Tuesday, May 31, 2011

Menghitung Hari


Lagi 13 ari nak balik umah.Tak sabarnya nak balik umah.Tapi before balik umah nak kene submit tesis first draf dulu.Sebut pasal tesis ni.Aduhai...nape ye aku asyik ketandusan idea untuk menulis.Bila dah tak de idea mulalah aku jadi malas.Pastu merewang sana merewang sini.Buka blog,fb,tengok family outing,dengar lagu,tengok cite korea dan macam-macam lagi la.Tu yang lately ni asyik stay up je.Kul 3,4 pagi baru tidur.Nak buat macam mana idea datang time tu.Kena la tulis.Karang lari pulak idea tu tak larat den nk kojar.Memangla tak dinafikan kalau ikutkan hati memang malas giler nak tulis tesis tapi kalau aku tak berusaha sapa yang nak tolong aku nanti kan.Lagipun aku tak sabar-sabar ni nak mengenjoykan diri.11 Jun nak attend wedding member baik,pastu malam tu g tengok bola final FA kat stadium.Then 13 jun balik kampung.Hoooooooreyyyyyyyyyyyy!!!!!!i loike...okeylah nak g sambung wat keje.Selamat bekerja semua 0_0

Monday, May 30, 2011

Kahwin

Cuti sekolah dah bermula.Kenduri kahwin pun bermula juga.Sana sini orang kahwin.Untuk early Jun je dah berbelas-belas kad kahwin aku dapat.But unfortunately semua tak leh attend sebab tak balik KB time tu.Lepas sorang-sorang member kahwin.11 jun ni member baik aku kahwin.Sedihnya..raya tahun ni tak dapat dahlah nak g beraya dengan dia macam tahun-tahun lepas.Sebab dia mesti beraya ngan hubby dia.Oh..i'm alone.Sebut pasal kahwin ni kan seramlah pulak.Yelah tengok keadaan sekarang ni.Lelaki baik makin pupus di pandangan.Macam-macam perkara berlaku sekarang ni.Husband tak bagi duit la,pukul bini la.Before kahwin,masa bercinta tu bukan main lagi loving,caring kat girlfriend.Tapi pas kahwin tangan asyik naik je.Apa diaorang ingat pompuan ni barbie doll ke boleh disepak ke sana ke sini.Pompuan untuk disayangi bukan untuk disakiti.So kepada kaum Adam semua,jika anda rasa perkahwinan merupakan satu perkara yang main-main just forget it.Sebab perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang teramatlah besar.Dan buat kaum Hawa pula,jangan jadikan diri anda sebagai mangsa permainan lelaki.Fikir betul-betul sebelum kahwin.Jangan kahwin lari sebab restu ibubapa teramatlah penting.Tanpa restu mereka kemungkinan untuk rumahtangga kita tak bahagia adalah tinggi.Oklah nak g sambung wat kerja.Kepada semua yang bakal melangsungkan perkahwinan Selamat Pengantin Baru buat kalian.Semoga perkahwinan korang bahagia kekal ke akhir hayat :-)

Sunday, May 29, 2011

Cek Mek Molek


Kuih cek mek molek ni merupakan kuih tradisional Kelantan.Kuih yang paling simple dan senang untuk dibuat.Dari last week lagi teringin nak makan kuih ni.Tapi tak suka beli yang orang jual.Sebab kuih diaorang mesti keras macam batu.Banyak tepung dari ubi.So untuk memuaskan hati sendiri aku beli ubi keledek,then buat sendiri.Aku memang suka sangat3 kuih ni.Kalau kat kampung mesti suh tokwan buat.Sape tak tahu cara-cara nak buat kuih ni boleh tengok steps kat bawah.Senang je :).



1- Potong ubi keledek bulat-bulat

2- Rebus ubi keledek tu sehingga empuk


3 - Apabila telah masak,biarkan ia sejuk seketika. Kemudian masukkan gandum dan uli sehingga sebati.
***Jangan masukkan tepung terlalu banyak nanti kuih jadi keras***

4 - Adunan selepas diuli




5- Then buat bulat-bulat begini supaya nanti kuih senang untuk dibentuk.

