Yeah...arini dapat makan strawberi.Fresh dari Cameron gitu.Kebetulan my aunt balik dari Cameron arini so aku and adik aku pesan suh wat balik strawberi yang fresh,taknak yang kering punya tak best.Mengidam betul kitaorang.Sebabnya makcik baru je bagi tadi.Tak sampai setengah jam pun.Dah nak habis dah.Dapat2 tu terus terkam makan.Then my aunt cakap"Mengidam betul ni".Hehehe..memang pun :)
Saturday, April 30, 2011
Friday, April 29, 2011
Rendang Kerang
Assalamualaikum dan Selamat Malam
Alhamdulillah selamat dah sampai kat kampung kelmarin.Betapa nikmatnya berada di kampung halaman.Balik kampung best tapi merupakan godaan yang paling bahaya untuk diet aku.Sebab kat umah nak apa-apa pun senang.Anyway,alhamdulillah diet say NO to rice aku telah memasuki hari ke ke-18 hari ni.Harap-harap berjayalah.Walau bagaimanapun actually dietku sedikit tersasar sikit hari ni sebab aku makan makanan yang bersantan.Hari ni aku masak rendang kerang,lala masak lemak,kangkung goreng belacan,asam pedas ikan kerisi dan ayam goreng(untuk si kecik tu).Teringin sangat nak makan rendang kerang.Kalau kat sana susah sikit nak jumpa yang betul-betul sedap.So semalam alang-alang g Tesco beli barang-barang dengan tokwan dan si kecik tu aku beli kerang sekali.Lepas tu pagi tadi pergi pasar pagi beli daun kunyit.Then masak untuk lunch.Puas hati sangat3 sebab akhirnya dapat gak makan.
Rendang Kerang
Kangkung Goreng Belacan
Lala Masak Lemak
It seems like I have to be more strict about my diet after this.If not,I'm afraid if I cannot achieve the target.Okehlah nak g layan citer Running Man.See you later.Selamat berhujung minggu.
Wednesday, April 27, 2011
Aku Terima Nikahnya
Aku Terima Nikahnya,Bercinta Sampai Ke Syurga dan Murabbi Cinta merupakan karya tulisan Hasrizal Abdul Jamil.Buku-buku ini terhasil daripada pengalaman beliau sendiri dalam mencari cinta yang sejati dan diredhai.Bagi aku buku-buku ni bagus sebab mengandungi pelbagai nasihat dan teladan yang boleh kita ambil sebagai panduan dalam kehidupan kita.Terutamanya bagi anak-anak muda sekalian.Cinta bukan lahir dari nafsu atau dari penilaian fizikal semata-mata.Tapi ia lahir dari hati yang tulus dan ikhlas.Perkahwinan bukanlah suatu mainan atau percaturan.Tapi ia adalah penyatuan dua hati yang saling memahami.Perkahwinan ialah saling memberi dan menerima.Pasangan mestilah memainkan hak dan peranan masing-masing dengan baik demi menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga.Setakat ni hanya buku Murabbi Cinta je yang belum aku baca.Belum berkesempatan nak beli lagi.Mungkin kalau sempat dekat airport jap lagi aku beli.Buku Aku Terima Nikahnya aku beli dan baca masa aku praktikal awal tahun 2009 .Kemudian aku beli pula buku Bercinta Sampai ke Syurga.Thank to EB inform aku tentang kewujudan buku Murabbi Cinta.If not,aku memang tak tahu ada sambungannya lagi.Korang boleh juga baca blog Ustaz Hasrizal ni at saifulislam.com
"Tarikh bertunang dah dipersetujui.Cuma mak nak tanya sesuatu.Sudahkah kamu melihat tuan empunya diri?"
"Belum ,Mak,"saya menjawab sambil tersenyum.
Mengandungi kisah alam rumahtangga dan nasihat yang tersendiri menyentuh hati,geram,sinis,lucu,marah....
Sinopsis:Andai CINTA ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya? Cinta menjadikan manusia suka disuruh. Agar dengan cinta itu kita suka disuruh lagi disuluh. Namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah. Cinta menjadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada sesama hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri. Buang emak, buang saudara, kerana cinta yang bukan lagi cinta. Lautan api sanggup direnangi, ikrar pencinta yang sudah gila dibius cinta. Hingga api neraka hilang gerunnya. Cinta semalam menjadikan umat Islam umat yang hebat. Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam. Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta. Justeru dalam medan yang pelbagai itu, ustaz ini memperjuangkan cinta. Cinta yang diteladani daripada seorang Nabi. Seorang Murabbi. MURABBI CINTA.
