Tuesday, July 26, 2011

Dumpling Ayam


Seperti yang dijanjikan kali ni aku nak berkongsi dengan korang semua cara nak membuat dumpling ayam.Caranya senang je.Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.


Bahan A: Bawang,carrot,kacang buncis



Bahan B: Ayam dipotong kecik-kecik



Bahan C: Kulit wantan



Bahan D: Gam (Tepung gandum+sedikit air)

Cara membuatnya:

Mula-mula korang panaskan minyak.Kemudian korang tumis bawang merah sampai garing.Kemudian masukkan carrot dan kacang buncis.Selepas itu masukkan bahan B.Then,masukkan sedikit sos ikan dan garam secukup rasa.Biarkan sehingga masak.



Inilah hasilnya inti kita tadi

Now,kita nak belajar cara-cara membungkusnya pula. Sila tengok gambar di bawah mengikut urutan dari kiri ke kanan.



Siap!!Now korang bolehlah kukus dumpling korang lebih kurang dalam 15 minit.



Inilah hasilnya dumpling ayam kita tadi.Simple je kan??Selamat mencuba :-)


4 comments:

ankeljonni said...

huhuhu... dumpling... aku x pernah mkn lagi ah...

♥♥Cikngah♥♥ said...

tryla mkn.Confirm x nyesal pny :)

cplud miera said...

waaaaaaahhhhh....sedapnya! cm nk try wat jer..wordless tgk mknan syedap2 gini

♥♥Cikngah♥♥ said...

hehhe..tryla cplud best :)