Sunday, February 13, 2011

Al-Fatihah

Jumaat lepas Tokchik meninggal(nenek saudara)
telah kembali ke rahmatullah
aku sangat terkejut
sampaikan di ketika ini pun masih teringat akan arwah
Ari Selasa kitaorang masih nampak dia lalu di hadapan pagar kitaorang
balik dari kedai runcit mungkin
walaupun sebenarnya tokchik demam waktu tu
hari rabu tokchik mengadu lelah
so pakcikku ajak dia g hospital
mula-mula dia kata nak
tapi bila pakcikku g rumah dia
dia tak jadi nak pergi
so pakcikku balik
Keesokkan harinya(Khamis),lelahnya teruk
and dia bersetuju untuk pergi ke klinik
so malam tu pergi klinik ambik ubat
pagi jumaat makcik,pakcik&nenek pergi melawat dia
and tanya kalau apa2 yang dia nak makan
waktu tu dalam pukul 10 pg macam tu
arwah sempat makan sedikit lempeng yang dibuat
kemudian nenek and pakcik pulang
tinggal makcik sorang temankan arwah
makcik kata arwah sempat berborak panjang ngan dia
sebelum percakapan dia menjadi semakin pelat dan tidak difahami
around 11.40 time aku tengah menyiapkan kerja kat laptopku
makcik call, suaranya panik
dia suruh pakcik&nenek pergi ke sana
tokwan&pakcik terkejut
terus naik motor g umah arwah
then pakcik pulang dengan cemas minta kami semua pergi ke rumah arwah
waktu tu serius air mata rasa dah nak menitis
sebab aku tau tokchik bakal pergi
then,kitaorang semua g sana
Saat tu aku bersyukur sangat aku tau naik motor
sebab walaupun umahnya dekat je ngan umah kitaorang
tapi aku rasakan sesaat masa yang digunakan untuk berjalan
adalah amat membazir
waktu aku sampai kat umah arwah
arwah dah tak sedarkan diri
pun begitu aku berbisik di telinganya meminta maaf
air mata terus bergenang
sedih sangat sebab kitaorang rapat ngan arwah
arwah tak de anak
lebih kurang 5 minit kemudian
nadi arwah sudah terhenti
arwah sudah pergi buat selama-lamanya
pada umur 81tahun
saat itu,air mata menitis laju
aku dah tak peduli dah kat orang yang tengok
then arwah diusung keluar dari bilik
untuk memudahkan orang datang melawat jenazah
sempat juga aku menghadiahkan surah Yasin&al-fatihah
buat arwah sebelum pulang membersihkan diri
selepas selesai solat Zohor kitaorang pergi semula ke rumah arwah
aku membantu makcik mengelap badan arwah
lebih kurang pukul 3 petang arwah dimandikan
dan aku melihatnya
saat tu aku terbayangkan begitulah aku suatu masa nanti
aku berasa insaf
lepas mandi arwah tokchik dikapankan
ini kali kedua aku melihat jenazah dikapankan selepas
arwah tok ayah 12 tahun yang lalu
sangat pilu hati ini...
sebelum muka arwah ditutup
aku sempat mencium muka dan pipi arwah buat kali terakhir
aku terpaksa menahan air mata dari menitis
ini sahajalah peluang untuk aku menciumnya
bak kata mama
"Lepas ni kita dah tak jumpa tokchik dah"
saat muka arwah hendah ditutup
air mata tanpa segan silu menghujani pipiku
namun begitu aku bersyukur kepada Illahi
kerana aku berada di sisi arwah saat arwah menghembuskan nafas terakhir
hinggalah arwah dibawa ke kubur
aku cuba melihat dengan dekat bagaimana kedudukan kita bila ditanam
tapi still tak nampak sebab dalam sangat lubang tu
lagipun kaum muslimin ramai
kini arwah telah pergi dan takkan kembali
tiada lagi orang yang akan menyerikan hidup kami
walaupun sudah masuk hari ketiga arwah pergi
namun aku masih teringatkannya
masih terbayangkan saat arwah bermain bersama Haikal,
dan mengunjungi rumah kami setiap hari
apatah lagi ketika tahlil,bertambah sedih rasanya
namun begitu aku harus redha
setiap yang hidup pasti akan mati
arwah telah selamat ke sana
hanya aku yang belum tentu bila waktu akan dijemput ke sana
Moga arwah aman di sana
dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman


Notes:
Rakan-rakanku sekalian,berbaktilah kamu kepada mereka yang membesarkan kamu walaupun mereka mungkin bukan ibubapa kandung kamu yang sebenarnya.Jangan apabila mereka telah pergi beru kamu akan menyesal.Waktu itu,menangis air mata darah sekalipun tetap tak dapat mengembalikan orang yang telah pergi.

5 comments:

kindergartenlibrary said...

takziah .moga dicucuri rahmat ..

♥♥Cikngah♥♥ said...

tq nelly

ankeljonni said...

takziah...

YuYu nmaSdEna said...

al-fatihah. huhu. tiba2 aku tringat mak ngah aku, aka nenek saudara aku jga. bru je mninggal 3 mnggu lpas. moga mereka ditmpatkan di kalangan orng2 yg beriman. amin.

♥♥Cikngah♥♥ said...

Mr.Gorila:Tq
Ayu:tulah..ntah bila la pulak giliran kita..aku rindu dia :(