Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan
Ibarat laut dan pantai
Bagaikan lagu dan irama
Semua wanita ingin kelihatan cantik dan menawan
sepanjang masa
setiap detik dan ketika
Bagi yang berkemampuan,itu bukan menjadi masalah
kerana mereka boleh melaburkan duit yang banyak kepada
alat-alat kosmetik dan teknologi moden
Tapi bagaimana dengan mereka yang kurang berkemampuan??
Adakah mereka tidak berhak untuk cantik????
Jawapannya adalah TIDAK!!!
Kecantikan adalah hak milik setiap insan
Semua insan berhak untuk kelihatan cantik dan tertarik
Namun apakah cara yang boleh menjayakan impian
setiap wanita tanpa mengeluarkan modal yang banyak??
Pada entry kali ini aku ingin kongsikan tips-tips
yang pernah aku aplikasikan dalam hidup aku
dengan anda semua
Tapi ada gak yang aku ambik petua dari orang tua-tua
Jom kita tengok apakah tips-tips tersebut
1- Amalan minum air suam sebaik sahaja bangun dari tidur
di waktu pagi merupakan rahsia kejelitaan yang paling murah dan mudah.
2- Letakkan kedua2 jari telunjuk di bawah dagu.Kemudian,pusingkan ke pipi,hidung dan seterusnya ke dahi.Lebih afdal jika urutan ini
diiringi dengan selawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali
Inginkan bulu mata yang lentik tanpa bantuan maskara??Aku ada cara yang mudah dan percuma.Percuma bagi orang yang tanam pokok lidah buaya di rumahnya la..Macam aku.OPss...terangkat rumah sendiri lak.Hehe.OK caranya begini.Sapukan lendir lidah buaya pada mata anda sebelum tidur.Lakukannya berterusan sehingga anda mendapat kelentikkan yang diingini.
Ambil beberapa helai daun pandan dan 2 biji limau nipis yang diambil airnya.Kisar daun pandan tersebut dan lumurkan ke atas kepala.Biarkan seketika.Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.Insya-allah
rambut anda akan cantik dan wangi.Jika daun pandan tiada,anda juga boleh guna lendir kangkung.Caranya ialah rendam kangkung dalam air dan ramas sehingga ia berlendir.Kemudian letakkan di atas kepala.Tapi aku tak berapa suka cara ni.Biasa letak santan dan garam je :-)
Tahukah kamu selain yogurt,putih telur juga boleh dijadikan sebagai masker muka.Caranya ialah sapukan putih telur ke muka anda.Kemudian letakkan tisu di atasnya.Biarkan sehingga kering dan tarik tisu itu perlahan-lahan.Ia juga boleh diamalkan dengan hanya meletakkan putih telur sahaja.Amalkan 3 kali seminggu dan anda akan lihat hasilnya.Dulu selalu juga buat tapi sekarang dah jarang :-)
Anda inginkan kulit kelihatan kemerah-merahan macam udang kena panggang??Ala macam Mat Salleh tu.Kulit diaorang kan merah.Aku ada caranya.Aku pernah buat masa zaman sekolah dulu dan terbukti memang berkesan!!!Caranya begini.Ambik hampas teh yang telah digunakan.Kemudian sapukan ke muka anda.Biarkan sehingga ia betul-betul kering.Amalkan setiap hari atau paling kurang 3 kali seminggu.Insya-allah dalam masa sebulan anda akan lihat hasilnya.
OKlah rasanya cukuplah untuk setakat ni sahaja
Insya-allah lain kali aku akan kongsi lagi dengan
anda semua
Diharapkan tips ini dapat membantu kalian
untuk kelihatan cantik dan berseri selalu
Kalau nak cantik jangan malas-malas ye :-)
Selamat Mencuba!!!

Rahsia Awet Muda

Melentikkan Bulu Mata
Inginkan bulu mata yang lentik tanpa bantuan maskara??Aku ada cara yang mudah dan percuma.Percuma bagi orang yang tanam pokok lidah buaya di rumahnya la..Macam aku.OPss...terangkat rumah sendiri lak.Hehe.OK caranya begini.Sapukan lendir lidah buaya pada mata anda sebelum tidur.Lakukannya berterusan sehingga anda mendapat kelentikkan yang diingini.
Mencantikkan dan mewangikan rambut
Ambil beberapa helai daun pandan dan 2 biji limau nipis yang diambil airnya.Kisar daun pandan tersebut dan lumurkan ke atas kepala.Biarkan seketika.Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.Insya-allah
rambut anda akan cantik dan wangi.Jika daun pandan tiada,anda juga boleh guna lendir kangkung.Caranya ialah rendam kangkung dalam air dan ramas sehingga ia berlendir.Kemudian letakkan di atas kepala.Tapi aku tak berapa suka cara ni.Biasa letak santan dan garam je :-)
Masker muka
Tahukah kamu selain yogurt,putih telur juga boleh dijadikan sebagai masker muka.Caranya ialah sapukan putih telur ke muka anda.Kemudian letakkan tisu di atasnya.Biarkan sehingga kering dan tarik tisu itu perlahan-lahan.Ia juga boleh diamalkan dengan hanya meletakkan putih telur sahaja.Amalkan 3 kali seminggu dan anda akan lihat hasilnya.Dulu selalu juga buat tapi sekarang dah jarang :-)
Kulit muka merah bak udang kena panggang
Anda inginkan kulit kelihatan kemerah-merahan macam udang kena panggang??Ala macam Mat Salleh tu.Kulit diaorang kan merah.Aku ada caranya.Aku pernah buat masa zaman sekolah dulu dan terbukti memang berkesan!!!Caranya begini.Ambik hampas teh yang telah digunakan.Kemudian sapukan ke muka anda.Biarkan sehingga ia betul-betul kering.Amalkan setiap hari atau paling kurang 3 kali seminggu.Insya-allah dalam masa sebulan anda akan lihat hasilnya.
OKlah rasanya cukuplah untuk setakat ni sahaja
Insya-allah lain kali aku akan kongsi lagi dengan
anda semua
Diharapkan tips ini dapat membantu kalian
untuk kelihatan cantik dan berseri selalu
Kalau nak cantik jangan malas-malas ye :-)
Selamat Mencuba!!!
2 comments:
eeeii uuu. biar betik lendir kangkung? hemmm.
one more tips utk muka merah cam udang kena panngang. jm berjemur lagi di PD! ahhhakkkkkss! :P
jemur kt PD tamau.tu merah yg bengkak cam orang sakit.nggak mau.yup betul lendir kangkung.x caye ask Google
Post a Comment