Saturday, April 30, 2011

Strawberi


Yeah...arini dapat makan strawberi.Fresh dari Cameron gitu.Kebetulan my aunt balik dari Cameron arini so aku and adik aku pesan suh wat balik strawberi yang fresh,taknak yang kering punya tak best.Mengidam betul kitaorang.Sebabnya makcik baru je bagi tadi.Tak sampai setengah jam pun.Dah nak habis dah.Dapat2 tu terus terkam makan.Then my aunt cakap"Mengidam betul ni".Hehehe..memang pun :)



Agaknya sebab strawberi ni manis.Tu yang kejap je kitaorang makan.Biasa beli buah strawberi masam je.Kalau macam ni,lain kali boleh beli lagi :)

Friday, April 29, 2011

Rendang Kerang


Assalamualaikum dan Selamat Malam


Alhamdulillah selamat dah sampai kat kampung kelmarin.Betapa nikmatnya berada di kampung halaman.Balik kampung best tapi merupakan godaan yang paling bahaya untuk diet aku.Sebab kat umah nak apa-apa pun senang.Anyway,alhamdulillah diet say NO to rice aku telah memasuki hari ke ke-18 hari ni.Harap-harap berjayalah.Walau bagaimanapun actually dietku sedikit tersasar sikit hari ni sebab aku makan makanan yang bersantan.Hari ni aku masak rendang kerang,lala masak lemak,kangkung goreng belacan,asam pedas ikan kerisi dan ayam goreng(untuk si kecik tu).Teringin sangat nak makan rendang kerang.Kalau kat sana susah sikit nak jumpa yang betul-betul sedap.So semalam alang-alang g Tesco beli barang-barang dengan tokwan dan si kecik tu aku beli kerang sekali.Lepas tu pagi tadi pergi pasar pagi beli daun kunyit.Then masak untuk lunch.Puas hati sangat3 sebab akhirnya dapat gak makan.




Rendang Kerang



Kangkung Goreng Belacan




Lala Masak Lemak


It seems like I have to be more strict about my diet after this.If not,I'm afraid if I cannot achieve the target.Okehlah nak g layan citer Running Man.See you later.Selamat berhujung minggu.

Wednesday, April 27, 2011

Aku Terima Nikahnya



Aku Terima Nikahnya,Bercinta Sampai Ke Syurga dan Murabbi Cinta
merupakan karya tulisan Hasrizal Abdul Jamil.Buku-buku ini terhasil daripada pengalaman beliau sendiri dalam mencari cinta yang sejati dan diredhai.Bagi aku buku-buku ni bagus sebab mengandungi pelbagai nasihat dan teladan yang boleh kita ambil sebagai panduan dalam kehidupan kita.Terutamanya bagi anak-anak muda sekalian.Cinta bukan lahir dari nafsu atau dari penilaian fizikal semata-mata.Tapi ia lahir dari hati yang tulus dan ikhlas.Perkahwinan bukanlah suatu mainan atau percaturan.Tapi ia adalah penyatuan dua hati yang saling memahami.Perkahwinan ialah saling memberi dan menerima.Pasangan mestilah memainkan hak dan peranan masing-masing dengan baik demi menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga.Setakat ni hanya buku Murabbi Cinta je yang belum aku baca.Belum berkesempatan nak beli lagi.Mungkin kalau sempat dekat airport jap lagi aku beli.Buku Aku Terima Nikahnya aku beli dan baca masa aku praktikal awal tahun 2009 .Kemudian aku beli pula buku Bercinta Sampai ke Syurga.Thank to EB inform aku tentang kewujudan buku Murabbi Cinta.If not,aku memang tak tahu ada sambungannya lagi.Korang boleh juga baca blog Ustaz Hasrizal ni at saifulislam.com



"Tarikh bertunang dah dipersetujui.Cuma mak nak tanya sesuatu.Sudahkah kamu melihat tuan empunya diri?"

"Belum ,Mak,"saya menjawab sambil tersenyum.



Mengandungi kisah alam rumahtangga dan nasihat yang tersendiri menyentuh hati,geram,sinis,lucu,marah....




Sinopsis:Andai CINTA ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya? Cinta menjadikan manusia suka disuruh. Agar dengan cinta itu kita suka disuruh lagi disuluh. Namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah. Cinta menjadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada sesama hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri. Buang emak, buang saudara, kerana cinta yang bukan lagi cinta. Lautan api sanggup direnangi, ikrar pencinta yang sudah gila dibius cinta. Hingga api neraka hilang gerunnya. Cinta semalam menjadikan umat Islam umat yang hebat. Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam. Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta. Justeru dalam medan yang pelbagai itu, ustaz ini memperjuangkan cinta. Cinta yang diteladani daripada seorang Nabi. Seorang Murabbi. MURABBI CINTA.