Sunday, May 22, 2011

Hari Kami

Semalam cik puan-to-be a.k.a wife-to-be Nisa&Ayu,datang bagi kad kawin untuk geng2 Nilai~~me,fiza,yani,mira.Sorang lagi geng umah aku masa degree dulu bakal menamatkan zaman bujang Jun nanti.Aisyh..makin lama makin kurang ni bilangannya.Tapi biasalah tu kan.Lumrah kehidupan :-). Ayu sms suh tunggu g kat kedai makan sebab diaorang dah tunggu sana.Pas solat zohor aku g la sana sorang2.Tapi aku tak makan pun order milo ais je.Ntahlah perut tak rasa nak makan pun.Pas makan tu kitaorang anta mira balik dulu sebab dia nak study.Then baru kitaorang gerak g Nilai 3.Aku mahu beli jersi Red Warrior di sana!!!Bersemangat neh nak g tengok final piala FA 11jun nanti kat stadium.Tapi sayangnya jersi tu takde.Adeh,frust sungguh!!Nak merawat hati yang frust tu kitaorang decide nak g tengok wayang kat Alamanda.Namun sayang seribu kali sayang,sume tiket dah sold out.Yang tinggal hanya untuk show kul 10 p.m ke atas.Adoi..it's like kill me twice.Bagai jatuh ditimpa tangga.Kecewa bangaattttttttttt!!!Sedih tul la.Masa tengah jalan tu terjumpa dua member lama.Sorang kawan masa degree dulu sorang lagi kawan masa matrik.Satu floor masa kat hostel dulu.Kebetulan lak diaorang ni kawan satu sekolah.What a small world.


NonaNisa Salleh

Lawa giler nona ni.Baru balik photoshoot katanya.Tak sempat nak borak lama pun sebab diaorang pun ada hal. Kitaorang pun nak g makan.Mula2 plan nak makan kfc.Tapi cancel sebab ramai giler orang tengah queue.Malas nak tunggu perut dah berdondang sayang ni.So kitaorang naik atas cari Nando's.Bila dah lalu depan kedai tu tiba2 lak pikiran berubah.Konon-kononnya nak g tengok kedai makan kat luar tu.Sekali tersangkut kat kedai The Manhattan Fish Market.


Ciluk dari hencik google

Kitaorang berempat order yang set untuk 4pax.jimatlah dekat rm50 bila ambik set ni.Memang sampai tersadai makan.Ada orang tu siap wat balik lagi sebab tak habis.Hehehe...



with the super duper delicous soup



while waiting the food arrive,kita gambar dulu :-)

Sedihnya makanan aku last sekali dapat.Tu pun bila kitaorang tanya.Rupa2nya dia belum buat lagi.Terlupa!!Tension tul.Last sekali take away je sebab dah lewat untuk solat Maghrib.



Ni la orang key-eL tu.Thanks datang Nilai.Nanti datang melawat kami lagi ye 0_0

Thursday, May 19, 2011

Cuti-cuti Malaysia


Aku teringin nak berscuba diving,teringin nak tengok ikan-ikan di lautan.Nak jumpa nemo,nak pegang sea cucumber,nak tangkap abalon!!!!Oh sungguh!!nak buat semua benda sambil menikmati lautan yang membiru.Seyess, teringin sangat-sangat nak g bercuti lepas siapkan tesis ni.Nak g enjoy puas2 before kerja.Currently rancangan percutian adalah ke Sabah,Pulau Tioman,Pulau Perhentian and Pulau Redang.Tengah survey2 pakej yang menarik dan harga berpatutan.Kalau tak dapat g tempat2 tu g satu tempat yang dapat tenangkan fikiran pun ok.Janji enjoy.Nape lah aku mesti ada perasaan nak g holiday ni time tengah nak habiskan experiment dan siapkan tesis.Adoi........

Tuesday, May 17, 2011

Nasi Lemak Kerang

Mengidam nasi lemak kerang dari minggu lepas lagi.Tapi asyik postpone and postpone and postpone sebab teringatkan diet.Tapi arini memang tak leh nak control dah.Memang nak makan sangat-sangat.Akhirnya lepas maghrib tadi g pasar malam ngan fiza cari nasi lemak kerang.Biasa kitaorang g pasar malam petang je sebab malam cam serabut sikit.Tapi arini nasi lemak punya pasal bolos aje semua lampu-lampu itu.Nama pun g pasar malam,rasa semua benda nak beli.Hasilnya habis juga duit aku RM10.70 kat pasar malam tu

Nasi lemak kerang+sayur kacang =Rm4
+ Air kelapa = Rm1.20 (langsung tak rasa kelapa.Cam air 0 je)
+ Air tebu = RM1 (Sedappppppp sangat!!!!!!!!)
+ Keropok lekor = Rm1 ( Nyesal beli sebab sejuk gler.Ingatkan panas)
+ Rangka Ayam = Rm2.50
+ Fish ball with black pepper sauce = Rm1
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
= Diet terjun sungai +Mengantuk Teramat Sangat + sakit kepala kena hujan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian laporan untuk hari ini
:-)