Saturday, July 30, 2011

Nasi Goreng USA

Assalamualaikum


Dekat-dekat nak puasa ni macam-macamlah pulak makanan yang teringin nak makan.Semalam teringin nak makan nasi goreng USA. So aku pun masaklah untuk breakfast.Cara-cara membuatnya senang je.Sape-sape nak tau caranya tengok kat bawah ye.


Bahan A: Telur Mata

Bahan B:Nasi Goreng

Mula-mula panaskan kuali.Kemudian masukkan sedikit minyak.Pecahkan telur dan goreng hancur-hancur.Kemudian masukkan nasi,sedikit garam.Kacau hingga rata dan biarkan sehingga masak.


Bahan B: Ayam masak merah (Boleh juga digantikan dengan daging)


Panaskan minyak.Kemudian masukkan bawang merah yang telah dimayang.Apabila bawang telah kuning,masukkan sedikit cili blender,sos tomato,sos cili dan sos tiram. Apabila telah naik bau,masukkan air, ayam yang telah dipotong dan juga tauhu.Kemudian masukkan garam secukup rasa.Biarkan sehingga ayam masak dan padamkan api.





Tadaaaa....inilah nasi goreng USA aku.Senang je kan?Oklah hingga jumpa lagi di next entry.Selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat semua.Semoga ramadhan kali ini akan memberikan seribu rahmat dan keberkatan buat kita semua.

Tuesday, July 26, 2011

Dumpling Ayam


Seperti yang dijanjikan kali ni aku nak berkongsi dengan korang semua cara nak membuat dumpling ayam.Caranya senang je.Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.


Bahan A: Bawang,carrot,kacang buncis



Bahan B: Ayam dipotong kecik-kecik



Bahan C: Kulit wantan



Bahan D: Gam (Tepung gandum+sedikit air)

Cara membuatnya:

Mula-mula korang panaskan minyak.Kemudian korang tumis bawang merah sampai garing.Kemudian masukkan carrot dan kacang buncis.Selepas itu masukkan bahan B.Then,masukkan sedikit sos ikan dan garam secukup rasa.Biarkan sehingga masak.



Inilah hasilnya inti kita tadi

Now,kita nak belajar cara-cara membungkusnya pula. Sila tengok gambar di bawah mengikut urutan dari kiri ke kanan.



Siap!!Now korang bolehlah kukus dumpling korang lebih kurang dalam 15 minit.



Inilah hasilnya dumpling ayam kita tadi.Simple je kan??Selamat mencuba :-)


Puding Gula Hangus

Arini tetiba rasa nak makan puding gula hangus.Balik dari lunch kat kedai Ayam Penyek terus buat puding gula hangus ni.Within 30 minutes dah boleh makan.Sebab masa nk memasaknya kejap je dalam 15 minit je.




Inilah rupa puding gula hangus yang dibuat tadi.Aku letak sikit chocolate rice .Yummy...sangat enak menikmati kelazatan puding ni di waktu petang begini especially bila puding ni kita letak dalam peti dulu then baru makan.Ya Allah serius memang sedap sangat..Selain puding ice cream,puding gula hangus juga merupakan favourite aku.Oklah sampai sini dulu.Next entry aku akan menceritakan macam mana nak buat dumpling ayam.Bubyeeee...

Monday, July 11, 2011

Bukan Tak Sudi

Assalamualaikum


Baru-baru ni tetiba rasa nak baca novel.Kalau dulu novel dan aku macam ombak dan pantai.Pantang ada trinovel dari Alaf 21 mesti aku rembat.Tapi sekarang dah jarang dah.Kekangan masa membantutkan aku merealisasikan hobiku yang satu tu.Dah banyak novel-novel yang aku ketinggalan.Aritu aku g bookstore nak cari novel Bukan Tak Sudi:Kau Bukanlah Yang Pertama Namun Kaulah Yang Terakhir.Tapi sayang novel ni dah habis.Dah puas aku cari kat Popular,MPH,bookstore biasa semua takde.Aku dah try order kt MPH online tapi end of next week baru diaorang akan deliver.Terus cancel beli sebab kalau boleh nak dapat cepat.Macam goreng pisang panas betul jualan novel ni walaupun novel ni dah dikeluarkan since last year lagi.



Kalau sape2 tau kat mana ada novel ni roger2 aku ye.Aku nak sangat2 beli dan baca.Dah search online tapi mostly nak jual yang second hand punya.Taknaklah aku nak yang baru punya.Nak simpan wat koleksi.