Monday, February 28, 2011

Doraemon Benar-benar wujud!!!

Saje je wat tajuk gempak nak menggambarkan perasaan aku yang nak sangat-sangat doraemon tu wujud.Kalaulah doraemon betul-betul ada nak je aku suruh doraemon keluarkan lat-alat ajaibnya atau segala khazanah berharganya untuk aku tatkala aku dilanda kebosanan tahap cipan laut mencari siput.Sebab bila bosan aku akan rasa benda tu tak best.Biasanya aku akan dilanda penyakit ni bila:-

1- Berada dalam flight


Walaupun perjalanan kL-kB/kb-kL tu sejam je tapi aku rasa bosan sangat-sangat kalau tak de teman untuk berbual.Contohnya arini.Aku rasa arini ari paling bosan sekali.Sebabnya aku dah pejam mata buka mata tapi still tak sampai-sampai lagi.Passenger belah kiri kanan depan belakang aku semua tidur.Bosannnnnnnn!!!!!kan best kalau Fahrin Ahmad duk sebelah aku.Duk 10 jam dalam tu pun aku rela.Asalkan kubisa menatap wajahnya.Auuwwwww!!


2- Dalam Kereta



Kalau g jalan mana-mana even ke pasar sekali pun radio mesti kena pasang.If tak de radio,paling tidak kena ada someone dengan aku time tu.Kalau tak aku rasa macam sunyinya hidupku.Tak berseri langsung.Kalau balik kampung adik perempuanku kena ada.Kalau tak,tak delah orang aku nak kacau and gaduh-gaduh manja..Sangat tak best kalau aku tak de geng.Memang my parents ada,tapi takkanlah nak ajak mama ngan ayah main Saidina kalau bosan-bosan.Dioarang mesti tak nak!!


3- Dalam bas



Huhhh!!dalam bas lah penyakit aku ni suka menyerang.Bayangkanlah kalau balik kB tu paling kurang 9jam duk dalam bas.Boleh kematu bontot.Kalau doraemon ada leh gak pinjam.So manalah tak bosan kan kalau naik bas sorang-sorang.Tapi nak wat macam ne kan.kawan-kawan aku tak ramai duk kB.Biasa kalau naik bas tu aku tidur,sedar-sedar bas dah berhenti rehat.kadang-kadang tu aku tidur dari Seremban,sampai kB baru sedar.Pastu balik umah tidur lagi.Hah,ambik kau!!Penangan naik bas memang sangat hebat.Rindu lak nak naik bas ngan member2 cam zaman degree dulu.Dah setahun lebih tak naik bas balik kB.Paling aku tak suka kalau aku kena duk sebelah laki/laki miang dalam bas tu.Aku pernah kena dulu masa matrik.Uwaa..sangat benci!!Dah serik!!that's why akan kupaksa juga mataku untuk lelap walaupun aku tak mengantuk so as aku tak payah kenal sape yang duk sebelah aku.Tak pun aku telan panadol je.Confirm lentok!!Hehehe...



^_^Mencari hadiah untuk perkahwinan,birthday dan lain-lain??Klik sini.Di sini ada semuanya@_@



Friday, February 25, 2011

Selera Cikngah

Pernah dengar or kenal dengan ketam nipah??
Tak pernah??Ingin berkenalan dengannya??

Cuba tengok gambar di bawah ni



Haa...ni lah ketam nipah berkulit keras
hari ni cikngah makan gulai lemak cili api ketam nipah
nenek yang masakkan
sangat-sangatlah lazatnya
ketam ni my mom beli kt supermarket kelmarin
harganya Rm28 sekilogram
Terkejut??Mahal??
Actually ni dah dikira murah
sebab ketam nipah ni banyak khasiatnya
kalau korang nak tau kitaorang pernah rebus
ketam nipah ni
dan minum air rebusannya
sebab orang tua-tua dulu percaya air rebusan ketam nipah
dapat mengubati demam denggi

walaupun secara saintifiknya tiada vaksin
atau ubat untuk denggi

tapi tak salah kalau kita berusahakan??
ketam nipah ada dua jenis kulit lembut dan kulit keras
kulit keras lebih mahal dari yang lembut
mengikut laporan dari Utusan Malaysia
10 tahun yang lalu
,
ketam nipah ni hanya berharga Rm5 sekilogram
Klik Sini untuk tahu dengan lebih detail
dan sini untuk sup ketam nipah vs demam denggi