Monday, April 25, 2011
Asam Pedas Ayam
Arini tetiba rasa nak makan asam pedas ayam.Pe lagi terus bersiap then g tesco cari bahan-bahannya.Balik tu terus prepare bahan-bahan dan terus masak.Jom tengok pe bahan-bahan yang diperlukan.
Asam Pedas Ayam Cikngah
Bahan-bahannya
# Dada ayam(dipotong dadu)
# Daun kesum
# Carrot (dipotong serong)
# Bunga Kubis
# Bendi
# Cili padi (ditumbuk pecah-pecah)
#1 paket perencah asam pedas Adabi
Cara-cara membuatnya:-
1) Masukkan air,carrot,cili padi dan perencah asam pedas Adabi ke dalam periuk.Kemudian biarkan sehingga carrot empuk 50%.
2) Then,masukkan ayam,daun kesum dan bendi.Apabila ayam hampir masak masukkan bunga kubis.Masukkan garam secukup rasa.Biarkan seketika dan padamkan api.
# Dada ayam(dipotong dadu)
# Daun kesum
# Carrot (dipotong serong)
# Bunga Kubis
# Bendi
# Cili padi (ditumbuk pecah-pecah)
#1 paket perencah asam pedas Adabi
Cara-cara membuatnya:-
1) Masukkan air,carrot,cili padi dan perencah asam pedas Adabi ke dalam periuk.Kemudian biarkan sehingga carrot empuk 50%.
2) Then,masukkan ayam,daun kesum dan bendi.Apabila ayam hampir masak masukkan bunga kubis.Masukkan garam secukup rasa.Biarkan seketika dan padamkan api.
Asam Pedas Ayam Cikngah
Tak sabar nak menikmati asam pedas ni.Oh ye,lupa nak beritahu korang.Kalau korang nak asam pedas yang lebih sedap lagi macam ni caranya.Mula-mula korang panaskan minyak,then tumis bawang merah dan halia yang telah dikisar sehingga kekuningan.Kemudian masukkan perencah asam pedas Adabi,tumis sehingga pecah minyak.Then baru korang masukkan air dan semua bahan yang aku dah beritahu tadi.Resipi yang aku bagi tadi tu simple je.Sebab kat sini aku tak de blender so tak bolehlah nak kisar bahan-bahan tu.Kalau nak mayang bawang-bawang tu tak sedap.Oklah ye nak g makan ni.Bubye!!
Sunday, April 24, 2011
Lazy Day
Assalamualaikum dan Salam Hujung Minggu
What a lazy day today
Rasa malas and tak de mood nak wat kerja
but i have to do it by hook or crook
because this coming wednesday wanna go home
Yeahh..kota bharu here i come
Tak sabar nak balik rumah
Chayok!!mari berusaha membuat kerja
walaupun hati mengatakan sebaliknya :-)
Rasa malas and tak de mood nak wat kerja
but i have to do it by hook or crook
because this coming wednesday wanna go home
Yeahh..kota bharu here i come
Tak sabar nak balik rumah
Chayok!!mari berusaha membuat kerja
walaupun hati mengatakan sebaliknya :-)
Saturday, April 23, 2011
Running Man
Assalamualaikum
Sape tengok Running Man???Lately ni i'm crazy with Running Man Korean game show.Serius memang addicted!!Bestlah pulak bila tengok diaorang main.Game ni melibatkan pelakon,penyanyi,MC,comedian.Every week diaorang ada tetamu jemputan diaorang.Pasukan yang kalah akan kena denda.Antara dendanya ialah pakai hot pants then naik bas balik umah.Korang bayangkanlah diaorang dahlah public figure bila kena wat macam tu mestilah malu giler kan.Semua orang pandang.Tapi diaorang memang sporting.Tabik springlah kat diaorang!!Kalau aku jadi diaorang jangan haraplah nak buat.Tak sanggup!!
Antara peserta tetap Running Man
Dalam ramai-ramai ni kan aku paling suka Jong Kook.Umur dia 34 tahun.Isnin ni besday dia.Yeahh...Badan dia pergh...memang mantap beb!!!Jongkook ni seorang penyanyi.
Oh my Jong Kook
Ni Jong Kook masa awal-awal pembabitan dulu.Kurus je.Tapi sekarang..gagah perkasa ;)
Lagi sorang yang aku suka ialah Gary.Mamat ni memang cool je.Tapi selalu je tak bernasib baik dalam game ni.Aku suka tengok dia dalam game ni especially masa dia kena kacau dengan opposite team.Sebabnya dia jenis orang tak leh ganggu dia bila dia tengah wat something.Kalau ganggu gak habisla.Hehehe...
Sape lagi encem???
