Tuesday, October 27, 2015
Preloved/New Items
Lamanya tak menjenguk blog ni.Blog ni lah satu-satunya kenangan yang ada masa zaman master dulu.Di sinilah tempat segala luahan hati/perkongsian aktiviti.hehehe...
Tak tau nape arini tetiba rasa nak update blog + nk promo page actually.Godek-godek almari terjumpalah baju2 lama&baru yg tak muat dipakai.So terpikir untuk dijual as preloved&new item.al maklumlah lepas kahwin ni hati terlebih gembira maka dengan gembiranya berat badan naik bagai dipam2 dengan gas helium.hehe....ok korang kalau berminat bolehla visit ke page ni ye Tinarissa Preloved/New Items
harga kasih sayang je...berminat blh pm/whatsapp sebagaimana nombor tertera dalam page tersebut
Happy shopping!!!!
Wednesday, June 12, 2013
Excited Mom-to-be
Almost one year x update blog ni.Makin hari penyakit M makin menjadi2 especially pas kawin&start keje..But today dek kebosanan tahap cipan laut dan darat maka kugagahkan jua jari jemari ni tuk berkongsi cerita..Tak tau nak gambarkan camne perasaan skrg.Syukur dan gembira sangat2 sbb dikurniakan seorang suami yang baik&memahami.N our coming bb sebagai tanda pengikat cinta kami.
Alhamdulillah few days lagi my pregnancy dah nak masuk 7 months.Excited sangat duk counting da days nk tgk baby kuar...Skrg ni lagila bb dh bergerak aktif asyik menendang2.Kadangkala tersentak kita dibuatnya.Tapi rasa seronok sangat.Bila dia tido mulalah mengusap2 perut or alunkan ayat2 al-quran nak suh bb bangun.Dan of courselah ada respond.Umi sukaaaaaaaaaaaaaaaa...........Hihihi...
Tapi my bb ni pandai tau suka main hide n seek ngan abi dia.Kita tengah syok2 tgk dia gerak then bila hubby letak tgn kat perut trs dia diam je.Bila angkat tgn dia gerak balik.Cuma skrg ni my bb dah kurang dah main cam tu.now dia gerak je bila ltk tgn.Mayb sbb my hubby slalu ckp"abi ngajukla ngan bb" ;-)
Bb belum kuar lg dh rasa excited.Ari2 usap perut sambil cakap ngan bb.Yang bestnya bb mst bergerak bile wat camtu.Rasa seronok lak bila wat g2.Banyak tips dan ilmu yang dapat sepanjang kehamilan ni hasil dari menggoogling.Yang kelakarnya aku dh mula belajar teknik pernafasan&teknik meneran dengan betul utk memudahkan proses kelahiran nnt.Tapi takdelah push beria2 ye.kang sakit sumenya nnt.Bkn pe i believe one thing teknik pernafasan&cara meneran yang betul dapat mengurangkan risiko ibu kekurangan tenaga ketika mahu melahirkan dan jg dapat mengelakkan dari berlakunya banyak koyakan ketika melahirkan.Paling penting JANGAN menangis@menjerit sbb tu blh mengurangkan lagi tenaga si ibu.Just teran macam kita sakit sembelit tu.Hasil dari bacaan aku,kalau kita meneran dgn cara yg betul tak mustahil "NO EPI"& no jahit2 ye.aku bab2 jahit ni memang ngeri skit.So i'll try my best la kan even aku tak tahu lagi cam ne kisah aku d labour room nnt.Argh...berdebarla pulak memikirkan saat2 kelahiran nanti tapi x sabar nak tgk our bb lahir ke dunia.Moga Allah mempermudahkan semuanya ;-)
Another info is banyak2kanlah membaca ayat2 al-quran ketika pregnant especially surah maryam,yusuf,luqman dan yaasin.Kalau tak leh hbskan sume sekaligus pn xpe baca skit2.Cam sehelai dua ke skali baca tu.Cam aku,tiap kali nak baca tu aku usap perut sambil beri salam ajk bb bgn baca bersama kt.Sambil2 tu berdoalah semoga Allah mempermudahkan proses kelahiran nanti&bb lahir dgn sihat sempurna.Ada gak nasihat dari member2 yg dh pernah bersalin suh minum air kelapa banyak2,mkn buah kurma utk bekalkan tenaga&menyapu minyak kelapa dara di jalan lalulan bayi keluar untuk memudahkan proses pembukaan jalan tersebut apabila tiba saat melahirkan.Makan half boiled egg ketika kesakitan hendak bersalin tiba juga boleh membantu membekalkan tenaga kepada ibu.Pendek kata banyaklah info-info pasal kehamilan&kelahiran ni.Kalau korang nak tau details rajin2lah g date ngan En.Google ye.Apapun sume tu hanyalah usaha yang kita boleh lakukan.Selebihnya Allah yang menentukan sebab DIA adalah sebaik2 perancang.Waallahualam ;-)
Monday, September 10, 2012
Aku mahu kawinnnnnnnnnnnnn
Saturday, April 21, 2012
Homemade chocolate
Monday, December 19, 2011
Nasi Goreng Kerabu
Assalamualaikum
Arini tetiba rasa nak makan nasi goreng kerabu untuk dinner.dah lama tak makan.so pe lagi p dapur buat.cara nak wat nc goreng ni senang je.macam wat nasi goreng biasa but just add on ulam-ulaman je.