Cheezy Rice Seafood



Ni lak menu masakan cikngah semalam
disebabkan semalam cikngah ada hal nak keluar
at the same time jadi baby sitter
so terpaksa masak yang simple-simple je
nama masakan ni cikngah letak sendiri
tapi bahan-bahan dia ni cikngah ambik
based on rancangan masakan kat NTV7
tak ingat pe namanya
tapi chinese la
it taught us how to cook by making notes
meaning that kita tampal notes kat bahan-bahan masakan yang dah disiap
contoh,katakan kita nak goreng nasi
firstly bawang putih,letak dalam bekas
then tampal notes no.(1) atas tu
kemudian,cili giling@cili boh-no.(2)
and so on so forth
kiranya nanti kita just masak based on that instruction
i think it is very good because it easier for us
especially our children
:-)
so nanti tak delah diaorang beli makanan mengarut
kat luar sana lagi kan?
Kesihatan keluarga tanggungjawab kita :-)

Thursday, February 24, 2011

Under Construction

Assalamualaikum and selamat petang


Firstly sorry to all readers sebab tak dapat nak buka my blog
Actually sekarang ni my blog is under construction
that's why i privatekan semalam
thank you CheQpPJoY sebab sudi pm tanyakan khabar
insya-allah my blog will become as usual soon
so kalau korang buka my blog tengok ada something wrong tu paham-paham sendiri la yer :-)
oklah dah nak maghrib
see u later

Tuesday, February 22, 2011

Idamanku Selalu

As requested from my sister
so arini aku masak tomyam seafood
lauk tambahan adalah ayam goreng,telur dadar,
ikan kekek masak serai dan sayur sawi goreng
tetiba rasa terliur
habis tergugat dietku untuk tak makan nasi arini
Mission for today failed!!!
tapi apa salahnya kan ponteng diet untuk arini
demi tomyam idamanku selalu tu
hehehe...
oklah nak g makan nasi
tetiba rasa lapar
See u later
Bubyeeeeeeeeeee!

Sunday, February 20, 2011

An Evening @t Sungai Petani

Hari khamis aritu aku g kedah ngan my aunt&tokwan
Saje jalan-jalan kat sana
Tokwan nak main ngan cucu dia
Kitaorang gerak dalam kul 8.30pg dan kul 1p.m dh sampai kedah
sampai-sampai je tu kitaorang makan2,mandi,solat semua
pastu gerak g The Carnivall Water&Land of Excitement
Theme park ni terletak kat Sungai Petani
kalau dari Kulim lebih kurang dalam 20minit je
Carnivall ni ala-ala macam Sunway Lagoon tapi bezanya
dia kecik and tak delah banyak sangat games
anyway I think it's enough for children to play there
aku yang tua ni pun join sekali
hehehe...
Masa kitaorang g tu kena bayar RM10 per person(weekdays)
and kalau weekend Rm25
memang puas hatilah main kat situ
dapat makanan dan minuman percuma sekali tau :-)
time aku tu dapat nasi goreng+ air Sprite
Jom layan serba sedikit gambar di Theme Park tu
X banyak yang sempat di snap
Sebab camerawoman kena pegang baby
Layanzzzz....




Permandangan di theme park ni


Ni waktu baru sampai.Waktu ni tak ramai orang lagi.Maybe sebab hari kerja





Kami duk rehat-rehat di sini


Ni la pelampung yang digunakan oleh orang-orang yang tak tahu berenang macam aku.Hehehe...






Ni tempat kanak-kanak.tapi aku main juga kat sini sebab best.
Korang nampak tak baldi yang warna oren tu??Apabila baldi tu penuh,ia akan terbalik dan tumpah ke atas kepala sesiapa yang lalu di bawahnya.Aku dah kena.Sakit gak..Sebab airnya banyak :p




Benda dua ni paling best.Nanti kita kena naik tangga ke atas dan akan guna pelampung untuk menuruni benda ni.Ala yang macam kat Sunway Lagoon tu.Aku naik yang warna hijau je.Tu pun 3 kali je sebab bila dah petang budak laki ramai kat kolam tu.Yang biru tu agak curam so aku tak try.Cousin siap pujuk-pujuk lagi ajak tapi tak nak aku takut.Malu pun ada sebab cousin aku tu umur 9thn pun berani aku yang tua ni penakut.Hehehe...