Banyak lagi episod yang aku lom tengok.Ni baru tengok 1/3.Kalau nak habiskan semua sekali memang tak wat kerjalah aku jawabnya.Tu yang aku tengok sikit-sikit je dulu.Okehlah jumpa lagi di entry akan datang.Selamat menidurkan diri.Mimpi yang indah-indah ye :-)
Friday, April 22, 2011
Kecundang Jua
Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari
Hai semua...dah lunch ke?Arini aku lunch dengan KFC.Dah beberapa hari dah mengidam nak makan.Tapi asyik postpone je demi menjaga potensi diet tanpa nasiku yang sudah memasuki ari ke-12.Tapi arini,dietku kecundang jua.Apabila aku telah memesan satu set Snack Plate beserta dengan air mountain dew.Aku tewas!!!Dahlah makan ayam goreng minum pulak minuman berkarbonat.Tapi aku rasa pembaziran telah berlaku.Sungguh tidak dapat dielakkan apabila hanya satu ketul KFC spicy dan satu scoop kentang putar.Satu scoop kentang putar lagi+seketul roti+sekeping ayam hanya ditinggalkan begitu sahaja.Serius dah tak larat nak makan.Kenyang sangat2.Kalau bawak balik pun memang aku takkan makan dah.Mungkin sebab before g makan KFC aku telah minum 800 mL air kosong.So cepatlah kenyang kan.Yeah...berjaya.So taktik ni boleh diapply sebelum mengambil sebarang makanan berat.Sama juga dengan makan buah dahulu sebelum makan benda lain.Tapi orang kita,buah dijadikan sebagai desert.Sebenarnya ini adalah budaya barat dan ia bertentangan dengan ajaran Rasulullah s.a.w.Sebab itulah sepanjang hayat baginda tidak pernah sakit.Tapi mengapakah kita sebagai umatnya tidak mahu mengikuti sunnah baginda?Mesti baginda sedih melihat keadaan umatnya ketika ini.Untuk info lebih lanjut tentang ini sila klik:-
# Makan buah sebelum makan nasi
# Adab Makan
# AdabMakanRasulullah
# AdabMakanMengikutAl-Quran&Sunnah
Info lain
# Kentang Putar
# KFC Vs Diet
Okehlah nak g sambung wat kerja.Selamat bekerja!!
# Adab Makan
# AdabMakanRasulullah
# AdabMakanMengikutAl-Quran&Sunnah
Info lain
# Kentang Putar
# KFC Vs Diet
Okehlah nak g sambung wat kerja.Selamat bekerja!!
Thursday, April 21, 2011
Kerja Oh Kerja
Assalamualaikum dan Selamat Malam
Mata dah mengantuk teramat sangat ni.Dah berair-air pun.Rasa nak tidur je kat meja ni.Tapi tak boleh terpaksa tahan sebab nak tunggu rancangan Perfect Match pukul 11 kat ntv7.Tu pun belum tentu lagi mampu bertahan.Sebabnya sehari dua ni memang penat sangat.Banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum balik kampung minggu depan.Semalam pun pukul 10lebih dah tidur.Hari ini dalam sejarah tu tidur awal.Hujung minggu ni pun nampak gayanya dah tak boleh nak relax2 sangat.Nak kena siapkan experiment dan 2 papers untuk disubmit minggu depan.By hook or crook memang kena siapkan juga.Terpaksa bekorban asalkan boleh balik kampung dengan tenang.Say NO to WORKS at home.Sejak umur dah jubli perak ni cepat sangat rasa penat dan tak bertenaga.Dulu masa muda2 kalau mengadap lappy for the whole day memang takde hal la.Tapi kalau sekarang,erm cepat je rasa letih.Macam mana agaknya aku dalam 5@10 tahun akan datang.Agaknya mesti lagi teruk.Erm,oklah rasanya tu je entry kali ni.Dah tak boleh pikir dahni nak tulis pe.Good nite
Wednesday, April 20, 2011
Hrithik Roshan dan Kareena Kapoor
Assalamualaikum dan Selamat Malam
Malam ni kita layan lagu-lagu Hindustan dari filem lakonan Hrithik Roshan dan Kareena Kapoor.Jom layanzz lagu Sanjana...I Love You dalam cerita Main Prem Ki Deewani Hoon
Ni pulak lagu Oh My Darling I Love You dalam filem Mujhse Dosti Karogi
Selamat berhibur :-)
Tuesday, April 19, 2011
Liga Super 19 April 2011
Assalamualaikum dan Salam 1 Bola
Korang tengok bola tak Liga Super tadi?Aku tak tengok tapi aku ikutilah perkembangan dari blog-blog orang.Sanggup g dating ngan Encik Google cari blog2 yang bagi info pasal bola ni.Semangat gila duk refresh2 sebab nak tengok jumlah gol terkini.Maklumlah kat hostel mana ada astro.Walaupun kat astro pun takde live game kelate ni tapi sangat sadis gak lah...Akhirnya...akhirnya Kelantan menang dengan jaringan sebanyak 5 gol.Ambo suko sangat!!Dapatlah juga Kelantan memperbaiki kedudukan setelah berada pada kedudukan keempat pada perlawanan yang lepas.
