Monday, December 19, 2011

Nasi Goreng Kerabu


Assalamualaikum


Arini tetiba rasa nak makan nasi goreng kerabu untuk dinner.dah lama tak makan.so pe lagi p dapur buat.cara nak wat nc goreng ni senang je.macam wat nasi goreng biasa but just add on ulam-ulaman je.




nasi goreng kerabu for my dinner

for those yang tak pernah wat nasi ni lets me sharing with u the recipe.caranya ialah mula2 korang tumis bawang merah+bawang putih(mayang/tumbuk) dan cili padi(dihiris).Kemudian bila dah garing dan berbau wangi masukkan ayam dan garam.gaul rata.biarkan ayam sehingga masak dan masukkan nasi.kemudian masukkan pula ulam-ulaman yang telah dipotong(daun kesom,serai,daun kunyit dan bunga kantan).Gaul hingga rata dan padamkan api.Dah siap :)


p/s:jangan masukkan garam selepas masukkan nasi sebab nanti garam tu tak rata.Kemasinan lak makanan korang nanti.

Thursday, December 15, 2011

Grilled Butter Chicken

Assalamualaikum


Hallu sume.pe khabar?aku alhamdulillah sihat.masih diberi peluang untuk bernafas di dunia yang fana ini.arini aku nk share ngan korang resepi grilled butter chicken.hahaha...actually aku terliur tengok iklan grilled butter chicken kat chicken rice shop masa g giant kelmarin.tu yang arini wat.before ni aku just pernah wat butter prawn je.so arini aku tryla lak wat ayam.jom tengok cam ne cara nak wat.


Bahan A (Bahan Perapan)

-ayam dipotong kiub
-bawang merah,bawang putih,halia(tumbuk)
-sedikit kicap
-sedikit garam
-sedikit olive oil(tak letak pun x pe)
-sebiji putih telur(depends pada kuantiti ayam yang digunakan)

Cara membuatnya

1)Perap ayam dengan semua bahan perapan di atas selama 20minit or lebih supaya ayam dapat meresap bahan perapan tadi.Lagi lama korang perap lagi lembut ayam korang tu.
2)Salut ayam yang diperap tadi dengan tepung jagung dan goreng sehingga garing.


Bahan B

-sedikit butter
-daun kari
-daun kunyit(tak letak pun tak pe.tapi aku suka.sebab bau dia wangi.hehehe)
-beberapa biji cili padi dihiris
-bawang putih,bawang merah(dimayang)
-susu cair(lebih kurang 1/4 cwn)

Cara-cara membuatnya.

1)Panaskan kuali,masukkan butter.Kemudian masukkan bawang2,cili dan daun kari.Tumis hingga kekuningan dan naik berbau wangi.
2)Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam bahan tumisan ini.
3)Masukkan susu cair,daun kunyit dan sedikit garam(klu tak letak garam pun x pe sbb dlm ayam tadi dah letak).Gaul hingga rata dan cepat2 angkat.Siap :)




tadaa...inilah grilled butter chicken yang aku wat tadi.Takde kuah sebab aku terlambat angkat pas letak susu tu.hehehe....k la nak sambung tengok family outing.bubyeeeeeee....




Tuesday, December 13, 2011

Masterchef ke?


Assalamualaikum...


Sori sume..dah lame tak update blog.Ntahlah lately ni mood berblogging sudah menurun.Ditambah pula dengan debaran untuk present kat conference aritu.Anyway, sekarang alhamdulillah semua dah settle. Just waiting for the viva presentation.Thanks a lot to visitors yang sudi jenguk2 blog yang sudah berhabuk ni.Arini aku just nak sharing masakan yang aku buat this week.Al-maklumlah nak masuk masterchef tak layak.so masak sorang-sorang jela.hehe..layanzz....



Blackpepper chicken cube grilled



Ayam masak sambal halia



this one is so fresh.my dinner just now.Seafood salad..actually aku terliur tengok chef dalam rancangan masakan Resepi 1001 Rasa Babas kat tv1 wat kelmarin(ahad).tu yang try ni.akhirnya tercapai gak nak makan.hehe..

oklah nak g tengok family outing.see u later.bubyeeeeeeeeeee

p/s:psst..psst...ada chance tak nak masuk masterchef next season?kikikiki