6 - Pastu penyek kat tengah kuih tu dan letakkan sedikit gula



7 - Bentukkan kuih mengikut bentuk yang disukai


8 - Bila kuih dah siap bolehlah goreng





Tadaaaa..ni lah rupa cek mek molek aku lepas siap digoreng

Simple je kan.So jangan malas-malas ye belajar buat kuih tradisional.Jangan asyik belajar buat makanan western je.Tradisi kita sanjungan kita.Selamat berhujung minggu :-)


Nota siku: Masa bertapa dengan Secret Garden tamat sudah.Sarang heyo Oscar!!

Sunday, May 22, 2011

Hari Kami

Semalam cik puan-to-be a.k.a wife-to-be Nisa&Ayu,datang bagi kad kawin untuk geng2 Nilai~~me,fiza,yani,mira.Sorang lagi geng umah aku masa degree dulu bakal menamatkan zaman bujang Jun nanti.Aisyh..makin lama makin kurang ni bilangannya.Tapi biasalah tu kan.Lumrah kehidupan :-). Ayu sms suh tunggu g kat kedai makan sebab diaorang dah tunggu sana.Pas solat zohor aku g la sana sorang2.Tapi aku tak makan pun order milo ais je.Ntahlah perut tak rasa nak makan pun.Pas makan tu kitaorang anta mira balik dulu sebab dia nak study.Then baru kitaorang gerak g Nilai 3.Aku mahu beli jersi Red Warrior di sana!!!Bersemangat neh nak g tengok final piala FA 11jun nanti kat stadium.Tapi sayangnya jersi tu takde.Adeh,frust sungguh!!Nak merawat hati yang frust tu kitaorang decide nak g tengok wayang kat Alamanda.Namun sayang seribu kali sayang,sume tiket dah sold out.Yang tinggal hanya untuk show kul 10 p.m ke atas.Adoi..it's like kill me twice.Bagai jatuh ditimpa tangga.Kecewa bangaattttttttttt!!!Sedih tul la.Masa tengah jalan tu terjumpa dua member lama.Sorang kawan masa degree dulu sorang lagi kawan masa matrik.Satu floor masa kat hostel dulu.Kebetulan lak diaorang ni kawan satu sekolah.What a small world.


NonaNisa Salleh

Lawa giler nona ni.Baru balik photoshoot katanya.Tak sempat nak borak lama pun sebab diaorang pun ada hal. Kitaorang pun nak g makan.Mula2 plan nak makan kfc.Tapi cancel sebab ramai giler orang tengah queue.Malas nak tunggu perut dah berdondang sayang ni.So kitaorang naik atas cari Nando's.Bila dah lalu depan kedai tu tiba2 lak pikiran berubah.Konon-kononnya nak g tengok kedai makan kat luar tu.Sekali tersangkut kat kedai The Manhattan Fish Market.


Ciluk dari hencik google

Kitaorang berempat order yang set untuk 4pax.jimatlah dekat rm50 bila ambik set ni.Memang sampai tersadai makan.Ada orang tu siap wat balik lagi sebab tak habis.Hehehe...



with the super duper delicous soup



while waiting the food arrive,kita gambar dulu :-)

Sedihnya makanan aku last sekali dapat.Tu pun bila kitaorang tanya.Rupa2nya dia belum buat lagi.Terlupa!!Tension tul.Last sekali take away je sebab dah lewat untuk solat Maghrib.