Ni permandangan dari dekat.Kalau tengah stress lagi best naik benda ni.Thumbs up to me kerana aku tak menjerit walaupun first time naik!!
(puji diri sendiri sebab aku seorang yang penakut sebenarnya)



Kalau naik yang hijau tu kita akan turun ke sini.Airnya tak de la dalam sangat.Nak dekat paras dada je.Memang best!!!Nak naik lagi!!


Waktu untuk pulang



OK tu je yang aku nak share kali ni
Jumpa Lagi!!

Saturday, February 19, 2011

Pemenang Contest Gadis Shawl CikNgah

Setelah lebih kurang seminggu contest dibuka
Kini tibalah seperti yang dijanjikan
Announcement untuk pemenang Contest Gadis Shawl CikNgah
Pemenangnya ialah
|
|
|
|
|
|
|
|
Nur Syafiqah


Tahniah Fiqah!!!
Nnt sila emelkan
Nama penuh:
Alamat:
No.telefon:
ke pinky_ladiey@yahoo.com untuk penghantaran hadiah
Kepada yang tidak menang sila cuba lagi di lain waktu
Mungkin bukan rezeki anda pada kali ini
Apa-apa pun terima kasih kerana sudi join contest ini
CikNgah amat berbesar hati dengan kesudian anda semua :-)

SmileY BaggY GiveawaY

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Pagi ni dah nak gerak balik KB dari Kedah
Tapi sebelum tu nak bayar hutang tag si Syak ni
Tag kali ni ada give away
tu yang macam agak teruja nak join :-)
Sila klik banner di bawah untuk tengok syarat-syarat penyertaan



Dan ini give away yang bakal diterima
Cantik kan??
I want it!!!!!!!!!!!!!!!



Ok aku nak tag a few of my friends untuk join give away ni

Ayu

Fiza
Aada
Miera

Best of Luck for you girls!!!

Wednesday, February 16, 2011

Nasi bermusim

Dah lama teringin nak makan nasi bermusim
atau lebih dikenali dengan nasi minyak hujan panas
aku panggil nasi bermusim sebab warnanya pelbagai
hehehe...
so akhirnya arini aku berkesempatan membuatnya
Manakala lauknya pula adalah
ikan tenggiri masak tomato,kerutuk daging dan dalca
So arini aku nak share resepi nasi bermusim ni dengan semua


Bahan-bahannya

-Beras
-Sedikit bawang merah,bawang putih,halia(dimayang)
-Sedikit bawang merah,bawang putih,halia(dimesin)
- 2 batang kulit kayu manis
- sedikit bunga cengkih
-Susu Cair
Minyak sapi
-Daun Pandan
-Air
- Pewarna berwarna merah,hijau dan kuning

Cara-cara membuatnya:-

1-Panaskan periuk dan masukkan sedikit
minyak sapi.

2-Tumis bahan-bahan yang telang dimayang,kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga garing.Kemudian masukkan pula bahan yang telah dimesin.Masak sehingga kuning.

3- Masukkan sedikit susu cair dan daun pandan.Kemudian masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

4-Apabila mendidih,masukkan pula beras.Apabila nasi hampir kering masukkan pewarna berwarna kuning ke 1/3 bahagian nasi,1/3 lagi berwarna merah dan selebihnya hijau.

5-Biarkan nasi sehingga masak.Apabila sudah masak,kacau nasi tersebut dan hasilnya anda akan lihat nasi hujan panas anda mempunyai 4 warna,merah,hijau,kuning dan putih.
Selamat Mencuba!!!

Nota Siku:Minyak sapi boleh juga diganti dengan mentega ataupun minyak biasa.

