Monday, August 29, 2011

Takziah



Dalam kegembiraan umat Islam yang bakal menyambut lebaran esok ada juga insan yang berduka.Takziah buat jiranku yang rumahnya terbakar tengah hari tadi.Sangat sedih mengenangkan apa yang terpaksa mereka hadapi di saat semua insan menantikan ketibaan hari mulia.Dua buah rumah hangus dijilat api.Api marak dengan begitu cepat sekali ditambah dengan tiupan angin memburukkan lagi keadaan hinggakan penghuni rumah ketiga mula memindahkan barang-barang keluar. Namun,alhamdulillah selepas azan dilaungkan dari surau yang berdekatan dengan rumah kitaorang api semakin berkurangan dan bomba mula mampu mengawal keadaan.Tiga buah jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan beberapa buah kereta polis tiba.Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku saat tu.Sungguh sangat-sangat sedih hinggakan air mata menitis tanpa disedari.Dapat aku rasakan bagaimana perasaan mereka tatkala itu.Namun,tiada apa yang mampu dibuat andai itu yang sudah tersurat.Mungkin ini dugaan dari Allah buat mereka.Moga mereka tabah menghadapinya.Pesananku buat semua,hati-hati ketika bermain dengan api.Sebelum meninggalkan rumah pastikan api yang digunakan untuk memasak sudah dipadamkan dan gas sudah ditutup dengan sebaiknya.Sesungguhnya malang itu tidak berbau dan tidak mengira pangkat atau usia.Salam lebaran buat semua.

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya


Kejap je kan masa berlalu.Insya-allah lusa kita semua akan menyambut hari lebaran yakni hari kemenangan buat kita semua.Terimalah satu pantun yang aku tujukan khas buat semua.


Pulau pandan jauh ke tengah
Pergi bersama dengan rakan-rakan
Kalau ada silap dan salah
Sama-samalah kita maafkan.

Selamat hari raya aidilfitri dari cikngah dan family.Moga lebaran kali ini memberikan kebahagiaan buat kita semua.



Thursday, August 18, 2011

Balik Kampung

Assalamualaikum dan Selamat Petang


Hooreeeeeyyyyyyy...esok dah nak balik kampung.So arini no more masak-masak.Arini kita beli lauk tunjuk je kat kedai.Feel nak masak dah hilang dibawa angin kus-kus.hehe...oh..oh..oh..balik kampung..oh..oh...oh balik kampung hati girang.Tak sabar dah ni nak balik kampung.Akhirnya penantian selama ni berakhir jua.Jom layan lagu Balik Kampung dari arwah Sudirman.Layanzzzzz.......





Wednesday, August 17, 2011

Kung Pao Chicken


Assalamualaikum Semua


Hari ni menu pilihan untuk berbuka adalah kung pao ayam dan juga bergedil ayam. Terliur tengok Chef Kamarul bersama Zizan masak ayam ni dalam rancangan Ala Carte ari ahad aritu.Pe lagi aku pun cubalah masak arini.Kebetulan ayam dan bahan-bahan lain ada.So try jelah.Cara nak memasaknya senang je.Jom tengok cara-cara membuatnya.

------------------------------------
Bahan-bahan yang diperlukan
------------------------------------

A: Bahan Perapan

- Ayam, sos tiram,sos tomato,kicap pekat manis ,sedikit garam,tepung jagung

B: Bahan Sos

- Seulas bawang merah, tiga ulas bawang putih, 2 inci halia, sos tiram,sos cili, 5 biji cili padi, 7 helai daun kari, sedikit air.

Cara-cara membuatnya:-

1) Perap ayam dengan bahan perapan tadi selama 15 minit.(Lagi lama anda perap lagi lembut ayam itu)

2) Kemudian panaskan kuali dan goreng ayam yang telah diperap tadi.Ketepikan.

3) Dengan menggunakan sedikit minyak, tumis bawang merah,bawang putih dan juga halia yang telah dimayang. Kemudian masukkan cili padi yang telah dipotong bulat-bulat.seterusnya masukkan daun kari.Biarkan sehingga campuran itu naik bau.

3) Selepas itu, masukkan sos tiram,sos cili dan juga sedikit air. Last sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau hingga sekata.Siap :)




Kung Pao Ayam ala Cikngah

Cara nak buat bergedil pulak senang je.Rebuskan 4 biji kentang sehingga empuk(biasanya orang goreng tapi aku prefer rebus).Rebuskan juga ayam.Kemudian lenyekkan kentang bersama ayam tadi.Gaul hingga rata dan kepalkannya menjadi bentuk bulat.Last sekali celupkan bulatan tadi dengan sedikit telur untuk mengelakkannya daripada pecah.Kemudian goreng dalam minyak yang panas.Sudah siap @_@



Kung Pao Ala Cikngah



Inilah bergedil tanpa sayur cikngah.Malas nak g beli daun sup.Jadi guna je apa yang ada,Hehehe..oklah jumpa lagi di next entry.Nak g melayan family outing season 2.Selamat malam semua :)

Tuesday, August 16, 2011

Tauhu Sumbat

Assalamualaikum


Apa khabar semua?Dah siap memasak untuk berbuka?Arini aku masak lauk simple je untuk berbuka iaitu seafood masak sambal dan tauhu sumbat menjadi pilihan sebagai pembuka selera hari ini.Nak tahu macam mana cara nak wat tauhu sumbat ala Cikngah??Jom tengok kat bawah:-

