Assalamualaikum dan Selamat Pagi
Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi.Tapi mata aku ni tak nak lelap juga walaupun mengantuk yang teramat.Dah try tidur dari kul 12 lebih lagi tapi tak nak juga pejam-pejam.That's why aku bangun on laptop dan update blog.Topik pagi ni adalah berkaitan dengan kecantikan iaitu macam mana nak buat scrub dan masker buatan sendiri yang cepat,murah dan mudah.
1-Scrub Pisang
Ambik sebijik pisang dan sedikit oat.Kemudian blender kedua-dua bahan ini sehingga hancur lumat.Apabila siap,gosok ke muka korang dengan lembut.Kemudian basuh dan bilas dengan sebersih-bersihnya.
2-Scrub Kopi
Korang suka minum kopi kan??Hampas kopi tu korang jangan buang.Korang recycle guna untuk wat scrup muka korang.So takde lah membazirkan.Caranya senang je,korang ambik hampas kopi tu,campurkan dengan sedikit air then letak kat muka korang.Biarkan seketika.Pastu as usual la basuh dengan bersih.Amalkan 3x seminggu.Insya-allah kulit korang akan kelihatan lebih cerah berbanding biasa.Lagi satu kalau korang nak tau,kopi juga boleh menghilangkan selulit.Caranya begini,letakkan serbuk kopi tu di atas span lembap.Kemudian,urut paha dan or bahagian-bahagian yang berselulit untuk menghilangkan selulit.Amalkan selalu.Insya-allah menjadi.
3-Scrub Yogurt
Sepertimana yang kita tau yougurt ni memang banyak khasiatnya untuk kesihatan rambut dan muka.Walaupun aku tak suka yogurt,tapi aku guna syampoo yogurt dari Tracia sebab nak suruh rambut cantik.Hehehehe...Ok berbalik kepada scrub.Caranya senang je.Korang campurkan yogurt dan sedikit minyak zaitun.Kemudian korang urut muka dan leher korang dengan lembut.Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan bersih.
4-Scrub beras
Beras bukan sahaja untuk dimakan tapi juga untuk tujuan kecantikkan.Kalau korang nak kulit yang bersih dan mulus tanpa mengeluarkan wang yang banyak cuba petua ini.Tumbuk beras hingga lumat or if nak senang korang blender je.Kemudia korang campurkan dengan sedikit air dan letakkan kat muka korang.Urutlah muka korang tu lembut-lembut.Biarkan kejap.Pastu basuh.
5-Masker Tomato
Sape kata tomato ni just leh digunakan untuk memasak je.Multipurpose tau.Tomato boleh digunakan untuk melembapkan kulit.Caranya korang lenyekkan tomato tu,then tempek atas muka korang tu.Biarkan selama 15-20 minit.Kemudian bilas dengan sebersih-bersihnya.Amalkan selalu.
6-Masker Susu Tepung
Susu bukan sahaja untuk tujuan pembesaran atau menguatkan tulang tapi ia juga boleh digunakan untuk menegangkan kulit muka.Caranya campurkan susu tepung dengan sedikit air dan lumurkan pada muka korang.Biarkan sehingga kering dan basuh dengan bersih.
7-Masker strawberi
Strawberi sangat enak untuk dimakan.Bukan itu sahaja,malahan ia juga elok untuk kecantikan kulit muka.Strawberi boleh digunakan untuk membuat masker muka dengan cara meletakkannya di muka.Buah ini hendaklah dimesin/dilenyekkan supaya hancur dan sapukan ke bahagian muka korang.Biarkan sehingga 15-20 minit dan kemudian bilas dengan bersih.
Okehlah rasanya cukuplah setakat ni dulu tips yang aku nak kongsi dengan korang.Insya-allah kalau ada masa aku share lagi.Moga-moga dengan adanya petua kecantikkan ini,maka dapatlah kita mencantikkan lagi diri dan wajah kita tanpa alat-alat kosmetik.No cosmetic no plastic :-)