Saturday, January 29, 2011

Belut Dan Khasiatnya

Semalam macam biasa g pasar ngan tokwan
untuk cari bahan-bahan masakan
macam sayur,lauk-pauk basah
dan sebagainya
pastu ternampaklah sorang abang ni jual belut
so aku belilah belut untuk adik lakiku
siap suruh abang tu siang sekali belut tu
kalau nak harapkan aku memang tak akan buatlah
walaupun aku tau belut ni teramatlah sangat
banyak khasiatnya
tapi aku tetap tak makan
antara khasiat belut yang aku tau
ialah dapat mencantikkan kulit,dapat mengubat penyakit lelah,
dan menyembuhkan luka pembedahan
Biasanya, mama atau tokwan akan buat
padprik belut or sup belut
tapi ada makcik semalam cakap kalau buat tomyam belut pun sedap
Errrrrr......terkedu aku seketika
Macam mana agaknya rasa dia kan
Errm..arini my mom masakkan sup belut untuk adik aku



Inilah sup belut tu(LIVE dari dalam periuk my mum ni.Hehehe)

Sedikit info tentang Si Licin ini
Belut atau nama saintifiknya monopterus albus
adalah merupakan sejenis ikan yang berbentuk panjang
Dua tips yang aku nak share dengan korang tentang belut ni
Untuk mengelakkan ia lari apabila nak menyiangnya
pegang badan belut tu dengan kertas surat khabar atau
kertas-kertas lain
confirm ia takkan lari dah
sebab kertas tu kesat
Tips ni abang tu yang bagi semalam
Kedua untuk mengekalkan khasiat dan kelazatan belut ni
belut ni hendaklah disiang apabila kita hendak memasaknya
maksudnya macam ni
tak boleh siang belut arini untuk masak esok
Tips ni ada sorang aunty tu yang bagi
Dia chinese
Bagi pesakit buah pinggang belut biasanya dimakan hidup-hidup
ataupun dipanggang terlebih dahulu
erkss...aku memang tak dapat bayangkan macam mana
kalau makan anak ikan haruan
hidup-hidup tu taulah
sebab my aunt pernah makan masa dia bersalin dulu
untuk mengetahui khasiat belut dengan lebih lagi
sila klik
1)salam pantai timur.com
2)Khasiat belut

or korang boleh je search kat Mr Google :-)

Tuesday, January 25, 2011

Perempuan Oh Perempuan

Adakah semua perempuan kat dunia ni suka shopping???
Or aku je yang macam tu
pantang tengok benda yang berkenan di hati
semua nak beli
tadi g pasar malam
ternampak la inner cotton warna purple
beli lagi!!!!!!
padahal petang tadi dah beli dah inner warna hijau
kat kampus
jalan punya jalan nampak beg warna purple
beli jugak!!aduhai......
then jalan-jalan lak kat kedai yang jual akssesori perempuan
mula-mula ingat nak tengok-tengok je klip
untuk dipakai ngan shawl
tp terbekenanlah pulak kat klip riben ni
tanpa pikir panjang terus beli
bukan satu tapi DUA
satu purple satu lagi pink
pendek kata
pantang tengok barang warna purple
kalau mampu mesti aku beli
agaknya mesti terseksa kan lelaki kat luar tu
kalau awek@wife dia kaki shopping macam aku
nasib..nasib
tapi satu je nasihat aku
nak shopping or berbelanja tak salah
tapi pastikan tidak melebihi had yang sepatutnya

Happy Besday Mama!!!

Selamat hari lahir yang ke-53 mama



This poem is for u

Ma...
dirimu adalah kurniaan Illahi yang paling berharga
kepadaku
tiada hadiah yang lebih berharga melainkan memilikimu dalam hidupku
hadirmu memberikan sejuta kegembiraan dan kebahagiaan
pengorbananmu terlalu besar bagiku
tangismu merobek hatiku
senyummu penawar dukaku
hatimu seperti emas yang berkilauan
yang sentiasa ada di saat ku memerlukanmu
ma...
ketahuilah
angah sayang mama,rindu mama
lebih dari yang mama tau
Allah kurniakan seorang ibu yang tersangat hebat
dan dia adalah Kamu
Selamat hari lahir ke-53 ma
Semoga mama sentiasa berada dalam lindunganNya selalu