nasi goreng kerabu for my dinner
for those yang tak pernah wat nasi ni lets me sharing with u the recipe.caranya ialah mula2 korang tumis bawang merah+bawang putih(mayang/tumbuk) dan cili padi(dihiris).Kemudian bila dah garing dan berbau wangi masukkan ayam dan garam.gaul rata.biarkan ayam sehingga masak dan masukkan nasi.kemudian masukkan pula ulam-ulaman yang telah dipotong(daun kesom,serai,daun kunyit dan bunga kantan).Gaul hingga rata dan padamkan api.Dah siap :)
Thursday, December 15, 2011
Grilled Butter Chicken
Bahan A (Bahan Perapan)
-ayam dipotong kiub
-bawang merah,bawang putih,halia(tumbuk)
-sedikit kicap
-sedikit garam
-sedikit olive oil(tak letak pun x pe)
-sebiji putih telur(depends pada kuantiti ayam yang digunakan)
Cara membuatnya
1)Perap ayam dengan semua bahan perapan di atas selama 20minit or lebih supaya ayam dapat meresap bahan perapan tadi.Lagi lama korang perap lagi lembut ayam korang tu.
2)Salut ayam yang diperap tadi dengan tepung jagung dan goreng sehingga garing.
Bahan B
-sedikit butter
-daun kari
-daun kunyit(tak letak pun tak pe.tapi aku suka.sebab bau dia wangi.hehehe)
-beberapa biji cili padi dihiris
-bawang putih,bawang merah(dimayang)
-susu cair(lebih kurang 1/4 cwn)
Cara-cara membuatnya.
1)Panaskan kuali,masukkan butter.Kemudian masukkan bawang2,cili dan daun kari.Tumis hingga kekuningan dan naik berbau wangi.
2)Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam bahan tumisan ini.
3)Masukkan susu cair,daun kunyit dan sedikit garam(klu tak letak garam pun x pe sbb dlm ayam tadi dah letak).Gaul hingga rata dan cepat2 angkat.Siap :)
Tuesday, December 13, 2011
Masterchef ke?
Blackpepper chicken cube grilled
Ayam masak sambal halia
this one is so fresh.my dinner just now.Seafood salad..actually aku terliur tengok chef dalam rancangan masakan Resepi 1001 Rasa Babas kat tv1 wat kelmarin(ahad).tu yang try ni.akhirnya tercapai gak nak makan.hehe..
oklah nak g tengok family outing.see u later.bubyeeeeeeeeeee
p/s:psst..psst...ada chance tak nak masuk masterchef next season?kikikiki
Tuesday, November 1, 2011
Pulang Di Hari Raya
Saturday, October 29, 2011
Terhenti Di Sini
Tuesday, October 25, 2011
Ombak Rindu
Rinduku umpama
ombak yang tak berhenti
Kasihmu bagai pantai
yang setia menanti
Tuhan aku tahu banyak dosaku
namun hanya Kamu yang mampu membuka
pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
untuk dirinya yang jauh dariku
agar dia tak kesepian
selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawalah air mataku
yang mengalir membasuh lukaku
agar dia tahu ku terseksa
tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
kerna ku tak sanggup kerna ku tak mampu
hidup tanpa dia di sisiku
P/s:Kan best kalau novel Pergilah Sepi pun difilemkan :-)
Angry Bird
Friday, October 21, 2011
L.I.F.E
Rose is beautiful
but it is thorny
Love is sweet
but sometimes full of sorrow
Friendship is sacred
but sometimes decorate with treason
but whatever it is
life must go on
life is too short to be filled by sadness
do whatever you want
as long as you have life to breathe
but remember
put ALLAH around you
so as you will never astray
Sunday, October 16, 2011
Chocolate Cake
Saturday, October 8, 2011
Kim Jong Kook
Wednesday, October 5, 2011
Protect The Boss
This song touched my heart a lot @_@
Then, the second song i like the most is Let Us just Love
Happy Watching to who still do not watching it yet!!U will not regret if watching it.Believe me T_T
Wednesday, September 28, 2011
Gomo Kelate Gomo!!
Sunday, September 18, 2011
Kisah Dongeng
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Monday, August 29, 2011
Takziah
Dalam kegembiraan umat Islam yang bakal menyambut lebaran esok ada juga insan yang berduka.Takziah buat jiranku yang rumahnya terbakar tengah hari tadi.Sangat sedih mengenangkan apa yang terpaksa mereka hadapi di saat semua insan menantikan ketibaan hari mulia.Dua buah rumah hangus dijilat api.Api marak dengan begitu cepat sekali ditambah dengan tiupan angin memburukkan lagi keadaan hinggakan penghuni rumah ketiga mula memindahkan barang-barang keluar. Namun,alhamdulillah selepas azan dilaungkan dari surau yang berdekatan dengan rumah kitaorang api semakin berkurangan dan bomba mula mampu mengawal keadaan.Tiga buah jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan beberapa buah kereta polis tiba.Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku saat tu.Sungguh sangat-sangat sedih hinggakan air mata menitis tanpa disedari.Dapat aku rasakan bagaimana perasaan mereka tatkala itu.Namun,tiada apa yang mampu dibuat andai itu yang sudah tersurat.Mungkin ini dugaan dari Allah buat mereka.Moga mereka tabah menghadapinya.Pesananku buat semua,hati-hati ketika bermain dengan api.Sebelum meninggalkan rumah pastikan api yang digunakan untuk memasak sudah dipadamkan dan gas sudah ditutup dengan sebaiknya.Sesungguhnya malang itu tidak berbau dan tidak mengira pangkat atau usia.Salam lebaran buat semua.
Sunday, August 28, 2011
Selamat Hari Raya
Pergi bersama dengan rakan-rakan
Kalau ada silap dan salah
Sama-samalah kita maafkan.

