Dah lama teringin nak makan nasi bermusim
atau lebih dikenali dengan nasi minyak hujan panas
aku panggil nasi bermusim sebab warnanya pelbagai
hehehe...
so akhirnya arini aku berkesempatan membuatnya
Manakala lauknya pula adalah
ikan tenggiri masak tomato,kerutuk daging dan dalca
So arini aku nak share resepi nasi bermusim ni dengan semua
atau lebih dikenali dengan nasi minyak hujan panas
aku panggil nasi bermusim sebab warnanya pelbagai
hehehe...
so akhirnya arini aku berkesempatan membuatnya
Manakala lauknya pula adalah
ikan tenggiri masak tomato,kerutuk daging dan dalca
So arini aku nak share resepi nasi bermusim ni dengan semua
Selamat Mencuba!!!
Bahan-bahannya
-Beras
-Sedikit bawang merah,bawang putih,halia(dimayang)
-Sedikit bawang merah,bawang putih,halia(dimesin)
- 2 batang kulit kayu manis
- sedikit bunga cengkih
-Susu Cair
Minyak sapi
-Daun Pandan
-Air
- Pewarna berwarna merah,hijau dan kuning
Cara-cara membuatnya:-
1-Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak sapi.
2-Tumis bahan-bahan yang telang dimayang,kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga garing.Kemudian masukkan pula bahan yang telah dimesin.Masak sehingga kuning.
3- Masukkan sedikit susu cair dan daun pandan.Kemudian masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
4-Apabila mendidih,masukkan pula beras.Apabila nasi hampir kering masukkan pewarna berwarna kuning ke 1/3 bahagian nasi,1/3 lagi berwarna merah dan selebihnya hijau.
5-Biarkan nasi sehingga masak.Apabila sudah masak,kacau nasi tersebut dan hasilnya anda akan lihat nasi hujan panas anda mempunyai 4 warna,merah,hijau,kuning dan putih.
Nota Siku:Minyak sapi boleh juga diganti dengan mentega ataupun minyak biasa.
2 comments:
lauk ayam masak merah takde ke??feveret aku tu???nyum2...sedapnye...
dah lame gak xmkn nasi ujan pns nie :)
ayam msk merah xde la yang.dh bosan mkn ayam msk merah kat kenduri aritu.hehe....
xpe nnt nxt time aku letak resepi tu ehr
Post a Comment