Di bawah adalah kedudukan Liga Super yang terkini.Aku dah siap bulatkan dah :-)
Pic: Credit to Budak Nakal
Di bawah adalah kedudukan Liga Super yang terkini.Aku dah siap bulatkan dah :-)
Pic: Credit to Budak Nakal
Kalau korang nak tau dulu2 aku memang tak minat bola.Tapi sejak tahun lepas aku memang minat bola.Ayah aku memang awal2 lagi akan turun tengok TV kat bawah sebab dah tau dah mesti aku nak tengok bola punya kat tv atas.Kalau nak makan tu pun aku sanggup tunggu.Kadang2 tu sampai tak termakan sebab lambat bola habis.Sampaikan tokwan pun join sekali aku tengok bola.Sanggup tokwan postpone waktu tidur semata2 kerana Kelantan lawan.Hehehe...Tapi kalau Kelantan perform jelah.If bolasepak luar negara takde nya aku nak layan.Yang tu aku lebih rela tidur dari duk melayan.Anyway,tq untuk blog-blog yang sudi share info tentang perlawanan arini.Sesungguhnya info kalian amatlah berguna untuk insan yang daif tanpa astro seperti diriku ini.Hehehe...
Million and trillion of thanks to:-
Ikan Tongsan
Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari
Apa khabar??Dah lunch ke??Aku baru je sudah lunch dengan ikan tongsan masak sambal dan sayur kangkung goreng.And as usual say NO to rice.Lauk ni aku beli kat kafe je.Mula2 ingatkan nak masak bihun sup je tapi macam malaslah pulak.Tu yang decide g beli kat kafe je.Dulu aku memang tak pernah langsung makan ikan tongsan ni.Tapi sejak duk hostel ni makcik kafe asyik masak ikan ni dan ikan keli je.Disebabkan aku tak makan ikan keli so aku beli jelah ikan tongsan ni.Untuk pengetahuan korang semua,dari pemerhatian aku kalau sekali imbas kulit ikan tongsan ni macam ikan siakap.Bezanya isi ikan ni lebih lembut dan lebih banyak tulang dari ikan siakap.Penat gak lah aku duk belek2 tulang tadi.Isi ikan tongsan ni pula lebih kurang cam isi ikan patin.Tapi tak samalah.Ikan tongsan merupakan sejenis ikan air tawar.Umpan dedak dipercayai umpan yang paling sesuai untuk memancing Encik Tongsan ini.Sila jenguk blog2 di bawah ini untuk info yang lebih lanjut.
Monday, April 18, 2011
Santapanku
Assalamualaikum dan Selamat Malam
Apa khabar semua?Dah makan malam belum??Kali ni aku nak kongsi menu dietku untuk arini.Alhamdulillah arini telah memasuki ari kelapan diet tanpa nasi aku.Ni lah santapan petang+malamku.Lunch tak de.Sebab pagi before g kampus tadi dah makan 2 keping roti bakar.Then balik kampus dalam kul 4 petang aku prepare apa2 yang patut untuk masak ikan ni.Kul 4.30 dah boleh makan.Menu masakan kali ni ialah Limau Ikan Kembung Rebus.
Cara membuatnya sangat simple.Sesimple ABC.Hehehe...Mula-mula,didihkan air,kemudian masukkan hirisan bawang merah,bawang putih,halia,serai yang telah diketuk,dan juga perahan air limau.Kemudian masukkan carrot.Jangan lupa garam dan sedikit gula secukup rasa.Apabila carrot dah 70% empuk masukkan bunga kubis dan ikan.Biarkan sehingga ikan masak dan padamkan api.Siap untuk dimakan.Yummy...Erm,tengah pikir menu untuk esok.Sama ada nak g beli sup daging kat pasar malam or just masak tomyam ayam.Oh mana satu pilihanku @_@
Apalah Nasibku
Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari
Pagi ni malang sungguh nasibku.Pagi tadi masa nak datang kampus.Tiba-tiba lak kereta tak leh start.Takkan bateri habis kot baru je tukar masa bulan Ogos 2009.Try start lagi.Tak boleh juga.Sah!!out of batery!!Tetiba aku teringat kat lampu kereta.Terus check!!Rupa2nya aku terlupa tutup lampu kereta masa balik muet ari sabtu aritu.So ni memang salah aku lah kan.Aduhai masalah ni.Dahlah ada meeting kul 11.Terpaksalah mintak tolong Fiza nak jumperkan kereta aku ke kereta dia.Nasib baik ayah dah sediakan jumper dalam kereta tu.So tak payah susah2 nak tolak2 kereta.Jumper je senang.Terus boleh start.Then terus call orang tu cancel meeting sebab dah lambat.Dan aku pun g la kat workshop nak minta tolong dia check bateri power.Still available to be use or not.Alhamdulillah mungkin rezeki aku kot,orang tu cakap bateri still boleh digunakan lagi.Dia siap beritahu lagi lain kali jangan buat macam ni lagi.Baik bang!!Saya terlupa.Serius!!Sebab masa balik muet aritu hujan lebat.Semalam lak memang tak guna kereta.Anyway,apa2 pun sekarang aku sudah selamat sampai ke kampus.Ini pengajaran yang tersangat berguna buat aku supaya next time jangan lupa tutup lampu!!
