Tuesday, February 8, 2011

CikNgah Di Dapur

Bila dah lama-lama duk kat umah
Serius i'm out of idea what else to cook
Rasa macam semua benda sama je
Kadang-kadang rasa macam malas je nak masak
rasa nak pergi beli kat kedai je
Tapi masalahnya kat kedai tu belum tentu sedap
dan harganya pun mahal
kalau sebungkus rm4,6bungkus dah berapa??
unless duk kat hostel no choice la kan
terpaksa tapau dari kedai
so pikir punya pikir better masak sendiri kat umah
Menu arini adalah Ayam Goreng Tomyam,Sotong Masak Halia
dan Daging Goreng
Arini aku masak awal sikit
sebab ingatkan tukang umah nak datang renovate umah
tapi tak datang pun
Janji Melayu macam ni la
Around 9a.m aku dah start masak dah
Lagipun time tu baby tengah tidur so senangla sikit
kalau dia bangun confirm dah tak boleh masak
Ok kali ni aku nak share resepi
Ayam Goreng Tomyam&Sotong Masak Halia
Jom tengok apa bahan-bahannya

Ayam Goreng Tomyam

BAHAN A:

*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
*Cili kering

BAHAN B
* Ayam
*Serai
*Perencah Tomyam
*Fishball(Optional)
*Sos tomato
*Air
*Bunga kubis


Cara-cara membuatnya:-

1)Bahan A dikisar hingga hancur.Kemudian panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.Apabila minyak sudah panas,tumis bahan A dan perencah tomyam hingga garing dan berbau wangi.Boleh juga tambah daun limau purut untuk mewangikan lagi masakan

2)Masukkan serai dan sos tomato.Biarkan seketika.

3)Kemudian masukkan sedikit air dan biarkannya sehingga mendidih,Selepas itu masukkan ayam.

4)Apabila ayam hampir masak,masukkan bunga kubis dan fishball.Biarkan selama satu minit dan padamkan api.Siap dan boleh dihidangkan.



Sotong Masak Halia

*Bawang putih
*Bawang merah
*Halia
*Serai
*Cili padi
*Sotong
*Carrot

Cara-cara membuatnya

1)Kisar bawang putih,bawang merah dan halia.

2)Panaskan kuali,masukkan sedikit minyak dan tumis bahan yang
telah dikisar tadi .Kemudian masukkan serai dan cili padi. Tunggu sehingga tumisan berbau wangi.

3)Kemudian masukkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.

4)Masukkan sotong dan biarkan sehingga ia 90% masak.Selepas itu masukkan carrot atau apa-apa sayur yang disukai.Biarkan sekejap.Kemudian padamkan api.Siap.
Ok tu je untuk kali ni
Jumpa lagi di entry akan datang


Tips:

1)Apabila selesai memasak sayur-sayuran alihkan kuali dari dapur gas.Ini kerana dapur yang masih panas itu akan menyebabkan sayur menjadi terlebih masak dan tidak sedap untuk dimakan

2)Sotong dimasukkan terlebih dahulu berbanding sayuran kerana sotong lebih lambat masak berbanding sayuran

3)Gula dimasukkan dalam masakan bukan tujuan untuk memaniskan masakan.Ini kerana gula adalah sebagai salah satu rencah dalam masakan.Gula juga boleh menghilangkan rasa masam dan pedas yang berlebihan dalam masakan kita

2 comments:

YuYu nmaSdEna said...

hey you. aku dah komen kat sini semalam. xde pun. hemmm.

♥♥Cikngah♥♥ said...

mg komen dh sini maring??xdop pun.klu hok tips cantik menawan tu adalah.aku reply dh hok2