Manakala bagi yang berpisah sebab si ex cakap korang tak cukup macho/cantik,why not korang cuba berpakaian yang lebih menarik.Bagi perempuan pula,korang cubalah pakai lain sikit dari masa korang couple dengan dia dulu.Contohnya,kalau dulu korang asyik berbaju kurung je,apa kata kalau sekarang korang cuba fesyen lain pulak.Tapi pastikan fesyen tu masih menutup aurat ye.Sebab pada aku tak salah kalau nak berfesyen.Asalkan aurat dan maruah diri masih terpelihara.Kalau dulu muka korang suram dan kelam tanpa sepalit bedak,kini cubalah korang touch-up sikit biar nampak cantik dan berseri.Biar diaorang tahu korang pun cantik juga!!


Oklah tu jelah kot tips yang aku nak kongsi dengan korang.Hingga jumpa lagi dalam entry seterusnya.Bubyeeeeeeee!!

5 comments:

sekamar rindu said...

salam....

bila bertemu kembali bekas kekasih, buat mcm biasa saja.,.

yang lepas tu lepas lah...

♥♥Cikngah♥♥ said...

SR:Setuju!!!

Anonymous said...

buat dekk je haha

Unknown said...

MANJA akan buat2 x kenal jer hehe

♥♥Cikngah♥♥ said...

zoey&manja:klu terjmpe lh la wat derk@wat2 x knl.tp lau ex yg ajk jmpe lak?mcm ne?