Sunday, April 17, 2011
Contest "Aku dan Kaca Mata'
Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari
Dah lama rasanya aku tak join contest.Semalam aku ditag oleh encik EB untuk join contest "Aku dan Kaca Mata".Tq EB!!Contest ni dianjurkan oleh Farah VaVaVooM.Kalau nak tau syarat2 peraduan klik gambar kat bawah ni.
Dan kat bawah ni lak gambar aku bersama dengan cermin mata kesayanganku.Aku sayang sangat sebab cermin mata ni lah yang banyak berjasa kepadaku time driving waktu panas.Kalau tak de cermin mata ni bertambah sepetlah mataku yang sedia sepet ini.Hehehe...
Oklah aku nak tag
Syak
Zoey
Nelly
dan aku amat berbesar hati kalau bloggers lain pun nak join contest ni.The more the merrier!!!
Good luck :-)
Medeka!!!
Yeah..aku dah merdeka muet!!!!Bosan weh every sem aku ambik muet.Sebabnya kat Fac aku kalau nak grad master/phd kena dapat band 5.Ayooo..manyak susah ma.Masuk kali ni dah kali keempat aku ambik muet.3 kali tak lepas band 5.Duk maintain kat situ gak.Harap2 yang kali ni punya adalah improvement sikit.Erm..muet semalam bagi aku oklah kot.Cuma reading tu susah sikit.Writing&listening is much more better then the previous.
Friday, April 15, 2011
Gembira selepas Kecewa
Assalamualaikum...selamat malam semua
Alhamdulillah diet tanpa nasi aku telah berjaya memasuki hari kelima hari ni.Tapi ada satu benda yang aku idam-idamkan belum tercapai.Dalam entry LEPAS aku ada beritahu yang aku teringin sangat2 nak makan sup tapi malas nak kuar kan.So tengah hari tadi aku ajak Yani g kedai mamak sebab teringin sangat nak makan sup.Tapi sayangnya orang tu cakap sup ada waktu malam je.Pe lagi...hancur hatiku.Mengenang dikau menjadi keping2 setelah kau pergi dalam mimpiku...hahaha...suka suki je aku ubah lirik lagu Ahmad Band ni.Tapi serius aku memang frust sangat tak dapat sup..Mengidam wooo...Dah tak de bihun sup aku pun order mee rebus.Pun tadak jugak!!!Haiya....tutup kedailah gini.Kat menu ada tapi bila minta tak de.Malas nak pikir panjang aku order je kuew tiau goreng.Then ambik papadom sikit.Tapi sayangnya kuew tiau tu separuh je aku makan.Papadom pun ada lagi hah duk dalam kereta tu.Tak habis.Sebab dah kenyang sangat2.Cian kuew tiau tu menangis.Maafkan aku Cik Kuew.Cik Perut sudah kenyang sangat.Yani pun dah tak larat nak tolong habiskan.Tapi keinginan nak makan sup tetap ada.So aku plan nak g pasar malam dengan Yani beli sup daging.Tapi sekali lagi hatiku menyanyikan lagu Ari Lasso..hampa...terasa diriku tanpa dirimu apabila langit tanpa segan silu menangis sepuas2 hati membanjiri bumi dengan banyaknya.Hujan!!!sangat2 lebat.Dan aku terpaksa cancel untuk g pasar malam.Jadi aku decide nak wat sup sendiri.Then aku g Tesco beli apa2 dan patut and inilah hasilnya.
Cik Carrot wajib ada!!!
Senang!!Baru puas hati!!Resepinya lebih kurang dengan entry Menu Diet.Bezanya kali ni aku menggunakan 2 keping kiub daging Knorr.Sebabnya kiub daging kurang "kaw" kalau letak satu je.Tapi aku still tak letak garam dalam bihun sup ni.Oklah tu je cerita untuk entry kali ni.Esok aku Muet lagi listening and writing.Korang doakan aku tau..Bubye...
