Tahun 1431H telah pun pergi meninggalkan kita semua
perginya x kan kembali
meninggalkan 1001 kenangan,kegembiraan,suka dan duka buat kita semua
arini tahun baru 1432H sudah mula menunjukkan muka
hujan rahmat membasahi bumi Nilai
sempena ngan tahun baru ni
semoga kita dapat menghijrahkan diri
dan meninggalkan sifat2 negatif
jadikanlah Muharram ini sebagai satu platform permulaan utk kita
meningkatkan keimanan&ketaqwaan kpd Allah s.wt
di samping urusan2 duniawi yg lain
mari kita menghayati maksud Muharram yang sebenarnya
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah ATAU Hijrah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah
(Al Baqarah: 91)
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
Doa awal thn:-
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram
Waktu membacanya:
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...
1)http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Muharam.html
2)http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/12/apakah-maksud-bulan-muharram.html
4 comments:
`salam maal hijrah cikngah...
slmt thn br utk awk jg...
salam tahun baru. Moga tahun ini, kite menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya,dan menjadikan tahun ini sebagai asas untuk kite lebih baik pada tahun-tahun selepasnya.. <3
slmmt thn br ahsfantasy24
Post a Comment