Sunday, February 13, 2011

Al-Fatihah

Jumaat lepas Tokchik meninggal(nenek saudara)
telah kembali ke rahmatullah
aku sangat terkejut
sampaikan di ketika ini pun masih teringat akan arwah
Ari Selasa kitaorang masih nampak dia lalu di hadapan pagar kitaorang
balik dari kedai runcit mungkin
walaupun sebenarnya tokchik demam waktu tu
hari rabu tokchik mengadu lelah
so pakcikku ajak dia g hospital
mula-mula dia kata nak
tapi bila pakcikku g rumah dia
dia tak jadi nak pergi
so pakcikku balik
Keesokkan harinya(Khamis),lelahnya teruk
and dia bersetuju untuk pergi ke klinik
so malam tu pergi klinik ambik ubat
pagi jumaat makcik,pakcik&nenek pergi melawat dia
and tanya kalau apa2 yang dia nak makan
waktu tu dalam pukul 10 pg macam tu
arwah sempat makan sedikit lempeng yang dibuat
kemudian nenek and pakcik pulang
tinggal makcik sorang temankan arwah
makcik kata arwah sempat berborak panjang ngan dia
sebelum percakapan dia menjadi semakin pelat dan tidak difahami
around 11.40 time aku tengah menyiapkan kerja kat laptopku
makcik call, suaranya panik
dia suruh pakcik&nenek pergi ke sana
tokwan&pakcik terkejut
terus naik motor g umah arwah
then pakcik pulang dengan cemas minta kami semua pergi ke rumah arwah
waktu tu serius air mata rasa dah nak menitis
sebab aku tau tokchik bakal pergi
then,kitaorang semua g sana
Saat tu aku bersyukur sangat aku tau naik motor
sebab walaupun umahnya dekat je ngan umah kitaorang
tapi aku rasakan sesaat masa yang digunakan untuk berjalan
adalah amat membazir
waktu aku sampai kat umah arwah
arwah dah tak sedarkan diri
pun begitu aku berbisik di telinganya meminta maaf
air mata terus bergenang
sedih sangat sebab kitaorang rapat ngan arwah
arwah tak de anak
lebih kurang 5 minit kemudian
nadi arwah sudah terhenti
arwah sudah pergi buat selama-lamanya
pada umur 81tahun
saat itu,air mata menitis laju
aku dah tak peduli dah kat orang yang tengok
then arwah diusung keluar dari bilik
untuk memudahkan orang datang melawat jenazah
sempat juga aku menghadiahkan surah Yasin&al-fatihah
buat arwah sebelum pulang membersihkan diri
selepas selesai solat Zohor kitaorang pergi semula ke rumah arwah
aku membantu makcik mengelap badan arwah
lebih kurang pukul 3 petang arwah dimandikan
dan aku melihatnya
saat tu aku terbayangkan begitulah aku suatu masa nanti
aku berasa insaf
lepas mandi arwah tokchik dikapankan
ini kali kedua aku melihat jenazah dikapankan selepas
arwah tok ayah 12 tahun yang lalu
sangat pilu hati ini...
sebelum muka arwah ditutup
aku sempat mencium muka dan pipi arwah buat kali terakhir
aku terpaksa menahan air mata dari menitis
ini sahajalah peluang untuk aku menciumnya
bak kata mama
"Lepas ni kita dah tak jumpa tokchik dah"
saat muka arwah hendah ditutup
air mata tanpa segan silu menghujani pipiku
namun begitu aku bersyukur kepada Illahi
kerana aku berada di sisi arwah saat arwah menghembuskan nafas terakhir
hinggalah arwah dibawa ke kubur
aku cuba melihat dengan dekat bagaimana kedudukan kita bila ditanam
tapi still tak nampak sebab dalam sangat lubang tu
lagipun kaum muslimin ramai
kini arwah telah pergi dan takkan kembali
tiada lagi orang yang akan menyerikan hidup kami
walaupun sudah masuk hari ketiga arwah pergi
namun aku masih teringatkannya
masih terbayangkan saat arwah bermain bersama Haikal,
dan mengunjungi rumah kami setiap hari
apatah lagi ketika tahlil,bertambah sedih rasanya
namun begitu aku harus redha
setiap yang hidup pasti akan mati
arwah telah selamat ke sana
hanya aku yang belum tentu bila waktu akan dijemput ke sana
Moga arwah aman di sana
dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman


Notes:
Rakan-rakanku sekalian,berbaktilah kamu kepada mereka yang membesarkan kamu walaupun mereka mungkin bukan ibubapa kandung kamu yang sebenarnya.Jangan apabila mereka telah pergi beru kamu akan menyesal.Waktu itu,menangis air mata darah sekalipun tetap tak dapat mengembalikan orang yang telah pergi.