Nota dahi:Tapi aku tetap nak makan sup daging jugak!!!Kan best kalau ada orang belanja ;p
Thursday, April 14, 2011
Jom Dinner!!
Aku baru je pas dinner Maggi kerang ni.Actually teringin nak makan sup tapi malas nak g keluar beli.So ini jelah yang mampu.Kalau lapar lagi nanti aku makanlah biskut Weetamel jacobs tu cicah milo.
Resepi Maggi kerang ni senang je.Mula2 dididihkan air.Lepas tu masukkan carrot dan bawang putih.Apabila carrot dah masak masukkan maggi dan kerang.Siap!!Oklah nak g tengok cerita Golden Phoenix kat tv2 Hidup di Sanyuan.Bubyee...
Roti Bakar
Assalamualaikum dan Selamat Pagi
Arini aku bz sikit sebab ada banyak kerja yang nak diselesaikan.So kena la ambik sarapan kan baru ada tenaga nak buat kerja.Sarapan pagiku arini adalah sebiji pil VCO dan 3 keping roti bakar.Tapi 2 keping je baru habis sekeping lagi tu tak larat dah nak habiskan.Tulah tamak sangat tadi.Hehehe...
Wednesday, April 13, 2011
Menu Diet
Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari
Apa khabar semua?Dah lunch ke??Aku baru je siap lunch dengan Sup Sayur Ayam Knorr.Nak tau resepinya??Jom aku share dengan korang.Di bawah adalah bahan2 dan cara2 membuatnya.
Bahan-bahan:-
- Sekeping dada ayam (dipotong kecik2)
- 1 1/2 batang carrot (dipotong serong)
- 5 ulas bawang putih (ditumbuk pecah-pecah)
- 3 biji ubi kentang mini dipotong dua
- 1 keping kiub pati ayam Knorr (depends pada kuantiti air yang digunakan)
Cara-caranya:-
1) Panaskan air sehingga mendidih
2) Masukkan kiub pati ayam Knorr dan ubi kentang tadi dan biarkan sehingga ia empuk.Apabila ubi kentang dah empuk dalam 80% masukkan carrot .
3) Kemudian masukkan ayam dan ubi kentang yang telah ditumbuk td.Biarkan seketika sehingga ayam masak dan padamkan api.Siap!!!
Sup Sayur Ayam Knorr
Senang je.Simple je kan cara-cara membuatnya.Opss...lupa nak beritahu korang satu benda.Jangan letak garam tau dalam Sup Sayur Ayam Knorr ni.Sebab kiub pati ayam Knorr ni dah masin.Karang kalau korang letak garam tak boleh makan lak.Tapi apa2 pun rasalah dulu ye before nak letak garam tu.Oklah selamat mencuba!!
Tuesday, April 12, 2011
Bulan dan Bintang
Assalamualaikum dan Selamat Pagi
melukiskan corak-corak terindah
cahaya bulan menerangi malam yang kelam
menjadikan suasana malam indah berseri
Oh bintang sampaikan rinduku padanya
Bulan..kirimkan titipan kasihku buatnya
Moga suasana yang indah ini
mampu menceriakan diriku
yang kerinduan tanpanya
Walaupun diriku jauh darinya
namun hatiku tetap padanya
biarlah bulan dan bintang menjadi saksinya
bukti kasih sayangku padanya
Arini mood nak berpuisi datang.Sebabnya aku takde cerita menarik yang nak dikongsikan.Sorilah yer kalau korang rasa jiwang karat je baca puisi ni.Ni idea spontan.Sebab aku rindu sangat kat family aku.So puisi ini adalah sebagai luahan hatiku.
Bintang-bintang berkerdipan di langitmelukiskan corak-corak terindah
cahaya bulan menerangi malam yang kelam
menjadikan suasana malam indah berseri
Oh bintang sampaikan rinduku padanya
Bulan..kirimkan titipan kasihku buatnya
Moga suasana yang indah ini
mampu menceriakan diriku
yang kerinduan tanpanya
Walaupun diriku jauh darinya
namun hatiku tetap padanya
biarlah bulan dan bintang menjadi saksinya
bukti kasih sayangku padanya
Ma,ayah,adik,abe,along,haikal,tokwan,makteh..rindu...rindu..rindu.Tak sabar nak balik rumah!!
