Wednesday, March 30, 2011

Hujan Oh Hujan

Assalamualaikum dan Selamat Malam Semua


Sejuk sangat malam ni.Mana taknya hujan tak berhenti dari petang tadi.Semalam pun hujan tapi tak lebat sangat.Tokwan cakap dah lama dah hujan kat sini.Dah berminggu-minggu.Mandi pagi pun aku macam nak tak nak je.Sejuk bangat weh air.Kalaulah aku boleh mandi cam dalam cerita arwah P.Ramlee kan best.Hehehe...Jangankan mandi masuk toilet pun aku cam malu-malu gitu ngan air paip.Sojuk!!!!!!Cam air batu je.Kalau sembahyang waktu berdiri tu sabor jelah.Sebab berdiri pun rasa cam tak balance .je.Sebab kaki sejuk sangat.Oklah jom kita layan lagu Hujan dari arwah Sudirman.Layaaaaaaanzzzzzzzz..




Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Tuesday, March 29, 2011

Hoorey..Balik Kampung

Selamat Pagi Semua


Arini tibalah saat-saat yang sangat dinantikan
Balik kampung time!!!
Yeah...i loike..i loike..
Dah lama tak balik kampung
Padahal baru sebulan tak balik
Tapi kira lama lah tu kan.Hehehe..
Kampung i jauh tau.Nun di kelate nuh!!
Tak sabarnya.Rindu sangaaaaaaaaaaaatttttttttttttt.
Especially kat my sweetheart tu.Tadi video call adik
Tengok si kecik tu jalan.Terkedek-kedek.
Dah jauh lak tu dia jalan.Nanti leh main kejar2-kejar ngan dia.
Lagi 10 jam nak balik.Hooreyyyy......Mood balik kampung sudah datang.
Mari layan lagu balik kampung!!!




Perjalanan jauh tak kurasa
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya

Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung
oh..oh..oh..
Hati girang

Ho ho..balik kampung hati girang
Terbayang-bayang wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti :-)

Monday, March 28, 2011

Rumah Sewa

Assalamualaikum dan Selamat Pagi


Pe khabar semua??Dah breakfast??Hehehe..arini aku update blog awal skit seawal tuan empunya blog bangun pagi.Memang awal la aku bangun arini kul 5.40 pagi.Kalau ari biasa jangan haraplah nak bangun awal macam ni.Nak tahu kenapa aku bangun awal??Sebabnya adalah kerana aku kena pulun tulis paper yang tak siap-siap tu.Dahlah arini nak jumpa prof.Uwaaaaa....Mana taknya semalam empat jam lebih kitaorang g mencari rumah sewa.Balik pun dah nak maghrib.Baru ku tahu susah juga nak cari umah sewa ni.Tak semudah mudah.my.Actually,aku dah cari dah rumah dalam mudah tu.But mostly sewanya around RM800+++.Ayoo..mana mampu maa..kami nak duk 2 orang je.That's why la pas lunch semalam,kitaorang g round-round cari rumah area Taman Semarak 1,2,Nilai Perdana.Tapi tak de pun rumah kosong.Bukan tak de sebenarnya adalah juga beberapa rumah yang kosong tapi frust sebab tak de phone number kat umah tu.So macam mana nak call kan.Sedih tulla..Betapa seksanya mau cari rumah kosong.Kononnya semalam pas balik cari rumah nak sambunglah buat paper.Tapi hampeh.U tau i buat ape??I tidur u.Kroohh...krooh...kroohh..penat giler.sakit kepala,sakit mata.Mata taknya terteleng-teleng kiri dan kanan tengok rumah.That's whylah bangun awal.Tu pun kunci jam kul 3.30 pagi.Tapi aku tutup jam dan kunci balik kul 5.30 pagi.Kesudahannya 5.40 gak bangun.Hahaha...seyes tak larat nak buka mata.Ngantuk sangat3...okehlah nak g sambung buat paper.If sape-sape tau ada rumah kosong untuk disewa area nilai yang murah2 roger2 lah aku end.Kalau boleh rm500&below per month.Sesuailah dengan tahap kewangan yang amat goyah ini.Kikikiki...ok roger and out!!