Ni la orang key-eL tu.Thanks datang Nilai.Nanti datang melawat kami lagi ye 0_0

Thursday, May 19, 2011

Cuti-cuti Malaysia


Aku teringin nak berscuba diving,teringin nak tengok ikan-ikan di lautan.Nak jumpa nemo,nak pegang sea cucumber,nak tangkap abalon!!!!Oh sungguh!!nak buat semua benda sambil menikmati lautan yang membiru.Seyess, teringin sangat-sangat nak g bercuti lepas siapkan tesis ni.Nak g enjoy puas2 before kerja.Currently rancangan percutian adalah ke Sabah,Pulau Tioman,Pulau Perhentian and Pulau Redang.Tengah survey2 pakej yang menarik dan harga berpatutan.Kalau tak dapat g tempat2 tu g satu tempat yang dapat tenangkan fikiran pun ok.Janji enjoy.Nape lah aku mesti ada perasaan nak g holiday ni time tengah nak habiskan experiment dan siapkan tesis.Adoi........

Tuesday, May 17, 2011

Nasi Lemak Kerang

Mengidam nasi lemak kerang dari minggu lepas lagi.Tapi asyik postpone and postpone and postpone sebab teringatkan diet.Tapi arini memang tak leh nak control dah.Memang nak makan sangat-sangat.Akhirnya lepas maghrib tadi g pasar malam ngan fiza cari nasi lemak kerang.Biasa kitaorang g pasar malam petang je sebab malam cam serabut sikit.Tapi arini nasi lemak punya pasal bolos aje semua lampu-lampu itu.Nama pun g pasar malam,rasa semua benda nak beli.Hasilnya habis juga duit aku RM10.70 kat pasar malam tu

Nasi lemak kerang+sayur kacang =Rm4
+ Air kelapa = Rm1.20 (langsung tak rasa kelapa.Cam air 0 je)
+ Air tebu = RM1 (Sedappppppp sangat!!!!!!!!)
+ Keropok lekor = Rm1 ( Nyesal beli sebab sejuk gler.Ingatkan panas)
+ Rangka Ayam = Rm2.50
+ Fish ball with black pepper sauce = Rm1
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
= Diet terjun sungai +Mengantuk Teramat Sangat + sakit kepala kena hujan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian laporan untuk hari ini
:-)

Saturday, May 14, 2011

Seafood Noodle


Terpengaruh dengan Running Man tengok diaorang makan seafood noodles or dipanggil Jjambong,aku pun rasa nak makan.So awal-awal pagi lagi aku dah g pasar cari siput.Tapi siput takde!!Mungkin bukan musimnya kot.Seyes,aku memang addicted ngan RM ni.Asyik duk ulang and ulang and ulang.Aku rasa dalam banyak-banyak citer korea yang aku tengok RM la yang paling melekat di hati.Especially bila tengok Monday couple dalam tu Gary dan Ji Hyo.Sukaaaaaaaaa sangat tengok diaorang.Ok sambung citer pasal JjamBbong.Actually JjamBbong ni lebih kurang macam mee kuah je.Cuma kalau kat Korea ada juga yang letak WINE dalam JjamBbong tu.




Ni rupa JjamBbong yang aku ambik dari Hencik Google.


Yummy,nampak sedap sangat mee tu.Aisyh..dah dua hari dah langgar diet ni.Semalam dan hari ni.Walaupun aku tau dan teramatlah tahu kalori mee tersangatlah tinggi tapi nak buat macam mana.Tak dapat dah nak kawal nafsu makan ni.So pe lagi kita bolos aje diet tu.Hehehe...Jom tengok pe bahan-bahan yang diperlukan untuk buat seafoof noodles ni.Aku main masuk je semua bahan.Sebab kalau resepi JjamBbong yang sebenar cam banyak je kerja aku malas.So aku buatlah resepi sendiri.Hehe..


Bahan-bahan yang diperlukan:-

@ 3 gulung mee soya

- Kalau tak tau macam mana rupa mee soya tengok pic kat bawah ni.Mee biasa pun boleh tapi aku tak berapa suka sebab mee tu terlalu cepat kembang.Jadi cepat muak bila makan.