Monday, April 11, 2011
Our Lovely Rabbits
Assalamualaikum dan Selamat Malam
Yeah...speaking MUET dah habis.Leh enjoy seketika sebelum bertarung untuk writing and listening this Saturday.Dup dap dup dap berdebar jantungku.Sebab dah lama ni tak writing.Kene open book and revise balik ni pe yang dah belajar.Hehehe..Lupakan seketika cerita MUET itu.Malam ni aku nak kongsi-kongsi cerita tentang binatang peliharaan adik lelakiku ni.Adik aku yang sorang ni memang minat bela-bela binatang ni.Kat umah tu ada ayam kampung,burung puyuh,burung baji,burung merpati,burung merbah,rabbit.Haa..semua tu dia bela.Banyakkan??Manakala adik perempuanku pulak bela hamster.Dan assistantnya adalah tokwan dan makteh.Hehehehe.Pagi-pagi sebelum dia pergi kerja dia akan bagi binatang peliharaan dia makan dulu.Kecuali hamster adik perempuanku bagi makan pada waktu malam dan ayam kampung tokwan@makteh bagi makan pada waktu pagi.Balik kerja lak lepas tukar baju dan solat dia akan sambung jenguk-jenguk pets dia ni.Kebetulan sorang pakcik aku ni pun sama minat dengan dia hah makin menjadi-jadilah.Bos(pakcik) bagi modal wat rumah binatang2 ni adik aku yang buat sendiri.Rumah kitaorang tu dah penuh dengan rumah pets ni.Nanti lau aku balik kampung aku snap gambar rumah2 "kawan-kawan" dia ni eh.Malam ni kita layan je dulu gambar2 rabbit yang cute mute ni.Dah berbelas-belas ekor dah rabbit dia.Aku je yang tak pernah pegang.Aritu ada try2 gak tapi yerkss..geli geleman i pegang badan dia.Nak tarik telinga pun geli juga.Hihihi...Layanz....
Sunday, April 10, 2011
Sabtu Yang Pack
Assalamualaikum dan Salam Hujung Minggu
Semalam memang weekend yang pack tapi best.Actually pada asalnya aku plan nak g Jalan TAR nak cari shawl.Almaklumlah aku ni memang suka shawl-shawl ni.Cam dah bosan shopping kat Nilai 3 nak gak g shopping kat sana sambil menghabiskan duit.Hehehe...Tapi sayangnya tak de rezeki aku nak g sana.Sebab tetiba Kak Lyea sms(my friend from Sarawak) sms cakap dia nak datang Nilai 3.Aku pe lagi bangun terus mandi dan siap-siap.Sebab memang susah sangat nak jumpa ngan Kak Lyea ni.Ni pun dia turun kL dengan hubby dia 2 hari je.Sabtu datang pagi Ahad nak balik Miri semula.Diaorang datang sini sebab nak beli barang-barang untuk butik dia kat sana.Lama gaklah kitaorang temankan Kak Lyea and hubby dia shopping.Seronok pulak tengok dia shopping especially masa beli baju kurung.Sampaikan aku pun rasa nak beli je sekali baju kurung yang lawa-lawa tu.Tapi tak boleh terpaksa kawal nafsu.Sebab aku masih ada lagi beberapa pasang baju yang belum dipakai.Duk terperap je dalam almari tu.Hehehe...
Ni lah Kak Lyea.Still cun walaupun dah ada anak dua.Dulu masa mula-mula kenal dia aku belajar kat Matrik lagi dan aku ingatkan Kak Lyea belum kahwin tapi lagi rupanya dah ada anak satu masa tu.Alhamdulillah kini sudah 8 tahun usia persahabatan kami.Walaupun jauh,tapi kitaorang tetap keep in touch :-)
Malam tu pulak kitaorang g tengok cerita CUN kat Alamanda dengan Ayu and Yani.Kalau ikutkan hati aku dan housemate memang dah penat sangat.Tak larat dah sebab hampir seharian berjalan dahlah time tu panas.Dah nak terlelap pun masa tunggu diaorang datang ambil.Tapi disebabkan dah berjanji terpaksa gagahkan juga pergi sana.Tapi serius cerita CUN sangat best.Korang takkan menyesal kalau tengok cerita ni.Cerita ni banyak mengisahkan tentang nilai-nilai kasih sayang dalam sebuah keluarga,persahabatan dan cinta.Dan bagaimana seseorang tu sanggup membuat apa sahaja demi mengejar rating rancangan terbitannya.Walaupun cerita ni kelakar tapi ada gak part-part sedih yang membuatkan aku mengalirkan air mata tanpa disedari.Aku perasan Ayu duk tengok-tengok aku.Maybe dia nampak aku kesat air mata kot.Tapi aku buat2 tak tahu je.Hahahaha...dah memang betul2 sedih pun kan.Takkan nak ketawa lak.Hehehe..Oklah sampai sini dulu entry kali ni.Jumpa lagi.Bubyee!!