Wednesday, February 9, 2011

Contest Gadis Shawl CikNgah

Kali ni CikNgah nak anjurkan satu contest
Nama contest ni Contest Gadis Shawl CikNgah



Contest ni terbuka kepada kaum Hawa je
Kaum Adam kalau nak masuk pun boleh
tapi kene letak gambar yang pakai shawl la dalam blog korang ;-)

Syarat-syarat penyertaan

1- Peserta hendaklah menjadi follower blog CikNgah

2-Buat satu entry tentang contest ni dalam blog korang dan linkkan ke sini

3- Peserta hendaklah meletakkan header di atas dalam entry tersebut dan letakkan link contest yang korang buat tu di bahagian komen entry ini

4- Letakkan juga satu keping gambar anda memakai shawl dalam entry tersebut

5- Tag 3 orang rakan anda

6- Penyertaan bermula dari 09.02.11 sehingga 18.02.11

7- Pemilihan pemenang akan dibuat pada 19.02.11

8- Pemenang akan memenangi sepasang klip untuk dipakai dengan shawl.Kalau tak nak pakai dengan shawl klip kat rambut pun boleh



~Contoh klip yang bakal dimenangi~


Good Luck!!


Tuesday, February 8, 2011

CikNgah Di Dapur

Bila dah lama-lama duk kat umah
Serius i'm out of idea what else to cook
Rasa macam semua benda sama je
Kadang-kadang rasa macam malas je nak masak
rasa nak pergi beli kat kedai je
Tapi masalahnya kat kedai tu belum tentu sedap
dan harganya pun mahal
kalau sebungkus rm4,6bungkus dah berapa??
unless duk kat hostel no choice la kan
terpaksa tapau dari kedai
so pikir punya pikir better masak sendiri kat umah
Menu arini adalah Ayam Goreng Tomyam,Sotong Masak Halia
dan Daging Goreng
Arini aku masak awal sikit
sebab ingatkan tukang umah nak datang renovate umah
tapi tak datang pun
Janji Melayu macam ni la
Around 9a.m aku dah start masak dah
Lagipun time tu baby tengah tidur so senangla sikit
kalau dia bangun confirm dah tak boleh masak
Ok kali ni aku nak share resepi
Ayam Goreng Tomyam&Sotong Masak Halia
Jom tengok apa bahan-bahannya

Ayam Goreng Tomyam

BAHAN A:

*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
*Cili kering

BAHAN B
* Ayam
*Serai
*Perencah Tomyam
*Fishball(Optional)
*Sos tomato
*Air
*Bunga kubis


Cara-cara membuatnya:-

1)Bahan A dikisar hingga hancur.Kemudian panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.Apabila minyak sudah panas,tumis bahan A dan perencah tomyam hingga garing dan berbau wangi.Boleh juga tambah daun limau purut untuk mewangikan lagi masakan

2)Masukkan serai dan sos tomato.Biarkan seketika.

3)Kemudian masukkan sedikit air dan biarkannya sehingga mendidih,Selepas itu masukkan ayam.

4)Apabila ayam hampir masak,masukkan bunga kubis dan fishball.Biarkan selama satu minit dan padamkan api.Siap dan boleh dihidangkan.



Sotong Masak Halia

*Bawang putih
*Bawang merah
*Halia
*Serai
*Cili padi
*Sotong
*Carrot

Cara-cara membuatnya

1)Kisar bawang putih,bawang merah dan halia.

2)Panaskan kuali,masukkan sedikit minyak dan tumis bahan yang
telah dikisar tadi .Kemudian masukkan serai dan cili padi. Tunggu sehingga tumisan berbau wangi.

3)Kemudian masukkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.

4)Masukkan sotong dan biarkan sehingga ia 90% masak.Selepas itu masukkan carrot atau apa-apa sayur yang disukai.Biarkan sekejap.Kemudian padamkan api.Siap.
Ok tu je untuk kali ni
Jumpa lagi di entry akan datang


Tips:

1)Apabila selesai memasak sayur-sayuran alihkan kuali dari dapur gas.Ini kerana dapur yang masih panas itu akan menyebabkan sayur menjadi terlebih masak dan tidak sedap untuk dimakan

2)Sotong dimasukkan terlebih dahulu berbanding sayuran kerana sotong lebih lambat masak berbanding sayuran

3)Gula dimasukkan dalam masakan bukan tujuan untuk memaniskan masakan.Ini kerana gula adalah sebagai salah satu rencah dalam masakan.Gula juga boleh menghilangkan rasa masam dan pedas yang berlebihan dalam masakan kita