source: Hencik Google

@ 3 ekor ketam dipotong dua
@ 200 gram isi kerang
@ 10 ekor udang sederhana besar (dibuang kulit)
@ 5 ekor sotong dipotong bulat-bulat
@ 1 labu bawang putih ditumbuk (aku letak banyak sebab suka bawang putih)
@ 1 1/2 paket serbuk lada (cili boh@cili kering yang dah di blend pun boleh)
@ 2 biji lada hijau dipotong serong
@ 2 biji lada merah dipotong serong
@ 2 biji carrot dipotong panjang-panjang
@ Sawi
@ 3 sudu besar sos ikan
@ 3 sudu besar kicap pekat
@ 1 sudu black pepper


Cara-cara membuatnya:-

1) Rebus kulit udang tadi dan letak ke tepi

2) Didihkan air dan masukkan mee soya.Masak selama beberapa minit.Apabila
sudah masak,angkat dan rendamkan ke dalam air sejuk selama 1 minit


3) Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak.Kemudian tumis bawang putih
sehingga kekuningan.


4) Masukkan air rebusan udang tadi,serbuk lada,kicap pekat,black pepper
sos ikan dan garam secukup rasa.Biarkan sehingga mendidih.

5) Then,masukkan carrot,sotong dan ketam.Apabila seafood tu 80%
masak,masukkan
pula udang dan sawi.Apabila semua bahan telah
masak,padamkan api.



***Apabila hendak makan,baru campurkan mee tu ke dalam kuah.If not mee tu akan kembang so jadi tak sedap***



Ha..nilah rupa JjamBbong aku.Amacam ada rupa tak yang ori punya?

Kalau korang nak tau resepi jjambbong yang sebenar klik SINI

Oklah nak sambung tengok RM.Bubye...........

Tuesday, May 10, 2011

Thank You

Time passed in a flash
We already enter for the second quarter 2011
and mid of the year soon
Kesibukan mula memhimpit diri
Everything must be finished on time
Arggh..seyes betapa pressurenya ku rasakan di saat ini
But I must be strong
Must finish it eventhough i should sacrify a lot
Thanks to Allah
He gave me the way the time i feel so lost
Always being at my side when I need Him
No words that can describe how merciful and affectionate He is
Thank You Allah!!

Friday, May 6, 2011

Berbakti Kepada Kedua Ibubapa

Ibubapa merupakan insan yang terpenting dalam kehidupan kita.Tanpa mereka maka tidak lahirlah kita kedua yang fana ini.Jasa mereka tidak mungkin dapat kita balas walaupun hidup seribu tahun lagi.Yang mampu kita buat adalah berbakti kepada mereka selagi hayat dikandung badan.Sebagaimana firman Allah s.w.t:-


Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibubapanya

(Surah Al-Ankabut:Ayat 8)

Di dalam ayat yang lain Allah berfirman: -

"Dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada ibubapanya.Ibunya telah mengandungkannya dan melahirkannya dengan bersusah payah"

(Surah Al-Ahqaaf:Ayat 15)


Hukum berbuat baik kepada ibubapa adalah wajib.Sesungguhnya keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.Oleh itu,janganlah kita sesekali menyakiti ataupun membiarkan setitis air mata mereka pun jatuh.Bahkan berkata"Ah" pun tak boleh.Allah berfirman:-

"Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka jangan sekali kamu mengatakan "Ah" kepada mereka"

(Surah Al-Isra':Ayat 23)

Baginda Rasulullah s.a.w juga bersabda:-

"Dua perbuatan dosa yang Allah percepatkan azabnya di dunia ialah berbuat zalim dan derhaka kepada orang tua"


Berbuat baik kepada ibubapa meliputi pelbagai aspek sama ada melalui perbuatan,percakapan,amalan dan juga pandangan.Tak semestinya dengan wang ringgit je.Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan berharap Allah sentiasa mengampunkan dan mengasihani mereka pun dikira berbuat baik juga.Aku ingat lagi masa zaman kecik dulu masa nasyid tu kitaorang nyanyi lagu Anak Soleh.Antara yang aku ingat:-

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasihi ibu dan ayahku
Wahai Tuhanku Rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin Ya Rabbal Alamin

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyayangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya


Boleh view kat sini kalau nak dengar lagu tu.So marilah sama-sama kita berbuat baik kepada ibubapa selagi mereka masih ada.