Wednesday, October 27, 2010

Kelebihan Surah-Surah Dalam Al-Quran

Td aku tgk tv cite Ilmu Ghaib.Kali ni dia cite pasal kes adik balkis kt Terengganu tu.Ustaz tu suh amalkan Surah As-Saffat untuk memelihara kita semua daripada jin.Antara kelebihan surah2 al-Quran yg lain adalah seperti di bawah:

  • Surah Al Baqarah – Ayat 285 – 286 : Baca sebelum tidur, terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
  • Surah Ali ‘Imran – Ayat 1 – 3 : Baca, akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin
  • Surah Ali ‘Imran – Ayat 16 : Baca untuk memohon keampunan dari Allah s.w.t.
  • Surah Annisaa’ – Ayat 75 :Insya-allah terselamat dari kejahatan para penjahat.
  • Surah Al Maidah – Ayat 7 : Baca 3 hari berturut-turut selamat dari was-was masa wudhu dan solat.
  • Surah Al Maidah – Ayat 89 – 101 : Baca dalam air dan beri minum pada orang yang berdusta, nescaya tidak akan bercakap dusta lagi
  • Surah Al An’aam : Baca 7 kali akan terhindar dari segala bala bencana
  • Surah Al An’aam – Ayat 63 – 64 : Dibaca oleh penumpang kapal akan terselamat dari karam dan tenggelam.
  • Surah Al A’Raaf – Ayat 23 : Baca tiap-tiap solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa.
  • Surah Al A’Raaf – Ayat 47 : Baca akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah.
  • Surah Al Anfal – Ayat 62 – 63 : Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusi
  • Surah Al Baraah/Taubah : Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman
  • Surah Al Baraah/Taubah – Ayat 111 : Baca di kedai atau tempat berniaga, nescaya akan maju.
  • Surah Al Baraah/taubah – Ayat 128 – 129 :Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang-ulang kali masih tidak mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir.
  • Surah Yunus – Ayat 31 : Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat
  • Surah Yunus – Ayat 64 : Nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk dan mengigau.
Oleh itu jadikanlah Al-Quran sebagai panduan hidup.Insya-allah hidup kita akan aman bahagia dunia akhirat dan tidak terpesong lagi landasan keimanan.Waallahualam...


***Sumber:My boyfriend is Mr.GOOGLE :)

No comments: