Aku Terima Nikahnya,Bercinta Sampai Ke Syurga dan Murabbi Cinta merupakan karya tulisan Hasrizal Abdul Jamil.Buku-buku ini terhasil daripada pengalaman beliau sendiri dalam mencari cinta yang sejati dan diredhai.Bagi aku buku-buku ni bagus sebab mengandungi pelbagai nasihat dan teladan yang boleh kita ambil sebagai panduan dalam kehidupan kita.Terutamanya bagi anak-anak muda sekalian.Cinta bukan lahir dari nafsu atau dari penilaian fizikal semata-mata.Tapi ia lahir dari hati yang tulus dan ikhlas.Perkahwinan bukanlah suatu mainan atau percaturan.Tapi ia adalah penyatuan dua hati yang saling memahami.Perkahwinan ialah saling memberi dan menerima.Pasangan mestilah memainkan hak dan peranan masing-masing dengan baik demi menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga.Setakat ni hanya buku Murabbi Cinta je yang belum aku baca.Belum berkesempatan nak beli lagi.Mungkin kalau sempat dekat airport jap lagi aku beli.Buku Aku Terima Nikahnya aku beli dan baca masa aku praktikal awal tahun 2009 .Kemudian aku beli pula buku Bercinta Sampai ke Syurga.Thank to EB inform aku tentang kewujudan buku Murabbi Cinta.If not,aku memang tak tahu ada sambungannya lagi.Korang boleh juga baca blog Ustaz Hasrizal ni at saifulislam.com
"Tarikh bertunang dah dipersetujui.Cuma mak nak tanya sesuatu.Sudahkah kamu melihat tuan empunya diri?"
"Belum ,Mak,"saya menjawab sambil tersenyum.
Mengandungi kisah alam rumahtangga dan nasihat yang tersendiri menyentuh hati,geram,sinis,lucu,marah....
Sinopsis:Andai CINTA ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya? Cinta menjadikan manusia suka disuruh. Agar dengan cinta itu kita suka disuruh lagi disuluh. Namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah. Cinta menjadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada sesama hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri. Buang emak, buang saudara, kerana cinta yang bukan lagi cinta. Lautan api sanggup direnangi, ikrar pencinta yang sudah gila dibius cinta. Hingga api neraka hilang gerunnya. Cinta semalam menjadikan umat Islam umat yang hebat. Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam. Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta. Justeru dalam medan yang pelbagai itu, ustaz ini memperjuangkan cinta. Cinta yang diteladani daripada seorang Nabi. Seorang Murabbi. MURABBI CINTA.
2 comments:
Huuu buku² Rujukan EB ni.. hehehe..
best ni wajib kena ada...
tulah EB.Cikngah lom dpt lg buku tu.Cari kat airport aritu xde :(
Post a Comment