Bahan A:-

-3 keping tauhu(dipotong dua menjadi bentuk 3 segi)

Bahagian B(Inti)

-sedikit isi ayam bahagian dada
-Carror dipotong panjang-panjang


Bahan C (Kuah Kacang)

-Seulas bawang merah(dimesin)
-Dua ulas bawang putih(dimesin)
-Sedikit cili kering(dimesin)
-Kacang tanah yang dah siap ditumbuk
-Sedikit air
-Gula melaka


Cara-cara membuatnya:-

1)Goreng bahan A dan ketepikan
2)Dengan menggunakan sedikit minyak goreng carrot dan ayam.Kemudian masukkan sedikit garam dan biarkan sehingga masak.
3)Untuk membuat kuah kacang,mula2 tumis bahan yang telah dikisar sehingga garing.Kemudian,masukkan sedikit air,kacang,gula merah dan sedikit garam.Biarkan sehingga sedikit pekat dan padamkan api.
4)Sumbat inti tadi kedalam tauhu yang telah siap digoreng.Kemudian hidangkan bersama kuah kacang.Siap!!!



Haa...inilah tauhu sumbat ala Cikngah.Tak sabarnya nak makan waktu berbuka nanti.Oklah semua jumpa lagi di entry akan datang.Selamat berbuka :)

Saturday, August 13, 2011

Kuih Ketayap


Assalamulaikum dan Salam Ramadhan buat semua


Apa khabar semua?Macam mana ngan puasa?Sedar tak sedar arini dah masuk ari ke-13 kita berpuasa.Kejap je kan.Pejam celik pejam celik dah nak masuk dua minggu.Apa agaknya menu berbuka korang untuk arini?Dah siap masak semua ke?Erm...arini aku masak awal sikit sebab ada hal petang ni.So masak siap-siap.Balik nanti takdelah kelam kabut.Menu pilihan kitaorang ialah sotong masak cili padi,gulai tempoyak ikan kembung taufu dan juga kuih ketayap.



Tadaaaaa....inilah kuih ketayap yang aku dan Yani buat tadi.Dah lama gaklah mengidam nak makan kuih ketayap dari air tangan sendiri.Tapi arini baru kesempatan nak buat.Oklah nak g sambung wat kerja.Salam hujung minggu dan selamat berbuka puasa buat semua.

Wednesday, August 10, 2011

Flat 3A

Assalamualaikum


Dah lama tak update blog.Biasalah kalau dah balik kampung tu memang malas giler nak buka laptop.Apatah lagi nak online.Alhamdulillah kelmarin dah selamat sampai ke Nilai.Walaupun kejap je balik kampung tapi puas hati dapat berpuasa dengan family tercinta.Lagipun next week aku dah mula bercuti hari raya.Malam ni akhirnya tercapai juga keinginan nak tengok cerita Flat 3A.Almaklumlah aku ni bukannya berani sangat nak tengok cerita2 hantu macam tu.Kalau nak tengok sorang tu memang impossible la.Tengok ramai2 ni pun asyik tutup muka je.Kalau tengok sorang agaknya the whole time tak tengok.Dengar suara je.For me, cerita ni oklah.Seramlah juga bagi si penakut cam aku ni.Hehe...Oklah cerita dia not bad.Tapi watak Anas dalam cerita tu memang jahat giler la.Bapa sendiri pun dia sanggup bunuh apatah lagi orang lain.Kalau korang nak tau cerita selanjutnya silalah menonton filem ni.Tapi kalau rasa diri tu tak berapa berani silalah berteman ye.Hehehe..oklah nak g sambung wat kerja.Selamat bersahur :)

Monday, August 1, 2011

Cencaru Masak Cili Padi

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua



Alhamdulillah 1 ramadhan telah berlalu.Syukur kehadrat Illahi kerana kita berkesempatan lagi untuk menjalani ibadah puasa dan berterawih pada tahun ni.Macam mana dengan menu berbuka arini?Harap-harap takdelah pembaziran yang berlaku arini ye.Menu kitaorang arini simple je.Maklumlah orang bujang.Menunya ialah cencaru masak cili padi,lala masak halia,sup sayur dan juga ikan kering goreng.Tak lupa kuih kegemaran orang kelate macam diriku onde-onde a.k.a buah melaka.




Ha..inilah ikan cencaru yang dimasak cili padi.Cara membuatnya senang je.Mula-mula tumis bawang putih,halia dan cili padi yang telah ditumbuk.Kemudian,masukkan serai yang telah diketuk,2 helai daun limau purut dan sedikit air.Biarkan sehingga air mendidih.Kemudian masukkan bawang besar(dihiris nipis-nipis),buah tomato dan sedikit garam.Akhir sekali masukkan ikan cencaru yang telah digoreng.Biarkan seketika dan padamkan api.Siap :-)



Dan ini pula onde-onde tu. Biasa warna hijau kan,tapi kali ni aku buat warna merah+sedikit perasa vanila.Saje je nak wat kelainan sikit.Oklah jumpa lagi di next entry. Selamat bersahur semua (@_@).