Monday, February 7, 2011

Tips Untuk Wanita Kekal Cantik dan Menawan

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan
Ibarat laut dan pantai
Bagaikan lagu dan irama
Semua wanita ingin kelihatan cantik dan menawan
sepanjang masa
setiap detik dan ketika
Bagi yang berkemampuan,itu bukan menjadi masalah
kerana mereka boleh melaburkan duit yang banyak kepada
alat-alat kosmetik dan teknologi moden
Tapi bagaimana dengan mereka yang kurang berkemampuan??
Adakah mereka tidak berhak untuk cantik????
Jawapannya adalah TIDAK!!!
Kecantikan adalah hak milik setiap insan
Semua insan berhak untuk kelihatan cantik dan tertarik
Namun apakah cara yang boleh menjayakan impian
setiap wanita tanpa mengeluarkan modal yang banyak??
Pada entry kali ini aku ingin kongsikan tips-tips
yang pernah aku aplikasikan dalam hidup aku
dengan anda semua
Tapi ada gak yang aku ambik petua dari orang tua-tua
Jom kita tengok apakah tips-tips tersebut

Rahsia Awet Muda


1- Amalan minum air suam sebaik sahaja bangun dari tidur
di waktu pagi merupakan rahsia kejelitaan yang paling murah dan mudah.

2- Letakkan kedua2 jari telunjuk di bawah dagu.Kemudian,pusingkan ke pipi,hidung dan seterusnya ke dahi.Lebih afdal jika urutan ini
diiringi dengan selawat ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali


Melentikkan Bulu Mata


Inginkan bulu mata yang lentik tanpa bantuan maskara??Aku ada cara yang mudah dan percuma.Percuma bagi orang yang tanam pokok lidah buaya di rumahnya la..Macam aku.OPss...terangkat rumah sendiri lak.Hehe.OK caranya begini.Sapukan lendir lidah buaya pada mata anda sebelum tidur.Lakukannya berterusan sehingga anda mendapat kelentikkan yang diingini.


Mencantikkan dan mewangikan rambut


Ambil beberapa helai daun pandan dan 2 biji limau nipis yang diambil airnya.Kisar daun pandan tersebut dan lumurkan ke atas kepala.Biarkan seketika.Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.Insya-allah
rambut anda akan cantik dan wangi.Jika daun pandan tiada,anda juga boleh guna lendir kangkung.Caranya ialah rendam kangkung dalam air dan ramas sehingga ia berlendir.Kemudian letakkan di atas kepala.Tapi aku tak berapa suka cara ni.Biasa letak santan dan garam je :-)

Masker muka

Tahukah kamu selain yogurt,putih telur juga boleh dijadikan sebagai masker muka.Caranya ialah sapukan putih telur ke muka anda.Kemudian letakkan tisu di atasnya.Biarkan sehingga kering dan tarik tisu itu perlahan-lahan.Ia juga boleh diamalkan dengan hanya meletakkan putih telur sahaja.Amalkan 3 kali seminggu dan anda akan lihat hasilnya.Dulu selalu juga buat tapi sekarang dah jarang :-)


Kulit muka merah bak udang kena panggang


Anda inginkan kulit kelihatan kemerah-merahan macam udang kena panggang??Ala macam Mat Salleh tu.Kulit diaorang kan merah.Aku ada caranya.Aku pernah buat masa zaman sekolah dulu dan terbukti memang berkesan!!!Caranya begini.Ambik hampas teh yang telah digunakan.Kemudian sapukan ke muka anda.Biarkan sehingga ia betul-betul kering.Amalkan setiap hari atau paling kurang 3 kali seminggu.Insya-allah dalam masa sebulan anda akan lihat hasilnya.


OKlah rasanya cukuplah untuk setakat ni sahaja
Insya-allah lain kali aku akan kongsi lagi dengan
anda semua
Diharapkan tips ini dapat membantu kalian
untuk kelihatan cantik dan berseri selalu
Kalau nak cantik jangan malas-malas ye :-)
Selamat Mencuba!!!

Saturday, February 5, 2011

Contest Si Manis Berbaju Kurung

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Dah lama tak update blog
Busy sangat lately
Tadi buka blog tengok ada message dari Cik Syak suruh jawab tag
tag kali ni berkenaan dengan Contest Si Manis Berbaju Kurung
Contest ni dianjurkan oleh azaliahhjsalleh
For me it's an interesting contest
that's why i joined it
Lagipun syarat-syaratnya senang je
Sila Klik Header ni untuk keterangan lanjut



Bagi sesiapa yang berminat syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:-







Tak tau nak letak gambar mana
rasa yang ni ok kot
ok right now aku nak tag 3 puteri jelita
Puteri Hafiza
Chef Cplud
Puteri Farhana

Good luck semua!!!