Malam tu pulak kitaorang g tengok cerita CUN kat Alamanda dengan Ayu and Yani.Kalau ikutkan hati aku dan housemate memang dah penat sangat.Tak larat dah sebab hampir seharian berjalan dahlah time tu panas.Dah nak terlelap pun masa tunggu diaorang datang ambil.Tapi disebabkan dah berjanji terpaksa gagahkan juga pergi sana.Tapi serius cerita CUN sangat best.Korang takkan menyesal kalau tengok cerita ni.Cerita ni banyak mengisahkan tentang nilai-nilai kasih sayang dalam sebuah keluarga,persahabatan dan cinta.Dan bagaimana seseorang tu sanggup membuat apa sahaja demi mengejar rating rancangan terbitannya.Walaupun cerita ni kelakar tapi ada gak part-part sedih yang membuatkan aku mengalirkan air mata tanpa disedari.Aku perasan Ayu duk tengok-tengok aku.Maybe dia nampak aku kesat air mata kot.Tapi aku buat2 tak tahu je.Hahahaha...dah memang betul2 sedih pun kan.Takkan nak ketawa lak.Hehehe..Oklah sampai sini dulu entry kali ni.Jumpa lagi.Bubyee!!
Friday, April 8, 2011
GA Contest Polka.eSpadrilla
Assalamualaikum dan Selamat Pagi
Arini demam aku dah much more better than yesterday.Dah boleh bangun.Kalau tak semalam tu aku tidur je sebab tak larat sangat.Pagi ni aku nak join GA dari adik Qish. Syarat-syarat peraduan adalah seperti dalam banner di bawah.Klik banner ni untuk sertai GA contest Qish
untuk memenuhi syarat peraduan aku nak tag
dan semua blogger lain
Jom join contest ni ramai2
Kalau menang leh dapat duit :-)
Thursday, April 7, 2011
Mari Makan Ubat
Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari
Apa khabar semua?Sihat?Arini kesihatan aku bertambah merosot.Kalau semalam batuk dan selsema je tapi arini tambah lagi dengan demam dan sakit tekak.Habis sakit2 satu badan.Ingat nak g klinik esok je tapi kalau dibiarkan makin banyak kerjaku yang bertangguh.Jadi,erpaksa minta tolong Fiza bawak g klinik sebab tak larat nak drive.Dan hasilnya 5 ubat aku kena makan.Batuk,selsema,demam,antiotik dan sakit tekak.
Oklah nak g makan ubat pastu tidur.Harap2 petang ni lenguh2 badan dah kurang dan boleh drive sebab dah janji ngan sorang ni nak g tengok umah dia petang ni.Rasa macam tak sedap hati je nak cancel.Jumpa lagi di entry akan datang.Selamat bekerja!!
Wednesday, April 6, 2011
Selsema Lagi
Assalamualaikum dan Selamat Malam
Arini ari kedua aku selsema.Tapi arini makin teruk.Semalam cam ok je.Mungkin sebab semalam aku makan durian yang dibeli kat pasar malam.Pagi tadi terus tak leh tidur batuk2 nak bernafas pun susah.Suara pun romantik dan seksi je ni ha.Kalau menjerit confirm takde suara terus.Hehehe...Ubat dah beli tapi lom makan lagi.Alahai..lemahlah pulak antibodi badan aku ni.Biasa akulah yang paling susah nak demam or selsema even kena hujan sekalipun.Dalam tahun ni je ni kali kedua aku selsema.Adakah ini petanda yang aku sudah tua???Oklah tak larat dah nak taip panjang-panjang.Jumpa lagi di entry akan datang.Selamat malam semua.
Tuesday, April 5, 2011
I'm Back!!
Assalamualaikum dan Selamat Petang
Dah bersawang dah hah blog aku ni.Dah lama tak update blog.Sori ye semua.Biasalah bila balik kampung memang jarang online.Nak buka laptop tu memang rasa malas giler.Apatah lagi balik kali ni banyak benda yang nak kena settle kan.Kejap je rasa seminggu balik kampung.Pejam celik pejam celik arini dah ada kat Nilai.Nak jumpa kawan-kawan lama pun tak sempat.Padahal aritu dah roger-roger.Aiiyaa..selalu memang cam ni lah.Bila dah plan awal2 mesti tak jadi.Ada je benda yang menghalang.Tapi kalau on the spot punya plan cepat je jadi.Oklah semua.Nak siap-siap g pasar malam lak ni.Sebelum tu jom layan lagu Kalau Berpacaran untuk menghiburkan hati.Lagu ni anak buah aku suka sangat.Kalau pasang lagu ni tengah main pun dia berhenti.Layanzz...