Saturday, May 14, 2011

Seafood Noodle


Terpengaruh dengan Running Man tengok diaorang makan seafood noodles or dipanggil Jjambong,aku pun rasa nak makan.So awal-awal pagi lagi aku dah g pasar cari siput.Tapi siput takde!!Mungkin bukan musimnya kot.Seyes,aku memang addicted ngan RM ni.Asyik duk ulang and ulang and ulang.Aku rasa dalam banyak-banyak citer korea yang aku tengok RM la yang paling melekat di hati.Especially bila tengok Monday couple dalam tu Gary dan Ji Hyo.Sukaaaaaaaaa sangat tengok diaorang.Ok sambung citer pasal JjamBbong.Actually JjamBbong ni lebih kurang macam mee kuah je.Cuma kalau kat Korea ada juga yang letak WINE dalam JjamBbong tu.




Ni rupa JjamBbong yang aku ambik dari Hencik Google.


Yummy,nampak sedap sangat mee tu.Aisyh..dah dua hari dah langgar diet ni.Semalam dan hari ni.Walaupun aku tau dan teramatlah tahu kalori mee tersangatlah tinggi tapi nak buat macam mana.Tak dapat dah nak kawal nafsu makan ni.So pe lagi kita bolos aje diet tu.Hehehe...Jom tengok pe bahan-bahan yang diperlukan untuk buat seafoof noodles ni.Aku main masuk je semua bahan.Sebab kalau resepi JjamBbong yang sebenar cam banyak je kerja aku malas.So aku buatlah resepi sendiri.Hehe..


Bahan-bahan yang diperlukan:-

@ 3 gulung mee soya

- Kalau tak tau macam mana rupa mee soya tengok pic kat bawah ni.Mee biasa pun boleh tapi aku tak berapa suka sebab mee tu terlalu cepat kembang.Jadi cepat muak bila makan.


source: Hencik Google

@ 3 ekor ketam dipotong dua
@ 200 gram isi kerang
@ 10 ekor udang sederhana besar (dibuang kulit)
@ 5 ekor sotong dipotong bulat-bulat
@ 1 labu bawang putih ditumbuk (aku letak banyak sebab suka bawang putih)
@ 1 1/2 paket serbuk lada (cili boh@cili kering yang dah di blend pun boleh)
@ 2 biji lada hijau dipotong serong
@ 2 biji lada merah dipotong serong
@ 2 biji carrot dipotong panjang-panjang
@ Sawi
@ 3 sudu besar sos ikan
@ 3 sudu besar kicap pekat
@ 1 sudu black pepper


Cara-cara membuatnya:-

1) Rebus kulit udang tadi dan letak ke tepi

2) Didihkan air dan masukkan mee soya.Masak selama beberapa minit.Apabila
sudah masak,angkat dan rendamkan ke dalam air sejuk selama 1 minit


3) Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak.Kemudian tumis bawang putih
sehingga kekuningan.


4) Masukkan air rebusan udang tadi,serbuk lada,kicap pekat,black pepper
sos ikan dan garam secukup rasa.Biarkan sehingga mendidih.

5) Then,masukkan carrot,sotong dan ketam.Apabila seafood tu 80%
masak,masukkan
pula udang dan sawi.Apabila semua bahan telah
masak,padamkan api.



***Apabila hendak makan,baru campurkan mee tu ke dalam kuah.If not mee tu akan kembang so jadi tak sedap***



Ha..nilah rupa JjamBbong aku.Amacam ada rupa tak yang ori punya?

Kalau korang nak tau resepi jjambbong yang sebenar klik SINI

Oklah nak sambung tengok RM.Bubye...........

Tuesday, May 10, 2011

Thank You

Time passed in a flash
We already enter for the second quarter 2011
and mid of the year soon
Kesibukan mula memhimpit diri
Everything must be finished on time
Arggh..seyes betapa pressurenya ku rasakan di saat ini
But I must be strong
Must finish it eventhough i should sacrify a lot
Thanks to Allah
He gave me the way the time i feel so lost
Always being at my side when I need Him
No words that can describe how merciful and affectionate He is
Thank You Allah!!

Friday, May 6, 2011

Berbakti Kepada Kedua Ibubapa

Ibubapa merupakan insan yang terpenting dalam kehidupan kita.Tanpa mereka maka tidak lahirlah kita kedua yang fana ini.Jasa mereka tidak mungkin dapat kita balas walaupun hidup seribu tahun lagi.Yang mampu kita buat adalah berbakti kepada mereka selagi hayat dikandung badan.Sebagaimana firman Allah s.w.t:-


Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibubapanya

(Surah Al-Ankabut:Ayat 8)

Di dalam ayat yang lain Allah berfirman: -

"Dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada ibubapanya.Ibunya telah mengandungkannya dan melahirkannya dengan bersusah payah"

(Surah Al-Ahqaaf:Ayat 15)


Hukum berbuat baik kepada ibubapa adalah wajib.Sesungguhnya keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.Oleh itu,janganlah kita sesekali menyakiti ataupun membiarkan setitis air mata mereka pun jatuh.Bahkan berkata"Ah" pun tak boleh.Allah berfirman:-

"Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka jangan sekali kamu mengatakan "Ah" kepada mereka"

(Surah Al-Isra':Ayat 23)

Baginda Rasulullah s.a.w juga bersabda:-

"Dua perbuatan dosa yang Allah percepatkan azabnya di dunia ialah berbuat zalim dan derhaka kepada orang tua"


Berbuat baik kepada ibubapa meliputi pelbagai aspek sama ada melalui perbuatan,percakapan,amalan dan juga pandangan.Tak semestinya dengan wang ringgit je.Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan berharap Allah sentiasa mengampunkan dan mengasihani mereka pun dikira berbuat baik juga.Aku ingat lagi masa zaman kecik dulu masa nasyid tu kitaorang nyanyi lagu Anak Soleh.Antara yang aku ingat:-

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasihi ibu dan ayahku
Wahai Tuhanku Rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin Ya Rabbal Alamin

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyayangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya


Boleh view kat sini kalau nak dengar lagu tu.So marilah sama-sama kita berbuat baik kepada ibubapa selagi mereka masih ada.