Sunday, April 10, 2011

Sabtu Yang Pack

Assalamualaikum dan Salam Hujung Minggu

Semalam memang weekend yang pack tapi best.Actually pada asalnya aku plan nak g Jalan TAR nak cari shawl.Almaklumlah aku ni memang suka shawl-shawl ni.Cam dah bosan shopping kat Nilai 3 nak gak g shopping kat sana sambil menghabiskan duit.Hehehe...Tapi sayangnya tak de rezeki aku nak g sana.Sebab tetiba Kak Lyea sms(my friend from Sarawak) sms cakap dia nak datang Nilai 3.Aku pe lagi bangun terus mandi dan siap-siap.Sebab memang susah sangat nak jumpa ngan Kak Lyea ni.Ni pun dia turun kL dengan hubby dia 2 hari je.Sabtu datang pagi Ahad nak balik Miri semula.Diaorang datang sini sebab nak beli barang-barang untuk butik dia kat sana.Lama gaklah kitaorang temankan Kak Lyea and hubby dia shopping.Seronok pulak tengok dia shopping especially masa beli baju kurung.Sampaikan aku pun rasa nak beli je sekali baju kurung yang lawa-lawa tu.Tapi tak boleh terpaksa kawal nafsu.Sebab aku masih ada lagi beberapa pasang baju yang belum dipakai.Duk terperap je dalam almari tu.Hehehe...



Ni lah Kak Lyea.Still cun walaupun dah ada anak dua.Dulu masa mula-mula kenal dia aku belajar kat Matrik lagi dan aku ingatkan Kak Lyea belum kahwin tapi lagi rupanya dah ada anak satu masa tu.Alhamdulillah kini sudah 8 tahun usia persahabatan kami.Walaupun jauh,tapi kitaorang tetap keep in touch :-)

Malam tu pulak kitaorang g tengok cerita CUN kat Alamanda dengan Ayu and Yani.Kalau ikutkan hati aku dan housemate memang dah penat sangat.Tak larat dah sebab hampir seharian berjalan dahlah time tu panas.Dah nak terlelap pun masa tunggu diaorang datang ambil.Tapi disebabkan dah berjanji terpaksa gagahkan juga pergi sana.Tapi serius cerita CUN sangat best.Korang takkan menyesal kalau tengok cerita ni.Cerita ni banyak mengisahkan tentang nilai-nilai kasih sayang dalam sebuah keluarga,persahabatan dan cinta.Dan bagaimana seseorang tu sanggup membuat apa sahaja demi mengejar rating rancangan terbitannya.Walaupun cerita ni kelakar tapi ada gak part-part sedih yang membuatkan aku mengalirkan air mata tanpa disedari.Aku perasan Ayu duk tengok-tengok aku.Maybe dia nampak aku kesat air mata kot.Tapi aku buat2 tak tahu je.Hahahaha...dah memang betul2 sedih pun kan.Takkan nak ketawa lak.Hehehe..Oklah sampai sini dulu entry kali ni.Jumpa lagi.Bubyee!!

2 comments:

Nisa said...

Korang gi alamanda bile wei?
semalam pon aku kat sane! :)

♥♥Cikngah♥♥ said...

Dh malam dah g Nisa.Wayang kul 9.30.Ayu ckp ko trs tak dapat dihubungi bila yg tersyg pulang.Hehehe..